Skip to main content

Posts

Showing posts from August 22, 2014

Lancar Tabung Kemanusiaan Gaza, Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka Ropewalk Bagan serentak

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBGEORGE TOWN - Rumah Terbuka Aidilfitri Ropewalk Bagan malam ini diraikan serentak dengan pelancaran Tabung Kemanusiaan Gaza dan Hari Koperasi Negara.Wakil penganjur, Pengerusi Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) Nasorudin Shah Mat berkata, kutipan amal pada malam ini akan diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) esok, melalui Pertubuhan Permuafakatan Kesejahteraan Insan Malaysia (PERMUAFAKAT)."Inilah rumah terbuka kita, memang rumah terbuka sebab Ropewalk Bagan ini tiada pintu, tiada tingkap, tiada dinding."Sambil-sambil menjamu selera, ambil peluang untuk menyumbang kepada saudara kita di Gaza," ujar Nasorudin dalam ucapan aluannya di sini malam tadi.Turut berucap, penaung KPATSBB merangkap Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim, manakala, selebriti siber Haji Abu Nawas Al-Hafiz menyempurnakan gimik pelancaran tabung kemanusiaan untuk Gaza.Zolkifly dalam ucapannya tur…

Projek Langgar Khalid Bebas malam ini di KLSCAH!!

FORUM KRISIS SELANGOR JUMAAT  22 Ogos 2014  8.30 malam KL Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Jln Maharajalela, Kg Attap KL. Forum menampilkan pimpinan masyarakat/ civil society iaitu: 1. Dato Ambiga
2. Prof Aziz Bari (pakar perundangan)
3. Sdri Maria Chin (Bersih 2.0)
4. Sdr Khairul Ariffin (ABIM)Diskusi akan tertumpu kepada Perlembagaan & peranan yang boleh diambil oleh rakyat dalam isu Selangor.Terbuka kepada orang ramai. Harap sdr/i dapat hadir. Mohon bantu sebarkan.Terima kasih

Guan Eng rayu Pusat nasihat Perak jual air mentahnya atas semangat Malaysia

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng berkata isu Kerajaan Pulau Pinang menuntut pembelian air mentah dari Sungai Perak sepatutnya disetujui oleh Kerajaan Pusat serta Kerajaan Perak atas semangat Malaysia.
"Saya difahamkan, permohonan kita ditolak dan mereka (Kerajaan Pusat dan Kerajaan Perak) hanya bersetuju untuk menjual air terawat sahaja.
"Saya tidak faham mengapa Kerajaan Malaysia boleh membenarkan (Kerajaan) Johor menjual air mentah kepada (negara) Singapura dan dijual balik air terawat, tetapi, sesama negeri-negeri sendiri secara keras nak jual air terawat sahaja.
"Kita tak minta secara percuma, maka jual lah air mentah kepada Pulau Pinang atas semangat keMalaysiaan," ujar Guan Eng kepada wartawan di pejabatnya, selepas selesai telekasi langsung Istiadat Majlis Bendera Jalur Gemilang Separuh Tiang Menyambut Kepulangan 20 Jenazah Mangsa Nahas MH17 dekat lobi Komtar di sini, tengah hari tadi.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk …

Takkan kenyataan SetPol Presiden PAS bawa isyarat Sultan Selangor kena tipu sekali lagi?

(Dari kiri) Datuk Nik Zawawi Nik Salleh (Setiausaha MSU), Datuk Mustapha Ali, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Presiden MCA) dan Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar dirakam dalam satu pertemuan berasingan dulu, sebelum polemik MB Selangor meledak kini. | Foto: GooglePRESIDEN PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula dilaporkan memohon untuk mengadap Sultan Selangor untuk menjernihkan kemelut di Selangor kini, dalih Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar."Pejabat Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membetulkan maklumat yang telah ditulis secara tidak tepat oleh Sdr Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS Malaysia) seolah-olah wujud titah arahan tertentu oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," dalih Ahmad Shamsuri.Sebelum ini, telah saya menulis bahawa  30 ADUN sokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar yang baru bukti Tan Sri Khalid Ibrahim bohong Sultan.Geng Bas Sekolah seakan mengikut tel…