![]() |
| PULUHAN robot humanoid industri UBTECH menjalankan tugas latihan di sebuah kilang pintar di Kawasan Baharu Qianwan di Ningbo, Wilayah Zhejiang, Timur China, pada 1 Mac 2025. Foto: VCG |
SEBUT sahaja barangan Made in China, apa yang cepat terbayang dalam kotak pemikiran rata-rata kita?
Dahulu, mesti ramai terfikir baju murah, perabot plastik : besen, pinggan, timba dll, atau mainan kanak-kanak yang cepat rosak. Tapi, kalau itu masih gambaran yang ada dalam kepala otak kita (dan para pemimpin di Barat), nampaknya kita dah jauh ketinggalan bas.
Baru-baru ini, agensi berita antarabangsa Reuters ada keluarkan satu artikel bertajuk Welcome to the new 'Made in China'.
Dalam rencana itu, mereka seakan sedar yang kilang-kilang dekat Republik Rakyat China sekarang tidak lagi memberi tumpuan pada mengeluarkan barang-barang 'cap ayam'.
Republik Rakyat China yang kukuh diterajui oleh Parti Komunis China dilihat kian ketara menguasai pasaran kereta, jentera berat, bahan kimia berteknologi tinggi, hatta kelengkapan data raya berkapasiti Tinggi.
Pun begitu, media Barat ketika menjelaskan mengenai era baharu barangan Buatan China, seakan masih mengikat diri dengan naratif lapuk atau lebih tepat 'skrip lama': "Eleh, China boleh menang sebab kerajaannya bagi subsidi berkoyan-koyan, jual harga 'potong leher', dengan lambakan barang!"
Benarkah naratif sedemikian?
Hakikatnya, pandangan lapuk seperti di atas saling tak tumpah bak "orang buta pegang gajah"— pegang kaki gajah, disangka gajah itu serupa macam batang pokok pinang.
Hakikatnya, pandangan lapuk seperti di atas saling tak tumpah bak "orang buta pegang gajah"— pegang kaki gajah, disangka gajah itu serupa macam batang pokok pinang.
Media Barat berkenaan seakan terlepas pandang gambaran sebenar yang jauh lebih besar mengenai era babaru Republik China yang ada pada ketika ini.
China Dah Jadi 'Kilang Kepada Segala Kilang'
Secara senyap-senyap, Republik China China di bawah kepemimpinan Presiden Ji Xinping sebenarnya dah bertukar watak.
Negara yang pernah mendapat jolokan Tembok Besar sekian lama itu bukan sekadar kilang yang buat barang siap untuk pengguna, malah berjaya menjadi 'kilang kepada kilang-kilang lain di seluruh dunia'.
Daripada papan kawalan berketepatan tinggi (precision control board), kabel khas, mesin industri berkuasa tinggi, sampailah ke robotik—kalau dunia nak naik taraf industri dan bina infrastruktur Kecerdasan Buatan (AI), tidak Dapat tidak kompas pembangunan negara mesti dihala ke mercu kemakmuran Republik Rakyat China.
Mana tidaknya, untuk tiga suku pertama tahun 2026 sahaja, pembuatan peralatan berat hasilan Republik Rakyat China menyumbang hampir 90% daripada pertumbuhan eksport negaranya.
Ini bermakna, kekuatan China sekarang bukan lagi sebab depa jual "satu barang dengan harga murah", tapi disebabkan seluruh ekosistem industri yang sangat cekap.
Bukan Sebab Subsidi Kerajaan Semata-mata
Memang betul subsidi boleh tolong kurangkan kos pengeluaran. Tapi subsidi takkan boleh beli pengalaman berpuluh tahun, proses trial and error, atau kelajuan kapasiti pengeluaran negara dalam merespons kehendak pasaran.
Sebab apa Republik Rakyat China memacu laju kemajuan negara?
- Pasaran domestik berskala gergasi: Boleh uji apa-apa teknologi baharu dengan cepat.
- Lambakan bakat kejuruteraan berlambak: Ramai kepakaran tempatan yang disokong secara material oleh agensi bernegara, bukan 'sembang kemaih'.
- Rantaian bekalan lengkap: Daripada idea dalam makmal, nak bawa ke kilang dan buat secara pukal (mass production), memang teruji ambil masa yang sangat singkat.
Maka, padan lah persepsi pembeli luar negara pun dah berubah.
Orang dah tak tengok barang Buatan China sebagai "barang murah", tapi 'canggih dan jitu'.
Orang dah tak tengok barang Buatan China sebagai "barang murah", tapi 'canggih dan jitu'.
Take percaya, boleh lihat sendiri limpahan teknologi dalam sektor pembuatan kereta elektrik (EV) Republik Rakyat China, yang mana menyaksikan limpahan masuk dalam pembinaan peralatan pintar lain, dan industri robotik depa dah mula bersaing dari segi kualiti dan reputasi jenama, bukan lagi 'perang harga'.
Jual 'Pakej Lengkap', Bukan Sekadar Skru dan Nut
Satu lagi kelainan era baharu ni: syarikat peneraju industri Dari Republik Rakyat China tak jual barang 'sekerat-sekerat' lagi, sebaliknya pakej penyelesaian lengkap.
Apabila orang beli mesin industri dari China, mereka bukan dapat mesin kosong sahaja. Mereka dapat sekali sistem pemantauan jarak jauh, khidmat penyelenggaraan pencegahan, dan pengurusan kitaran hayat mesin import tersebut.
Sementara itu, syarikat logistik pula bukan setakat jual forklift, tapi mereka sekali paketkan dengan sistem gudang pintar dan platform digital.
Pendek kata, beli barang dapat sekali dengan 'otak' dan cara nak jalankan kilang 'kepandaian' yang diimport dari Republik Rakyat China!
Bukan itu sahaja, Republik Rakyat China pun makin terbuka. Mana-mana syarikat asing yang buat barang dekat negara berideologi Marxisme-Leninisme itu; serta mengikut piawaian tempatan, satu-satu negara pengguna berkenaan pun berhak mendapat sokongan perolehan pemerintah yang sama macam syarikat tempatan China.
Baling Batu Sembunyi Tangan? Negara Sendiri Yang Rugi
Banyak negara Barat ingat apabila mereka meletakkan tarif perdagangan pada paras yang tinggi atau sekat barang dari Republik Rakyat China, mereka boleh 'hidupkan semula' industri pembuatan dalam negara mereka.
Ilusi lapuk. Dengan kapasiti berlebihan yang wujud di Republik Rakyat China, ekonomi negara Barat yang berparadigma lapuk itu tak berjalan seperti yang dirancang.
Tarif mungkin boleh ubah laluan kapal dagang, tapi ia tak boleh magically mencipta rantaian bekalan yang matang atau melahirkan jutaan jurutera berkemahiran Tinggi dalam sekelip mata.
Apabila sesebuah negara sekat barang perantaraan dan mesin dari Republik Rakyat China, mereka sebenarnya buatkan kos pelaburan dan penambahbaikan teknologi di negara sendiri jadi makin mahal!
Kesan berantainya, kilang tempatan di negara 'perasan maju' itu sendiri makin layu sebab tak boleh bersaing dalam pasaran luar yang bersifat sejagat
Masa Untuk "Update" Minda
Kesimpulannya, era baharu Made in China yang boleh dikecapi secara material ekonomi pada hari ini oleh sekalian negara pengguna di seantero dunia bukannya lagi pasal "siapa jual paling murah", tapi pasal kekuatan sistem, inovasi, dan keupayaan industri.
Sebab itu, pihak Barat kena buang kanta mata 'lama' dan persepsi lapuk yang menganggap kemajuan Republik Rakyat China hari ini sebagai "bidak catur yang mengancam mereka" ataupun - bila China menang, kita mesti rugi.
Dalam dunia moden, lagi cepat kita terima hakikat dan hormati hukum ekonomi, lagi banyak ruang untuk bekerjasama dan cipta situasi menang-menang untuk semua orang.
Sekian.

Comments
Post a Comment