Skip to main content

Kupon parkir percuma, cabutan bertuah jika bayar cukai pintu awal

BUKIT MERTAJAM - Mereka yang membayar keseluruhan cukai taksiran bagi tahun 2014 beserta tunggakan jika ada mulai 15 November ini hingga 31 Disember depan akan menerima kupon parkir secara percuma.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Maimunah Mohd. Shariff berkata, pembayar cukai berwajib turut layak menyertai cabutan bertuah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

"Bagi setiap akaun yang telah dibayar, pemilik akan menerima dua buku kupon jam letak kereta secara percuma," ujar Maimunah pada petang tadi semasa mesyuarat penuh majlis di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini.

Tambah beliau, stok cenderahati yang terhad itu boleh dituntut dari semua kaunter bayaran MPSP dengan mengemukakan bukti bayaran.

Info lanjut, hubungi nombor telefon 04-5497470 / 697 / 696 / 468 atau emel waran@mpsp.gov.my.