30 October 2013

MPSP tawar 77 hadiah lumayan untuk pembayar cukai

MAIMUNAH Mohd. Sharif (kanan) bersama-sama Rozali Mohamud (kiri) pada sidang media di sini baru-baru ini

BUKIT MERTAJAM - Tempat pertama cabutan bertuah yang ditawarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berupa seunit mountain bike Exitway M6 mungkin menjadi milik anda dengan hanya membayar keseluruhan cukai pintu bagi tahun 2014 serta tunggakannya sebelum 31 Disember depan.

Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, pemenang cabutan bertuah bagi tempat kedua hingga ketujuh pula layak menerima mountain bike Bianchi Kuma, telefon pintar Samsung Galaxy S4, Ipad retina display 16GB, notebook, Ipad Mini 16GB dan Samsung Galaxy Tab 3.0.

Dua hadiah lain berupa televisyen Samsung Led 32" disediakan untuk dua pemenang bertuah bagi tempat kelapan.

Itu, tidak termasuk pemberian dua buku kupon parkir secara percuma kepada setiap pemilik akaun yang membayar cukai taksiran serta tunggakannya dalam tempoh yang sama.

"Cabutan bertuah ini berjaya diadakan sejak tiga tahun lepas untuk menghargai para pembayar cukai.

"Kutipan cukai kita (MPSP) nampaknya meningkat tiap-tiap tahun," ujar beliau pada petang tadi selepas mempengerusikan mesyuarat penuh majlis di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini.

Setiausaha Majlis bagi MPSP, Sr. Rozali Mohamud turut serta dalam sidang media tersebut.

Pembayaran cukai pintu dan taksiran serta tunggakan boleh dilakukan bermula 15 November ini.

Tahun lepas, seramai 36 pembayar cukai menerima hadiah cabutan bertuah dan Ipad 3 merupakan hadiah paling lumayan yang ditawarkan MPSP semasa itu.

Cukai boleh dibuat di semua Kaunter Pembayaran MPSP atau agensi-agensi bank yang dilantik MPSP dan hubungi nombor telefon 04-5497470 / 697 / 696 / 468 atau emel waran@mpsp.gov.my.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus