10 October 2013

PAC panggil tiga pegawai bantu audit

(Dari Kiri) Mahmud Zakaria, Roslan Saidin, Muhamad Farid Saad, Wong Hon Wai, Mohd. Salleh Man, Yap Soo Huey, Norlela Ariffin saling berinteraksi di perkarangan DUN Pulau Pinang sejurus selesai mesyuarat PAC di sini baru-baru ini.

TiGA pegawai Kerajaan Negeri dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) bagi membantu siasatan mengenai kelemahan sistem e-tanah dalam satu projek Kerajaan Persekutuan membabitkan kelima-lima daerah di negeri ini yang bernilai RM66 juta sebagaimana yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Pengerusi PAC, Wong Hon Wai berkata, mereka, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Datuk Arifin Awang, Rohani Hassan (Pegawai Daerah Seberang Perai Utara dan Selatan) dan seorang lagi yang dikenali sebagai ‘Shadah Nawawi’.

Beberapa individu lain, katanya, akan dipanggil kemudian dalam masa terdekat untuk memperbaki kelemahan yang sedia ada.

“Berpandukan mandat dari Dewan Undangan Negeri (DUN), PAC akan dipertugaskan untuk memeriksa akaun Kerajaan Negeri, badan-badan statutori, anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri dan lain-lain perkara yang dirujuk oleh Dewan kepada Jawatankuasa ini,” ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa di DUN Pulau Pinang, George Town baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man, Dr. Norlela Ariffin (ADUN Penanti), Yap Soo Huey (ADUN Pulau Tikus), Datuk Mahmud Zakaria (ADUN Sungai Acheh), Datuk Roslan Saidin (ADUN Pinang Tunggal), Sr. Muhamad Farid Saad (ADUN Pulau Betong) turut menyertai mesyuarat tersebut.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 antara lain mendedahkan mengenai kesilapan sistem e-Tanah di mana daripada sembilan modul sistem ini, hanya empat beroperasi sepenuhnya, manakala, lima yang lain tidak beroperasi serta tidak memenuhi keperluan jabatan.

Jabatan Audit Negara dilaporkan menyebut, pihaknya mendapati bahawa pelaksanaan keseluruhan adalah kurang memuaskan. 

Itu, antaranya, merujuk pada satu projek persekutuan bernilai RM66 juta yang akan melibatkan kesemua lima daerah dan pejabat tanah.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus