Skip to main content

Posts

Showing posts from December 3, 2013

Bajet 2014: Apa yang rakyat P.Pinang dapat?

HAMPiR 4,000 penjawat awat akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM700 bagi tahun 2013 lebih awam, iaitu pada Disember ini.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa membentangkan Bajet 2014 Pulau Pinang berkata, pembayaran bonus lebih awal itu diharap dapat membantu penjawat awam membuat persiapan anak-anak ke sekolah.
“(Bonus) yang akan dibayar bukan pada Januari 2014, tetapi, pada Disember semasa 2013,” ujar beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini baru-baru ini.


Tambah beliau, guru-guru dan penyelia Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) turut akan menerima bonus RM400 seorang.
Terdahulu, 3,910 penjawat awam menerima bonus  setengah bulan gaji dengan minimum RM600 sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Guru-guru dan penyelia KAFA turut menerima RM300 ‘bonus duit raya’.
Guan Eng berkata, kesemua pemberian bonus itu menelan belanja sebanyak RM4.4 juta.
Menurut beliau, pemberian bonus bagi tahun 2013 yang bakal diterima pada Disember ini sekaligus menyam…