24 October 2013

Bukti formula BPO P.Pinang berjaya - KM


PULAU Pinang mencatatkan antara hartanah yang paling rendah tidak terjual di negara ini bagi suku kedua tahun ini, lapor The Edge Malaysia edisi 21 Oktober lepas.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng (gambar) berkata, laporan itu mendedahkan hanya 40 unit kedai bernilai RM17.11, 163 unit kediaman (RM63.4 juta) dan 25 lot industri (RM6.34 juta) tidak terjual di negeri ini.

"(Ini) menepati ramalan ramalan KPMG bahawa Pulau Pinang salah satu daripada 31 global Business Process Outsourcing (BPO) masa depan di dunia," ujar Guan Eng di George Town kelmarin.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam berkata, Kerajaan Negeri sejak dua tahun lepas dengan memberi tumpuan pada sektor perkhidmatan.

Langkah pengamilan 100 peratus pekerja tempatan dengan tawaran gaji yang lebih tinggi nampaknya mula menelurkan hasil.

"Hari ini, banyak syarikat Multi-Nasional dalam industri elektronik telah menjadikan Pulau Pinang (sebagai) hab pentadbiran dan pengeluaran mereka dengan operasi Shared Servive Outsourcing (SSO) dalam sumber manusia, perolehan, pemprosesan data, urus niaga kreadit, kewangan dan perakaunan serta IT (teknologi maklumat) di Pulau Pinang," ujarnya beliau lagi.

Melihat perkemangan semasa, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri memperuntukan 17 ekar tanah di Bayan Baru dan Bayan Lepas untuk menjadi Hub BPO negeri.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng berkata, Air Asia akan memindahkan operasi IT, pemerolehan dan perkhidmatan perkongsian sumber manusia syarikat penerbanga terkemuka itu dari Bangkok, Thailand ke Pulau Pinang.

Tambah beliau, Wilmar selaku gergasi makanan dengan pendapatan sebanyak AS$45 bilion serta peneraju pasaran sektor minyak masak di Indonesia, India dan China baru sahaja membuka perkhidmatan perkongsian mereka di negeri ini juga.

Citibank Berhad selaku firma perkhidmatan kewangan global turut bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri investPenang turut membuka satu lagi cawangannya di sini.

"Lebih daripada 1,000 pekerja tempatan di sini untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan Citibank di seluruh Asia, Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Afrika dengan jumlah tahunan sebanyak 20 juta urus niaga (yang) bernilai AS$5.8 trilion.

"Saya yakin bahawa kejayaan BPO di Pulau Pinang juga akan menjadi kejayaan Pulau Pinang dan kejayaan Malaysia," ujarnya. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus