18 October 2014

"Sarawak harap apa, PAS akan bawa..." - Ayahanda Adam bin Ahid

FOTOJURNALIS Zainulfaqar Yaacob (kiri) merakamkan gambar kenang-kenangan dengan 'Ayahanda' Haji Adam bin Ahid (kanan) sejurus wawancara eksklusif di sini, semalam.

KONTROVERSI di media arus perdana baru-baru ini berhubung isu PAS Sarawak tidak akan menghalang DAP daripada meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana perbezaan pendirian dalam isu hukum hudud dijangka kembali berbangkit dalam musim Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka paling awal pada bulan Jun 2015.

Ikuti wawancara eksklusif fotojurnalis Zainulfaqar Yaacob (FAQAR) bersama-sama Pesuruhjaya PAS Sarawak merangkap calonkawasan DUN Sebuyau, 'Ayahanda' Adam bin Ahid (AYAHANDA) sejurus selesai Bengkel Persiapan PRN 2015 di sini, di Dewan Utama Pejabat Perhubungan PAS Sarawak dekat Matang Jaya, Kuching pada malam tadi.

FAQAR: PRN 2015 ini, adakah PAS akan bersendirian tanding di Sarawak ekoran ada berapa perbezaan impian seperti isu Hudud dengan DAP baru-baru ini?

AYAHANDA: PAS dan DAP sudah kembali duduk semeja berbincang mengenai isu-isu bersama masuk kali ketika, tetapi, maklumat akhir yang rakyat dapat hanya pada 21 Julai lepas sahaja daripada media online seperti The Malaysian Insider), (iaitu) 'PAS tidak halang jika DAP keluar Pakatan Rakyat Sarawak'.

Fokus PAS nak menang pilihan raya, jadi PAS perlu bawa isu diharapkan oleh pengundi di kawasan-kawasan yang PAS tanding, bukan setakat membawa isu yang rasa perlu untuk rakyat sokong semata-mata.

Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak) baru hubungi saya dua tiga hari lalu, jemput saya dan dia lagi wakil PAS untuk duduk bincang dengan DAP kali keempat...mungkin minggu depan.

Saya kata, masing-masing memang ada ideologi berbeza-beza, tapi 'musuh' kita hanya satu, iaitu Barisan (Nasional).

FAQAR: Apa isu yang menjadi fokus PAS Sarawak di PRN 2015?

AYAHANDA: Konsep federalisme dan amalan desentralisasi yang dibentangkan oleh wakil Jabatan Pilihan raya Pusat (JPrP) Nordin Majid dalam bengkel malam ini (17 Oktober 2014) adalah sesuatu yang baru untuk PAS teliti.

Isu ada banyak. Isu Kerajaan Negeri dikatakan rugi lebih kurang RM400 juta kerana jual tanah (seluas) 267 ekar (di Batu Kawa) dekat Kuching umpamanya...kita bawa dan DAP pun bawa.

Isu yang banyak mesti diurus hingga jadi mudah untuk diterima dan disokong oleh pengundi di kawasan PAS ganding...Sarawak harap apa, PAS akan bawa.

FAQAR: Hingga kini, bagaimana persiapan PAS?

AYAHANDA: Masih banyak perkara PAS Sarawak perlu siap...mujur Tuan Guru Presiden Tuan Guru Abdul Jadi Awang buat PAS Sarawak 'anak emas'.

PAS Selangor sebagai 'abang angkat' banyak bantu kita sejak PRN (2011) lalu lagi dan kita (PAS Sarawak) harap akan dapat sekurang-kurangnya seorang 'anak' (penulis: menang sekurang-kurangnya satu DUN atau Parlimen) dalam PRN tahun depan.

Setakat sekarang, PAS bertanding 5 DUN. Kalau ikut ranking potensi menang, sasaran nombor satu Beting Maro, diikuti Muara Tuang.

Tempat saya tanding masa pilihan raya lepas (DUN Sebuyau) adalah dalan ranking nombor tiga. Selepas itu, barulah Sadong Jaya, seterusnya Tanjong Datu.

Ada tiga lagi kawasan sasar PAS tanding, tetapi masih kita bincang dengan kawan-kawan (Pakatan Rakyat).

FAQAR: Sebagai akhir, apa harapan 'ayahanda'?

AYAHANDA: Kalau selalu PAS Pusat turun dan bantu, in sha Allah persiapan boleh terus dibuat seperti pada malam ini.

PAS Sarawak sendiri in sha Allah akan buat persiapan dari segi 5M, (pertama) Man of Phylosophy (iaitu) pemimpin dan calon mampu menang.

(Kedua) Management (iaitu) dari pengurusan jentera JPrN (Jabatan Pilihan raya Negeri) dan isu-isu sampailah mengurus perbezaan di antara parti-parti Pakatan Rakyat Sarawak (PAS, DAP dan PKR).

(Ketiga) Money. (Keempat) Missionary atau persiapan jentera dari segi tenaga kerja dan kepakaran jentera.

Terakhir (dan Kelima) bahan kempen (Merchandise) yang bawa mesej mudah untuk dorong rakyat menangkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus