Oleh: ZAINULFAQAR
YAACOB
GEORGE TOWN -
Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang menyokong dasar larangan
menghidangkan makanan berasaskan sirip ikan Yu dalam majlis-majlis
rasmi Kerajaan Negeri.
Exco Kebajikan &
Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, langkah
itu wajar memandangkan habitan ikan yu kian pupus disebabkan
pemburuan melampau serta permintaan makanan eksotik tersebut yang
kian meningkat.
“Kerajaan Negeri
terpanggil untuk memulakan langkan ini sebagai usaha mengurangkan
tekanan pada permintaan sirip ikan yu,” jelas Phee Boon Poh pada
sidang media bersama-sama Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng di
sini baru-baru ini.
Menurut beliau, Ikan yu
yang merupakan habitat lautan tertua sejak 450 juta tahun lampau
merupakan spesis keystone
dalam jaringan makanan di laut.
“Sekiranya
ia (ikan yu) mengalami kepupusan, maka keseluruhan jaringan makanan
sedia ada akan lumpuh dan tergugat,” jelas Boon Poh lagi.
Tambah
beliau, Kerajaan Negeri sedang dipertimbang syor untuk memperluas
amalan aku janji peringkat hotel-hotel serta restoran di negari ini,
demi merealisasikan misi Pulau Pinang Bersih, Hijau,
Selamat dan Sihat.
“Tangkapan
menggunakan kaedah shark finning, iaitu
potong satu sirip dorsal, dua sirip pectoral dan satu sirip kuadal
dalam keadaan ikan yu masih hidup sebelum dilepaskan semula ke laut
adalah sangat kecam dan tidak berprikemanusiaan.
“Kini,
27 negara dan Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan kegiatan Shark
Finning ini.
“Larang
seumpama ini telah berjaya mengurangkan kira-kira 30 peratus
permintaan pada sirip ikan yu, yang sekaligus memberi impak besar
kepada masyarakat dunia, termasuk di Pulau Pinang,” jelas Boon Poh
lagi.
Pada
sidang media sama, beberapa wakil World Wide Fundation for Nature
(WWF) merakamkan penghargaan atas kemitmen Kerajaan Negeri
menandatangani Aku Janji 'Dasar Larangan Negeri Pulau Pinang Terhadap
Penghidangan Makanan Yang Berasaskan Sirip Ikan Yu.'
No comments:
Post a Comment