30 March 2014

Bomoh Siam diharuskan untuk hilangkan mudarat sihir Siam?

SOALAN:
Masa darurat, babi yang haram pun boleh makan Ustaz. Bagi saya, tak salah berjumpa bomoh Siam sebab nak tawar sihir Siam yang tengah memudaratkan nyawa saya. Betul tak Ustaz?

JAWAPAN:
Punca iman mukallaf boleh terbatal antaranya sebab mensyirikkan Allah.

Syirik atau mensekutukan Allah ada dua jenis:
1. Syirik jali/terang-terang
Contoh: sembah berhala atau roh nenek moyang atau roh wali

2. Syirik khofi/tersembunyi
Contoh 1: riak
Contoh 2: bertawassul dengan keramat tertentu yang dianggap roh wali aka 'menurun' walaupun dengan bercampur ayat Al-Quran serta selawat atau menyebut 'dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W...'

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib (menggunakan khidmat bomoh) adalah najis (haram) dan ia daripada perbuatan syaitan.

[Surah al-Maidah, ayat 90]

Abu Raja' berkata bahawa orang-orang jahiliah sering berdo'a: 'Kami berlindung kepada jin, penguasa lembah ini'. Namun salah seorang berkata, bahawa jalan untuk meraih keselamatan adalah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah Rasul-Nya. Siapa bersaksi demikian, harta dan keselamatan jiwa orang yang mengucapkannya pasti aman. Kemudian, turunlah ayat ini (Surah al-Jinn ayat 6)."

[Hadis Riwayat Ibnu Saad. Lihat Tafsir Ibnu Katsir :6/188-189]

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."

[Surah al-Jinn ayat 6]

Menjawab soalan di atas, sesungguhnya haram serta berdosa besar makan babi atas sebab ada nas Al Quran dan memakannya semasa darurat adalah diharuskan cukup untuk menyelamat nyawa.

Pun begitu, memakan babi semasa darurat umpamanya tidaklah terbatal iman kerana tiada amalan syirik di situ.

Sebaiknya, pembomohan yang menggunakan pengantara (tawasul) jin, roh nenek moyang, sihir dll adalah perbuatan syirik yang membolehkan akidah mukallaf terbatal, walaupun atas alasan untuk menghilangkan mudarat sakit.

Wallahu 'alam.

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
0194241583

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus