Skip to main content

Posts

Showing posts from March 27, 2016

'Menantu Pak Lah' sembang pandai...

Berapa ramai disingkirkan oleh seorang perdana menteri apabila bertanya mengenai status skandal kewangan 1MDB dan isu 'sumbangan' RM2.6 bilion ke akan peribadi Datuk Seri Naib Tun Razak?
Pakatan Harapan sama ada di Dewan Rakyat atau di luar Parlimen hanya bertanya untuk menuntut penjelasan dan bukan untuk menyerang Najib.
Najib yang juga Presiden Umno wajar menjawab isu-isu berbangkit tersebut dan sepatutnya tidak berlaku seorang pegawai penyiasat SPRM mati disimen dalam tong ketika isu ini terus menggamit tanya tanya di sisi rakyat.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican jangan pandai berdalih kononnya isu rumah bukan untuk 'serang' Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Bila Abdul Rahman Dahlan nak dedah dokumen jual tanah Taman Manggis?

BILA ABDUL RAHMAN NAK DEDAH DOKUMEN JUAL BELI TANAH TAMAN MANGGIS?
Ahad | 27 Mac 2016 | 12.20 pagi George Town, Pulau Pinang 
FASA pertama Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Manggis diluluskan pada 10 Mei 2001 lagi.
Baki 1.1 ekar lagi tanah dekat Jalan Zainal Abidin itu terdiri oleh lima lot bernombor.
Sebenarnya Kerajaan Pulau Pinang era Umno Barisan terdahulu boleh membuat permohonan percantuman (Amalgamation of Land) ke atas lot-lot tanah itu, berdasarkan Seksyen 204(D) Akta Kanun Tanah Negara, 1965.
Semasa masih menguasai Kerajaan Pulau Pinang, mereka langsung tidak membuat sebarang rancangan pemajuan rumah pangsa kos rendah (KR) dan kos sederhana rendah (KSR) di atas 1.1 ekar tanah itu.
Jika mereka jujur, sekurang-kurangnya boleh dibuat 'Amalgamation of Land', semasa fasa satu PPRT Taman Manggis diluluskan pada 10 Mac 2001 lalu.
Tujuh tahun berlalu begitu saja, sehinggalah Kerajaan Negeri berpindah tangan kepada pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng, pada 8 M…