28 October 2013

Bajet 2014: Dapat BR1M RM650, bayar GST RM850 - Guan Eng

LIM Guan Eng
KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan membebankan rakyat terbanyak sungguhpun mereka layak menerima RM650 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tiap-tiap tahun. 

Guan Eng semasa mengulas Bajet 2014 membuat unjuran itu berdasarkan satu kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Idris Jala berhubung hasrat Kerajaan Pusat mahu melaksanaan GST kelak. 

"Berdasarkan angka-angka yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Idris Jala, GST sebanyak tujuh peratus akan membawa masuk (pendapatan) RM27 bilion setahun atau setiap seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia menanggung beban tambahan sebanyak RM1,000. 

"Enam peratus GST (ertinya) setiap rakyat Malaysia (dianggarkan) menanggung beban RM850 setiap tahun, sedangkan BR1M yang diterima RM650 sahaja setiap tahun.

"Bagaimana mungkin beban hidup setiap rakyat Malaysia (dianggarkan) bertambah RM850 setahun, sedangkan BR1M yang berpendapatan rendah sekeluarga hanya menerima RM650 tiap-tiap tahun.

"Secara puratanya, jika 10 ahli (dalam satu) keluarga pun akan mendapat RM650, tetapi, perlu membayar kira-kira RM8,500 dari (pelaksanaan) enam peratus GST ini," ujar Guan Eng di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya menumpu pada usaha memerangi rasuah, penyelewengan kewangan serta pembaziran terlebih dahulu, dari melaksanakan sistem cukai baru itu.

"Peningkatan hutang kerajaan Persekutuan kepada hampir 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada RM541 bilion menjelang akhir tahun ini daripada RM502 bilion pada tahun lepas menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan adalah tidak serius mengekang perbelanjaan tidak dalam membanteras rasuah. 

ANWAR Ibrahim
"Pembaziran dan salah laku kewangan berjumlah RM6.5 bilion yang telah dibentangkan dalam 2012 Laporan Ketua Audit Negara (2012)," tegas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Irahim sebelum ini pernah menegaskan bahawa hasil GST yang dianggarkan lebih RM20 bilion cukup untuk menampung jumlah ketirisan, pembaziran, rasuah serta penyelewengan dana rakyat sebagaimana didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 baru-baru ini, selagi tadbir urus kewangan negara kekal di bawah Najib.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus