Skip to main content

Posts

Showing posts from March 24, 2016

Kadar insurans berdasarkan risiko setempat mulai 1 Julai, dapat reaksi pelbagai netizan

LiBERALiSASi tarif insurans motor yang pernah diumumkan pada tahun 2012 dan disahkan semula pada tahun 2014 akan dimulakan mulai 1 Julai depan, lapor  paultan.org
Pendek kata, premium insurans motor tidak lama lagi berdasarkan faktor risiko tempat kenderaan itu dimiliki, dan bukan lagi berdasarkan polisi mudah sedia ada dan kawal selia harga.
Peralihan polisi ini dikatakan untuk mengurangkan risiko berantai ke atas kedua-dua pihak, iaitu pengguna dan firma insurans sendiri.
Maka, keperluan tarif insurans sedia ada dengan tawaran had harga serta liputan perlindungan akan ditamatkan secara berperingkat, tidaklah terlalu segera.
Fasa pertama pelaksanaan mulai 1 Julai nanti, firman insurans dibenarkan menawarkan 'produk baru' selain nilai tambah pada polisi yang sedia ada.
'Produk baru' yang dimaksudkan antaranya polisi tambahan bagi risiko air memasukan enjin di kawasan banjir, kehilangan kunci kereta dan sebagainya.
Memetik sumber atas talian paultan.org lagi, harga p…

Puas sertai kayuhan desa di Pulau Betong

KAYUHAN Desa merupakan antara sektor pelancongan yang kian popular di Balik Pulau.
Audi Guest House adalah destinasi terbaik bagi mereka yang mahu merentas desa dengan 'kos bajet'.
Sebuah basikal jenis Mountain Bike boleh disewa semurah RM15 sahaja dan RM20 bagi sebuah basikal yang boleh dikayuh oleh dua orang.
Tahu tidak tahu, di Audi Guest House Balik Pulau turut menyediakan sewaan bilik tamu ala-ala kampung.
Kalau saya tak lupa, bilik inap desa paling 'bajet' RM20 sekepala, untuk dua orang. Bilik-bilik lain untuk tiga orang RM90, lima orang (RM120) dan bilik deluxe RM145 sahaja. Murah dan istimewa.
Info lanjut, hubungi Mr. SAM Lim +60124999099 atau rakannya Liew Chi Khong +60149442540 atau no. tel. Pejabat 048662569.
Tempahan aktiviti kayuhan desa atau bilik inap desa turut boleh melalui emel audi_service@ymail.com atau portal www.audipenang.com.
Capaian di Facebook dengan kata kunci Audi Guest Home, Audi Dream Farm atau Audi Farm.

Kalau jelajah desa secara berkump…

Jejambat BLE siap, tunggu kelulusan RSA, respons Exco Kerja Raya P. Pinang

BATU MAUNG – Jejambat Lebuh raya Bayan Lepas (BLE) sepanjang 3.2 kilometer yang menghubungkan Batu Maung ke Bayan Baru akan dibuka pada 4 April 2016, sekiranya diluluskan oleh Audit Keselamatan Jalan raya (RSA).
Mengulas lanjut, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pemaju, UEM Builders Berhad (UEM) kerana berjaya menyiapkan Jejambat BLE, seperti yang dijanjikan.
“Walaupun menerima banyak kritikan, halangan, namun akhirnya jejambat ini berjaya disiapkan," jelas ADUN Bagan Jermal itu kepada pemberita di sini.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng kerana begitu menitikberatkan aspek keselamatan di kawasan pemajuan tersebut sebelum ini, sehingga menubuhkan Jawatankuasa Pemantau Keselamatan (badan bebas) yang diketuai jurutera berpengalaman, Dato' Dr. Gue See Siew.
Pada sidang media sama, ADUN Batu Maung merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Ne…