24 October 2013

Guan Eng lawat mangsa banjir Pmtg. Tok Subuh, bicara kes 25 Nov.

KETUA Menteri (tujuh dari kiri) berinteraksi dengan seorang warga emas semasa melawan kawasan bencana banjir di Kampung Permatang Tok Subuh di sini baru-baru ini, sambil diperhati oleh Sim Chee Keong (lapan dari kiri) dan Jap Somat (dua dari kanan, berkopiah) dan Jusni Ismail (paling kanan).
HO Leng Hong (depan, paling kiri), Lee Khai Loon (depan paling kanan) dan Jap Somat (belakang, dua dari kiri) bersama-sama penduduk Kampung Permatang Tok Subuh di perkarangan Mahkamah Majistrit dan Sesyen Butterworth, sejurus selesai sebutan kali pertama kes mereka di sini baru-baru ini.

TELUK AIR TAWAR - Perbicaraan kes penduduk Kampung Permatang Tok Subuh diarah mengosongkan kediaman masing-masing oleh tuan tanah, Distinct Class akan disebut sekali lagi di Mahkamah Majistrit Butterworth pada 25 November depan.

Ketetapan itu dibuat oleh Pendaftar Mahkamah Majistrit, Tuan Faiz Dziyauddin selepas mendengar penghujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Tetuan Fadzil, Chua dan Song mewakili pihak pendakwaan pendakwaan, manakala, pihak pembelaan diwakili oleh Ho Leng Hong dari firma Tetuan Lim, Ho & Co..

“Mahkamah (Majistrit) beri arahan kepada peguam plaintif (mewakili Distinct Class) supaya penghakiman ingkar pembelaan tidak oleh dimasukkan sehinggalah saya mengfailkan notis permohonan dengan menggabungkan semua kes, seterusnya, saya fail pembelaan

“Itu adalah satu permintaan saya kepada mahkamah tadi,” ujar Leng Hong yang juga Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di perkarangan Mahkamah Majistrit dan Syesyen Butterworth dekat sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, Hamidah Che Embi (Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh), Zolkifly Md. Lazim (Pengerusi Badan Bertindak Tuntut Rumah Ganti Rumah Selesa, RAGAS) dan Jap Somat (Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam) turut serta pada sidang media di sini.

Difahamkan, lapan penduduk berwajib masing-masing menerima saman daripada wakil Distinct Class dan satu saman dibatalkan selepas salah seorang penduduk tersebut bersetuju untuk menerima pampasan RM14,500 daripada tuan tanah serta pemaju.

Leng Hong berkata, pihaknya akan menggabungkan ketujuh-tujuh kes tersebut menjadi satu kes demi memudahkan proses permohonan berwajib kelak.

“Semasa permohonan pembelaan nanti, saya hanya perlu mengfailkan satu pembelaan sahaja, bukan tujuh pembelaan,” ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan Jusni Ismail (Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah) baru-baru ini melawat mangsa bencana banjir di Kampung Permatang Tok Subuh dekat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk.

Timbalan Ketua Menteri I, dan Mohd. Rashid Hasnon turut mengadakan lawatan berasingan, sebelum itu.

Guan Eng dilaporkan berkata, Kerajaan Negeri melalui MPSP tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan perancangan pembangunan di Kampung Permatang Tok Subuh sekiranya merugikan kepentingan penduduk asal di situ.

Beliau turut meminta semua penduduk berwajib, khususnya yang disaman oleh pemaju supaya saling memberi kerjasama dengan dua wakil rakyat Pakatan Rakyat, iaitu Khai Loon dan Chee Keong.

"Penduduk jangan risau, biar dua YB ini (Khai Loon dan Chee Keong) yang risau (berusaha menyelesaikan isu Kampung Permatang Tok Subuh)," seloroh Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Perkembangan terbaru ini, sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh bersama-sama arus pembangunan yang dihasratkan oleh tuan tanah serta pemaju berwajib. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus