09 October 2013

Dua YB bermalam, RAGAS sokong perjuangan Kg. Pmtg. Tok Subuh

LEE Khai Loon (paling kiri) bersama Zolkifly Md. Lazim (paling kanan) bersama-sama penduduk setempat mengangkat pelbagai plakad menuntut pihak berwajib mempertahan hak mereka untuk terus kekal dalam arus pemajuan di Kampung Permatang Tok Subuh di sini baru-baru ini.

SIM Chee Keong (empat dari kiri), Lee Khai Loon (dua dari kiri) dan Zolkifly Md. Lazim (tujuh dari kiri) bergambar kenang-kenangan bersama-sama pembantu perubatan D’BM Hospital pada program Derma Darah ‘Kampung Kami Tempat Tumpah Darah Kami’ di sini baru-baru ini.  

SIM Chee Keong (tiga dari kiri) bersama-sama Lee Khai Loon (dua dari kiri) bersama-sama tuan rumah tempat mereka bermalam di Kampung Permatang Tok Subuh di sini baru-baru ini.

AHLi Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong dan Lee Khai Loon (Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk) bermalam satu malam di Kampung Permatang Tok Subuh dekat Bukit Mertajam sebagai memberi sokongan mora pada perjuangan 52 keluarga setempat mempertahan hak penempatan masing-masing dari diusir oleh tuan tanah di sini.

Program komuniti itu diadakan serentak dengan Program Derma Darah ‘Kampung Kami Tempat Tumpah Darah Kami’ anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS), Hospital Daerah Kepala Batas dan D’BM Hospital Permatang Pauh.

“Walaupun undang-undang tidak menyebelahi kita, isu kampung ini telahpun sampai ke pengetahuan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

“Ketua Menteri kata, macam mana pun jentera Kerajaan Negeri, termasuk Pejabat Daerah (Seberang Perai Tengah, SPT) akan bersama-sama penduduk.

“Kita akan pergi (menyelesaikan masalah ini) sejauh mana yang kita boleh pergi,” ujar beliau dalam satu sidang media di sini baru-baru ini.

Tiga Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Mair Md. Ghazali, Ho Leng Hong dan P. David Marshel serta Hamidah Che Embi (Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Hak Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh).

Hampir 100 warga setempat menyertai program komuniti tersebut.

Sebelum itu, Leng Hong yang juga pengamal undang-undang berkata, beliau sendiri akan mewakili beberapa penduduk setempat untuk memohon injuksi dalam perbicaraan mahkamah nanti.

Manakala, Pengerusi RAGAS, Zolkifly Md. Lazim pula berkata, pihaknya akan membantu berunding dengan tuan tanah dan pemaju serta kepimpinan negeri supaya penduduk setempat berwajib terus kekal dalam arus pemajuan kampung tersebut kelak.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus