05 August 2015

Judi haram masalah semua kaum, tegas pemimpin muda DAP P.Pinang M.Satees

M. Satees mendedahkan beberapa gambar premis judi haram sekitar Kompleks Megamal Perai yang beliau sendiri rakamkan, pada Mesyuarat Penuh MPSP di sini baru-baru ini.

M. Satees (kiri) sedang diwawancara oleh wartawan akhbar Buletin Mutiara, Zainulfaqar Yaacob di sini baru-baru ini.

Oleh kerana selalu sangat disebut usaha memerangi judi itu adalah tanggungjawab orang Islam sahaja, maka, banyak pihak percaya bahawa kempen gaya hidup sihat seperti itu tidak mungkin disokong oleh komuniti atau pemimpin bukan Melayu.

Bahkan, ada yang percaya bahawa isu berbangkit ini tidak pernah dibincangkan secara terbuka di negeri ini, kononnya atas dalih nak menjaga sensitiviti komuniti bukan Melayu (non-Malaysia) atau bukan Islam (non-Muslim).

Ahli Majlis bagi Majlis Perbadaran Seberang Perai (MPSP), M. Satees, 30, yang ditemubual oleh totojurnalis Zainulfaqar Yaacob baru-baru ini memberi gambaran sebaliknya.

Satees memberitahu, beliau sejak dua tahun lepas lagi konsistan mendesak pihak berwajib untuk memerangi penyalahgunaan premis hiburan untuk aktiviti judi tanpa lesen.

“Isu judi haram ini bukan eksklusif untuk satu kaum sahaja.

“Kalau kita masuk ke pusat judi haram ini, saya dapat lihat ada orang Melayu, ada orang Cina dan ada orang India.

“Yang paling menyedihkan, mereka yang terlibat memang sangat muda, daripada umur semuda 15 tahun hingga melebihi usia 30-an akhirnya ketagih dengan judi haram ini.

“Sebab itu saya berasa isu judi haram ini tidak sensitifpun pada komuniti bukan Islam, sesuatu yang mesti diambil tindakan oleh semua pihak,” jelas Satees di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda, Seberang Jaya.

Peribadi
Satees lahir di Taiping, Perak, tetapi, bermastautin di Pulau Pinang sejak kecil.

Selepas bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Perai, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan, beliau sedang melanjutkan pengajian secara jarak jauh dalam bidang undang-undang (Llb), dengan University of London.

Selepas melepaskan jawatan di firma Citibank pada bulan Januari 2008, beliau mengambil keputusan untuk terjun dalam dunia politik serta dilantik menjadi Ahli Majlis MPSP pada bulan Julai 2013.

Anak bongsu daripada enam adik-beradik ini rupa-rupanya masih belum berkahwin.

Tahu tidak tahu, beliaulah yang mencadangkan MPSP untuk menyertai ICLEI (Local Governments For Sustainability) di peringkat dunia, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan pertama di Malaysia.

Satees juga merupakan wakil Malaysia bagi Earth Child Institute, iatu satu pertubuhan antarabangsa yang berpejabat di New York, USA, setelah menjalankan projek perintis "One Child, One Tree" di Seberang Perai.

Beliau adalah perwakilan ECI-Malaysia di Persidangan UNDPI-NGO ke 42 di United Nations, New York, USA, Senator Kerajaan Transnasional Tamil Eelam yang beroperasi dari New York, USA, serta perwakilan dalam 'Conference on Land Grabs of Tamils in Sri Lanka' di Parlimen UK yang dianjurkan oleh British Tamil Forum.

“Prinsip hidup saya, 'mendiamkan diri bukan satu pilihan, bila kerakusan berlaku di depan mata,” kata Satees.

Mesyuarat Penuh MPSP
Satees pada mesyuarat penuh Majlis ke-493 baru-baru ini turut meminta MPSP menjelaskan mengenai mengenai perkara berbangkit ini.

Didedahkan, MPSP dalam tempoh 2013 hingga 2015 meluluskan sebanyak 115 lesen premis hiburan di ketiga-tiga daerah Seberang Perai, yang di dalamnya terdapat mesin simulator.

Itu, tidak termasuk 71 lesen lain untuk premis yang menjalankan aktiviti permaian komputer, dilesenkan di bawah kategori perniagaan am.

Dalam jawapan bertulis kepada Satees, MPSP memaklumkan sebanyak 110 kompaun dikeluarkan kepada pusat hiburan dan kafe berinternet yang didapati melanggar syarat-syarat lesen, dalam tempoh 2013 hingga 2015.

“Memang kekangan itu ada pada kita (MPSP).

“MPSP tidak boleh mengambil tindakan seperti polis. Tetapi, kita (MPSP) boleh untuk pertimbang melakukan penguatkuasaan jika premis terbabit masih beroperasi selepas jam 2.00 pagi.

“Mungkin kita boleh batal lesen (premis) selepas dua tiga kali amaran dikeluarkan oleh MPSP,” jelas Satees lagi.

Kerjasama Polis, MPSP
Satees memberitahu bahawa MPSP wajar mencari jalan supaya ada kerjasama strategik dengan polis serta beberapa pihak berkuasa berwajib yang lain.

“Sekarang, mesin semilator boleh diberikan lesen hiburan kerana pihak polis mengesyorkan mesin semilator itu bukan suatu perjudian haram.

“Itu definisi daripada pihak polis sendiri.

Kalau pihak polis kata, semilator ini tidak boleh diberikan lesen, maka kita (MPSP) boleh batalkan (lesen premis hiburan) serta-merta.

“Masalah mesin semilator ini didifinisikan sebagai hiburan, tetapi mesin semilator ini sebenarnya digunakan untuk perjudian haram.

“Siapa nak main mesin semilator yang kononnya atas maksud hiburan, jika tiada unsur penipuan keuntungan seperti judi,” tanya beliau.

Cabaran
Beliau mengaku, perjuangan memerangi judi haram bersama-sama seorang lagi Ahli Majlis MPSP, P. David Mashel bukanlah kerja mudah.

“Macam di Kompleks Megamal di Perai sahaja, luas sahaja ada lapan (premis judi haram), manakala dalam pasar raya ada lagi tujuh (premis).

“Saya ada dengar bahawa tingkat empat di kompleks itu pun akan dijadikan premis judi haram tidak lama lagi, jika tidak dibendung.

“Bahaya memang bahaya apabila saya bercakap perkara ini dalam mesyuarat penuh MPSP dan di tempat-tempat awam, tetapi ini tanggungjawab sosial bersam untuk rakyat Malaysia di Seberang Perai,” jelas beliau.

Komitmen Putrajaya
Tambah beliau, Kerajaan Pusat di Putrajaya sewajibnya memberikan komitmen secara berterusan dan jujur demi memerangi aktiviti judi haram di negeri ini.

Ini kerana, katanya, keselamatan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat, melalui Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Justeru, beliau menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid yang kini baru dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri melakukan sesuatu untuk membanteras gejala sosial ini.

“Lagipun, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada empat bulan lalu mengadakan Ops. Cantas Khas untuk membanteras judi haram ini, tapi, saya tidak nampak apa-apa kesan pun di Kawasan Dewan Undangan Negeri Perai.

“Datang saja ke Perai saya, saya boleh tunjuk semua premis judi haram ini yang ada mula beroperasi jam 2.30 pagi, di mana generasi belia kita boleh duduk sana (premis judi haram) sampai 24 jam.

“Mereka (pengendali premis judi haram) kata ini semua mesin semilator, luar premis tulis pelajar sekolah dilarang masuk, tetapi yang ramai masuk adalah pelajar sekolah,” tegas beliau.

Harapan
Bagi Satees, Kerajaan Negeri melalui MPSP perlu mempertimbang syor membenarkan operasi premis hiburan berdasarkan populasi penduduk setempat.

“Sebenarnya, pusat hiburan tak perlu banyak-banyak di suatu tempat.

“Pusat hiburan yang benar-benar untuk keluarga perlu sebagai alternatif supaya premis judi haram yang sebenarnya menyumbang pada keretakan rumah tangga juga boleh dibendung.

“Kita (MPSP) mesti mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini, termasuk mempertimbang cadangan untuk menyenaraihitamkan pengendali-pengendali premis judi haram ini, jika ada ruang secara perundangan.

“Bagi saya, selain arak yang dianggap sebagai ibu segala kejahatan, judi pun adalah ibu kepada kejahatan seperti merompak dan sebagainya apabila mereka mulai ketagih.

“Judi haram sudah menjadi masalah kronik di kalangan keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah, dan menjadi salah satu punca jenayah-jenayah lain.

“Ini isu yang inklusif untuk semua bangsa, kita tidak boleh kompromi dengan menyebut bahawa ia sekadar hiburan semata-mata.

Menu sirip ikan yu kini dilarang dalam majlis Kerajaan Negeri

PHEE Boon Poh (kanan) menjelaskan pendirian Kerajaan Negeri memeterai Aku Janji 'Dasar Larangan Negeri Pulau Pinang Terhadap Penghidangan Makanan Yang Berasaskan Sirip Ikan Yu' pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang menyokong dasar larangan menghidangkan makanan berasaskan sirip ikan Yu dalam majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri.

Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, langkah itu wajar memandangkan habitan ikan yu kian pupus disebabkan pemburuan melampau serta permintaan makanan eksotik tersebut yang kian meningkat.

“Kerajaan Negeri terpanggil untuk memulakan langkan ini sebagai usaha mengurangkan tekanan pada permintaan sirip ikan yu,” jelas Phee Boon Poh pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, Ikan yu yang merupakan habitat lautan tertua sejak 450 juta tahun lampau merupakan spesis keystone dalam jaringan makanan di laut.

“Sekiranya ia (ikan yu) mengalami kepupusan, maka keseluruhan jaringan makanan sedia ada akan lumpuh dan tergugat,” jelas Boon Poh lagi.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri sedang dipertimbang syor untuk memperluas amalan aku janji peringkat hotel-hotel serta restoran di negari ini, demi merealisasikan misi Pulau Pinang Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat.

“Tangkapan menggunakan kaedah shark finning, iaitu potong satu sirip dorsal, dua sirip pectoral dan satu sirip kuadal dalam keadaan ikan yu masih hidup sebelum dilepaskan semula ke laut adalah sangat kecam dan tidak berprikemanusiaan.

“Kini, 27 negara dan Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan kegiatan Shark Finning ini.

“Larang seumpama ini telah berjaya mengurangkan kira-kira 30 peratus permintaan pada sirip ikan yu, yang sekaligus memberi impak besar kepada masyarakat dunia, termasuk di Pulau Pinang,” jelas Boon Poh lagi.

Pada sidang media sama, beberapa wakil World Wide Fundation for Nature (WWF) merakamkan penghargaan atas kemitmen Kerajaan Negeri menandatangani Aku Janji 'Dasar Larangan Negeri Pulau Pinang Terhadap Penghidangan Makanan Yang Berasaskan Sirip Ikan Yu.'

Kaji polisi bayar jika hasil sisa makanan - Boon Poh

PHEE Boon Poh (enam dari kiri), Cheong Wai Chee (tujuh dari kiri) dan Maimunah Mohd. Sharif (lapan dari kiri) menunjukkan beberapa suatu poster pameran di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG - Langkah penguatkuasaan seperti pelanggan dikenakan bayaran bagi sisa makanan yang dihasilkan perlu dikaji untuk dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada masa depan.

Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, rakyat di negara ini dikatakan melakukan pembaziran makanan kira-kira 8,000 tan setiap hari, disebabkan tidak mengamalkan panduan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

"Pembaziran yang dilakukan itu berupaya menampung sebanyak 5.3 juta orang untuk makan bagi tempoh tiga hari.

"Langkah penguatkuasaan seperti bayar apa sisa makanan yang dihasilkan perlu difikirkan.

"Ini kerana, pembaziran itu boleh diatasi jika semua pihak sentiasa mengutamakan panduan pemakanan yang sihat," ujar Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Sungai Puyu di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif berkata, penganjuran pertandingan melukis poster bertemakan "Makan Sampai Habis" peringkat sekolah rendah dan menengah adalah salah satu pendekatan pendidikan yang dilakukan demi mengubah tabiat generasi masa depan.

"Sebanyak 90 poster sekolah rendah dan 38 poster sekolah menengah telah diterima untuk pengundian dibuat melalui laman web www.pgcaring society.com.my.

"Selain itu, bagi menjayakan kempen makan sampai habis, sebanyak 15 pameran telah diadakan dari 1 April 2015 hingga 30 Mei 2015," jelas beliau.

Beliau turut membahaskan mengenai tema sambutan hari alam sekitar sedunia bagi tahun 2015 'Seven Billion Dreams, One Planet, Consume With Care' dan ‘Think, Eat dan Save' yang dijadikan tema bagi tahun 2013.

"Tema-tema ini adalah selari dengan program 4R MPSP iaitu ‘Rethink, Reduce, Reuse dan Recycle’," jelas Maimunah.

Setiausaha Majlis bagi MPSP, Sr. Rozali Mohamud, Cheong Wai Chee (Pengerusi Happy Move) serta beberapa Ahli Maljis MPSP, Mohd Sharmizan Mohamad Nor, Siti Nur Shazreen Mohd Jilani, Zaini Awang, Mustafa Kamal Ahmad dan Tan Cheong Heng turut menyertai bengkel tersebut.

Industri semikonduktor masih kukuh walaupun Fairchild tutup kilang - KM

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Penutupan operasi dan penjualan kilang Fairchild Semiconductor International Inc. di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) dekat Bayan Lepas baru-baru ini bukanlah mencerminkan industri semikonduktor di negeri ini lemah.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, langkah Fairchild itu hanya langkah penyusunan semula operasinya di seluruh dunia menjelang akhir tahun ini.

"Ini lebih kepada isu tertentu syarikat dan tidak mencerminkan industri semikonduktor di Pulau Pinang sebagai pertumbuhan masih sangat kukuh," kata Guan Eng kepada wartawan.

Lagipun katanya lagi, permintaan jual beli tanah seluas kira-kira 20 ekar yang tinggi daripada Fairchild sekaligus menyerlahkan bahawa minat pelabur ke negeri ini juga sebenarnya tinggi.

Menurut satu sumber berita, terdapat dua syarikat multinasional dari Jerman dan Amerika Syarikat masing-masing menyatakan minat pada tanah berkenaan.

Laporan StarBiz dipetik memberitahu, salah satu syarikat multinasional berkenaan terlibat dalam pembuatan peranti perubatan.

Tanah bernilai komersial berkenaan kini dianggarkan bernilai antara RM200 hingga RM300 bagi setiap kaki persegi.

"Mereka perlu datang kepada kerajaan negeri kerana kita (Kerajaan Negeri) hanya mahu memastikan bahawa ia adalah satu industri yang kritikal dan berteknologi tinggi, berintensifkan modal dan berasaskan pengetahuan serta juga," katanya.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng memberitahu bahawa Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasama dengan Fairchild untuk membantu kira-kira 500 pekerjanya yang akan diberhentikan pada penghujung tahun ini mendapatkan pekerjaan baru.

Terdahulu, Syarikat San Jose yang berpengkalan di California, Amerika Syarikat pada bulan Ogos lepas mengumumkan penutupan operasi di Jordan Barat, Utah, Pulau Pinang, dan Bucheon dekat Korea Selatan pada tahun terakhir.

Dilaporkan, penyusunan semula syarikat multinational itu dijadualkan berkuat kuasa antara suku kedua dan keempat tahun ini.

Langkah penyusunan semula operasi Fairchild di peringkat antarabangsa dijangka memberi kesan kepada kira-kira 15 peratus daripada guna tenaga global syarikat multinational berkenaan, yang dianggarkan seramai 9,000 pekerja.

Fairchild membuka kilangnya di Pulau Pinang pada tahun 1972.

P.Pinang meterai perjanjian usaha sama Temasik, EDIS

KETUA Menteri (tengah) menyaksikan wakil PDC dan Temasik saling menukar dokumen perjanjian usaha sama Projek Perdana BPO di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) baru memeterai satu perjanjian dengan dua pihak dari Singapura bagi pembangunan projek perdana Penyumberan Luaran Proses Perniagaan (BPO) di negeri ini, dengan RM1.3 bilion nilai pembangunan kasar (DGV).

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, usaha sama PDC dengan Temasek serta Economic Development Innovations Singapore Pte. Ltd. (EDIS) itu membolehkan sebuah kompleks pejabat BPO perdana dibina di atas sebidang tanah milik PDC berkeluasan 6.8 ekar di Bayan Baru.

Usaha sama ini membolehkan PDC memegang 51 peratus syer, dan selebihnya dipegang oleh para pelabur lain.

“Kerjasama ini membuktikan keyakinan dan kepercayaan komuniti pelabur antarabangsa dari Singapura terhadap masa depan Pulau Pinang.

“Saya berhadarap PDC dan Temasik senantiasa sukses dalam kerjasama ini,” jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon turut bersama-sama Guan Eng menyaksikan majlis tandatangan perjanjian di antara Pengurus Besar PDC, Dato' Rosli Jaafar dan David Heng (wakil Temasik).

Hadir sama, Penasihat Khas kepada Ketua Menteri, Lee Kah Choon dan Loo Lee Lian (Pengurus Besar investPenang).

Guan Eng memberitahu, projek perdana BPO itu turut akan mewakili hab perniagaan utama Multimedia Super-Corridor (MSC) Malaysia di Bandar Siber 1 Pulau Pinang yang meliputi tanah kira-kirta 1.6 juta kaki persegi.

Rancangan pemajuan projek tersebut dilaksanakan dalam tempoh tahun 2016 hingga 2019.

Tambah Guan Eng, projek jangka panjang itu turut akan menampung kekosong ruang pejabat Gred A untuk Pelancaran Perkhidmatan Penyumberan Luar (SSO) dan PBO.

“Sektor SSO telah mencapai pertumbuhan pesat selama ini dan Malaysia turut disenaraikan sebagai destinasi SSO ketiga di dunia oleh global firma perunding pengurusan AT Kearney sejak 2004 selepas India dan China," katanya.

Seperti di Pulau Pinang, pelaburan kumulatif bagi syarikat SSO berstatus MSC antara tahun 2009 dan 2014 direkodkan mencapai RM4.073 bilion.

Sektor SSO di sini juga menyediakan lebih 8,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada penduduk tempatan dan berkhidmat kedua-dua pasaran serantau dan global.

Temasek adalah sebuah syarikat pelaburan yang berpangkalan di Singapura dengan portfolio pelaburan S$266 bilion (RM628.6 bilion) pada 31 Mac lalu, dan EDIS juga beribu pejabat di Singapura dengan rangkaian operasi pelaburannya di Jerman dan Amerika Syarikat.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus