23 February 2012

[Kartun] Spesis 'LembUMNO' P.Pinang



Layakkah Europlus terima projek lebuh raya RM7.07 bilion? - Guan Eng


PENTADBIRAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digesa menjelaskan proses pemberian projek membina Lebuhraya Banting-Taiping yang bernilai RM7.07 bilion kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus), sama ada dilakukan secara tender terbuka atau sebaliknya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini berkata, beliau berasa curiga kerana Europlus mendahului kerajaan pusat dengan mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima surat kelulusan membina projek tersebut.

"Apakah tender terbuka dijalankan untuk perjanjian ini, dan jika tidak kenapa? Jika ya, siapa lagi yang menyertai (proses tender terbuka) dan kenapa mereka dipilih?," tanya beliau pada satu kenyataan media, di Kuala Lumpur.

Konspirasi Umno pengaruh Istana adakan PRU13 Selangor, pusat serentak?


DESAS-DESUS pilihan raya negeri Selangor serentak dengan pilihan raya umum ke-13 yang diputuskan pusat kemungkinan berlaku sebagaimana dirancang oleh Umno di negeri berkenaan.

Sumber luar istana mendedahkan Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikenali adil dan rasional cuba dipengaruhi oleh beberapa pelobi upahan Umno.

Sumber meminta pihak berwajib mengikuti serta mendapatkan penjelasan Dato' Mohammed Khusrin Munawi kerana Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor itu didakwa mengetahui konspirasi terbaru Umno bagi merampas Kerajaan Negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat menggunakan pengaruh Istana.

Umno sendiri dilihat mengelak dari menggunakan pengaruh Istana bagi melengkapkan proses kudeta di Selangor sebagaimana yang pernah dilakukan ke atas Kerajaan Negeri Perak lebih tiga tahun lepas.

Mereka dilaporkan hanya mahu rampas Selangor, bukan menghadapi kebangkitan berpenjangan rakyat sebagaimana yang berlaku di Perak sehingga sekarang. Rakyat dilihat bangkit menolak perbuatan tidak demokratik tersebut.

Sumber turut meminta pihak berwajib mengikuti serta mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hal ini daripada 'orang istana' bernama Munir Bani.

Sehingga sekarang, Pakatan Rakyat di Selangor bersama-sama Pulau Pinang dan Kelantan dilaporkan merancang untuk tidak mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut sedemikian.

Kedah masih belum memberikan isyarat yang jelas mengenai cadangan Pakatan Rakyat itu.

Seluruh rakyat Malaysia terus berteka-teki mengenai pilihan raya umum belakangan ini gara-gara permainan media yang dilakukan oleh Najib sendiri.

Mampukah Umno menjayakan konspirasi terbesar bagi merampas Selangor ini dengan mempengaruhi Tuanku Sultan Selangor yang adil lagi rasional kelak?

"RAJA ITU RAKYAT, RAKYAT ITU RAJA"

Guan Eng kemuka transkrip debat dalam bahasa Melayu, Chua Soi Lek bila lagi?


PRESIDEN MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini dicabar untuk mengemukakan secara terbuka transkrip Debat “Adakah Sistem 2 Parti Akan Menjadi Sistem Dua kaum?" beliau pada Sabtu lepas dalam terjemahan bahasa Melayu dan Inggeris sebagaimana yang dilakukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau mengemukakan transkrip kenyataannya dalam bahasa Melayu dan Inggeris pada hari ini supaya inti perdebatan yang berlangsung dalam bahasa Manderin itu boleh difahami dan dinilai oleh seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Adakah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berani mendedahkan sepenuhnya teks ucapan perbahasannya dengan saya pada 18 Februari 2012 dalam Bahasa Malaysia agar rakyat Malaysia dapat baca samada MCA bersikap perkauman serta melancarkan serangan peribadi bukan sahaja terhadap saya dan mantan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat?

"Hari ini, saya telah mengumumkan teks ucapan dan transkrip perbahasan saya dengan Chua yang bertajuk, “Adakah Sistem 2 Parti Akan Menjadi Sistem Dua kaum?”.

"Ini adalah untuk menjawab usaha media massa yang dikuasai BN, yang putar belit ucapan saya dengan fitnah. Pada 21 Februari 2012 suratkhabar milikan MCA, The Star telah meminta maaf kerana fitnah dalam artikel Baradan Kuppusamy di bawah tajuk “All hype but no climax?” yang cuba mengindahkan Chua."

Beliau berkata, teks ucapan yang dikemukakannya itu adalah penting untuk menangkis tuduhan puak rasis dan ekstremis yang cuba menggambarkan parti berbilang kaum seperti DAP sebagai parti perkauman sedangkan sebenarnya parti MCA adalah parti perkauman sama seperti UMNO dan MIC.

Transkrip terjemahan penuh adalah seperti di bawah:-

Jangan beli undi rakyat guna agama



PEMBANGKANG Pulau Pinang khususnya Umno dinasihatkan supaya tidak membeli undi rakyat menggunakan sentimen agama, kata Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang meluahkan nasihat itu ketika menyampaikan ucaptama perasmian pada Persidangan Kesederhanaan Tulen 2012 baru-baru ini.

Beliau menyeru semua pihak untuk mengamalkan kesederhanaan tulen seperti keadilan, kebebasan, kesaksamaan, kebenaran dan keinginan mencari ilmu pengetahuan serta kebenaran bersempena Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia yang dipopularkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

[Risalah] P.Pinang rancang bina rumah mampu milik paling berkualiti di Malaysia


Liow tak layak pantau Lynas, kata Guan Eng


DATUK Seri Liow Tiong Lai dianggap tidak layak untuk memantau tahap keselamatan Loji Nadir Bumi Lynas di Kuantan, Pahang walaupun menteri kesihatan itu dilantik sendiri oleh kerajaan pusat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, Liow (kiri) pasti akan mengutamakan kepentingan projek Barisan Nasional tersebut memandangkan beliau merupakan Pengerusi MCA di negeri berkenaan.

Menurut Lim, kredibiliti Liow mula dipertikai sejak dilihat menipu dalam insiden Hospital bersalin Tung Shin  menerima bedilan gas pemedih serta meriam air ketika berlangsungnya yang menjadi tempat perlindungan perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lepas.

[Youtube] Kami penyamun? kah kah kah

Mengapa pusat tak salur hak projek pembangunan negeri ke P.Pinang?


LANGKAH pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyalurkan semua projek pembanguan Pulau Pinang kepada Pejabat Pembangunan Negeri Persekutuan (PPNP) adalah bercanggah dengan konsep demokrasi persekutuan-negeri, kata Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyalurkan semua projek pembangunan negeri melalui Pejabat Daerah negeri demi kepentingan rakyat.
“Bukan sahaja PR (Pakatan Rakyat) telah menangi majority dua per tiga dengan 29 daripada 40 buah kerusi negeri. Malah, (PR) juga menang 11 daripada 13 buah kerusi Parlimen di Pulau Pinang.
“Jelas sekali wang sumbangan oleh Pulau Pinang dalam bentuk cukai pendapatan dan kastan tidak diberikan balik kepada rakyat Pulau Pinang
.
“Sebaliknya, semua wang sumbangan dikuasai penuh oleh BN sungguhpun (kerajaan negeri era BN) telahpun ditolak peringkat negeri dan Parlimen oleh rakyat Pulau Pinang,” ujar beliau.

Jika Lynas selamat, kenapa tidak dibina di Australia?


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melahirkan rasa kesal dengan amalan kerajaan pusat kerana memberi lesen kendalian sementara (TOL) kepada syarikat Australia Lynas Corporation bagi membina loji nadir bumi terbesar di dunia dekat Pahang.

Beliau berkata amalan tersebut seolah-olah mencerminkan kerajaan pusat yang diteraju oleh Barisan Nasional terlalu mengejar keuntungan sehingga mengabaikan aspek pembangunan mapan dan hijau rakyat.

“Lebih baik Barisan Nasional menjelaskan kenapa loji nadir bumi di Kuantan dibenarkan untuk beroperasi, sedangkan projek itu berbahaya.

“Susulan pemberian TOL bersyarat, saham syarikat Lynas telah melonjak …jelas bahawa Kerajaan BN yang tidak bertanggungjawab ini sedang berpakat dengan pihak-pihak industri sehingga menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan beratus-ratus ribu rakyat Malaysia yang tidak bersalah,” ujarnya melalui e-mel kepada Nota Kecil.

Iktiraf P.Pinang pelaburan no.1 sektor pembuatan negara



KEJAYAAN Pulau Pinang sebagai negeri nombor satu dalam pelaburan sektor pembuatan selama dua tahun berturut-turut sejak 2010 melayakkan 1.6 juta anak negeri berkenaan menerima pengharaan daripada seluruh rakyat di negara ini.

Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sebagai reaksi pada pengumuman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad baru-baru ini.

Mustafa mengumumkan Pulau Pinang mengungguli pelaburan sektor pembuatan selama dua tahun dengan RM9.1 bilion pada tahun lepas walaupun kerajaan negeri mensasarkan RM6.1 bilion sahaja.

Pada tahun 2010 pula, Pulau Pinang mencipta rekod  paling unggul dalam sejarah sektor pelaburan tanah air, iaitu sebanyak RM12.2 bilion.

Isa bebal, injuksi mahkamah tangguh EGM Felda


Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad tetap bebal dan mahu menyenaraikan Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH) di Bursa Saham Malaysia walaupun dibantah keras oleh Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).

Semuanya gara-gara injuksi Mahkamah semalam oleh sekumpulan ahli KPF sehingga mengakibatkan Mesyuaray Agung Khas KPF dibatalkan.

Malaysiakini melaporkan, Isa menuduh 8 peserta Felda terbabit dipengaruhi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) di bawah pimpinan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Mengapa grup Dr Hasan UG tuduh saya 'parasit'?

WAKTU grup Dr Hasan Mohd Ali diarahkan membawa PAS bergabung dengan Umno atas nama Kerajaan Perpaduan, saya dituduh memecah belah jamaah.

Waktu Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang memecat Dr Hasan sebagai ahli PAS, saya dituduh pula parasit yang cuba merosakkan imej PAS.

Saya dituduh sedemikian oleh beberapa pemimpin pemuda PAS Pusat dan pemuda PAS Negeri Pulau Pinang kerana saya anti Umno dan anti Kerajaan Perpaduan sejak dari dulu lagi.

Saya dituduh sedemikian kerana saya anti pemimpin UG seperti Dr Hasan Ali.

Adam Adli, Jingga13 bantah kapal Israel di Pelabuhan Klang tanpa Ibrahim Ali


Siswa Adam Adli yang menurunkan bendera muka Perdana Menteri di PWTC pad pertengahan Disember tahun lepas antara selebriti yang hadir bersama 80 komrad Jingga13 bagi memprotes kapal Israel berlabuh di Westport dekat Perlabuhan Klang, semalam.

Pertubuhan pendesak Melayu yang diketuai oleh Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak muncul-muncul walaupun dipelawa Jingga 13 sebelum ini.

Demontrasi aman yang diketuai oleh Ketua Jingga13 sendiri, Cikgu Fariz Musa serta Azmizam Zaman Huri (Naib Ketua Pemuda PKR) itu berlangsung selama sejam sambil melaungkan slogan anti Israel.

Olimpik2012: Jepun benam Harimau Muda 4-0


PERLAWANAN kelayakan bola sepak ke Sukan Olimpik 2012, Harimau Muda A menentang Jepun menyaksikan pasukan pelawat mengatasi skuad negara 4-0, sekali gus menamatkan pertemuan dengan agregat 6-0.
Dalam pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam tadi, Jepun memperoleh empat gol tanpa dibalas.
Jepun mendahului pada minit ke-35 menerusi jaringan Hiroki Sakai. Gol kedua negara itu dijaringkan oleh Yuya Osako pada minit ke-44.
Gol ketiga Jepun disumbat pada minit ke-55 dan yang seterusnya pada minit ke-60.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus