03 December 2016

PAU 2016: Sebab Najib akui kesetiaan Zahid...

NAIF jika Najib Razak tidak berani menguji kesetiaan Zahid Hamidi?


25 November lalu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah pun melafazkan kesetiaan 101 peratus kepada kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dan, hari ini Najib yang juga Presiden Umno melafazkan bahawa beliau yakin dengan pemangku timbalan presidennya, iaitu Zahid.

Kesetiaan adalah perasaan. Dan, perasaan hanya dirasai oleh duri seseorang itu, bukan orang lain.

Maka, tentu bersebab Najib menzahirkan keyakinannya pada kesetiaan Zahid.

Kenapa Najib zahir sebegitu itu tentu bersebab.

Sebab sebelum ini pun Najib pernah menzahirkan keyakinannya pada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum timbalan presiden Umno merangkap timbalan perdana menteri itu ditendang keluar daripada pada parti.

Ini pengalaman Najib dan pengalaman ini tentu memberi panduan penting untuk menghadapi Zahid.

Sebagai orang politik, takkan Zahid tiada citarasa untuk menjadi perdana menteri?

Dan citarasa Zahid ini tentu turut dirasai oleh Najib yang bertungkus lumus untuk menggigit kekuasaan perdana menteri.

Di sini tahukah bahawa Najib sedang menghantar isyarat yang penting kepada Zahid.

Isu kesetiaan patut disimpan dalam-dalam, bukan basah di bibir.

Zahid dalam bahaya dan mungkin akan ditendang seperti Muhyiddin tidak lama lagi.

Najib...

Kenapa Mahathir pun bahas halal haram PAU 2017 makan RM2.6b?

“Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama seperti perjuangan Umno di waktu ia ditubuh. Yang mereka ingat hanyalah duit itu raja. Dan mereka teruslah menyembah duit,” kata bekas presiden Umno Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Dua hari berturut-turut perwakilan PAU menyindir Tun Dr Mahathir sebenarnya Melayu yang mudah lupa. https://goo.gl/cSYekl

Bekas perdana menteri itu berkata, sebenarnya Melayu Umno yang lupa dan sanggup makan duit haram RM2.6 bilion yang dibawa masuk ke akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam bas menuju ke Kuala Lumpur lewat malam tadi, Sdr. Prakesh yang duduk di sebelah saya pun bertanya, kenapa pemimpin Melayu begitu ghairah dengan politik kepartian?

Sebenarnya saya juga ada soalan yang lebih kurang sama untuk ditanya - mengapa pemimpin Melayu tak tekun dengan idea-idea merombak struktur ekonomi yang lebih menguntungkan rakyat terbanyak?

Saya fikir Dr. Mahathir adalah orang yang faham birokrasi ekonomi kerana bekas perdana menteri itu berani berbelanja lebih untuk membina Putrajaya demi mewujudkan kesan berganda (multiplier effect) dalam ekonomi, ketika tanah air dilanda krisis kewangan yang teruk pada tahun 1997 dahulu.

Dan, cakap-cakapnya mengenai duit haram halal yang dimakan oleh perwakilan PAU itu kerana tahap pemikiran orang Melayu memang 'setara itu' sahaja.

Waktu kartunis terkenal Zunar bertandang ke Pulau Pinang, saya pernah bertanya - kenapa melukis gambar haram babi dan halal 2.6b 1MDB?

"Orang Melayu memang setahap itu intelektual mereka," seloroh Zunar di tapak pameran kartun ICT Mall dekat Komtar baru-baru ini.

Dalam fahaman saya, Zunar mungkin mencebik Umno semacam dalam PAU 2016 kini.

Perwakilan hanya menjadikan PAU sebagai medan mengganyang DAP dan 'beromen dalam cerah' dengan kepemimpinan tertinggi Pan Malaysian Islamic Party sahaja, selain menghentam Dr. Mahathir.

Prakesh yang berbual tadi dalam bas bertanya, bukan dalam "Konvensyen Pembangkang" juga menghentam Najib dan Umno tanpa solusi ekonomi.

Saya tak bercakap sebab orang Melayu kata, diam tanda setuju.

Setuju?

PAU 2016 Umno buang masa Melayu

SENYUM Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh mengubah nasib dan ekonomi orang Melayu.


Orang Melayu memang tidak sedar bahawa pemimpin mereka banyak buang masa dan buang duit untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Seperti dalam PAU, sepatutnya perwakilan Umno wajar berbincang kenapa pentingnya Kerajaan Pusat merombak polisi perumahan negara dengan mewujudkan skim 'rumah mampu sewa' untuk orang-orang Melayu.

Datuk Seri Najib Razak masih digigi kekuasaan, dan masih belum terlambat untuk perdana menteri itu mengekang hutang isi rumah agar tidak terus meningkat.

Sebenarnya syor melonggarkan kembali syarat pinjaman perumahan oleh Bank Negara bukanlah jalan keluar terbaik untuk memastikan rumah mampu milik terjual dalam pasaran.

Dorongan bank menjana keuntungan atas pinjaman perumahan akan mengakibatkan proses pembelian rumah secara spekulatif tetap akan berlaku.

Implisitnya, Lambakan Hartanah (Over Production) akan berlaku, iaitu keadaan lambakan rumah berlaku disebabkan rakyat sebenar tidak mampu beli rumah.

Kalau PAU dilangsungkan sekadar untuk mencipta permusuhan dengan parti-parti pembangkang serta langsung tidak menguntungkan Melayu, baik kutuk pembangkang guna Facebook sahaja.

Buang masa, buang duit dan buang tenaga.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus