08 July 2013

Mahathir hasut rakyat pertahan Akta Hasutan?

Dr Mahathir kata, "Jadi undang-undang tidak boleh digubal kerana parti lawan mendesak. Kalau ikut parti lawan negara kita tidak akan ada undang-undang."

Kalau negara masih di bawah rejim Dr Mahathir itu, Akta Hasutan masih dikuatkuasakan.

Apabila mansuh akta draconion ini, ertinya UBN nak mewujudkan akta yang lebih mencengkam rakyat.

Inti aduan kepada SPAD mengenai mutu tidak baik bas Etika Express

Kepada:
SPAD (U/P: Nadia)

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Terima kasih kepada Pegawai SPAD, Cik Nadia kerana cakna dengan kicauan saya awal pagi tadi di twitter @aduanSPAD, lalu menghubungi saya menerusi no.tel. +60 3-7947 0012 pada detik 10.03 pagi tadi.

Saya, Zainulfaqar Yaacob, pemegang kad pengenalan bernombor **0513-07-**** ingin membuat aduan mengenai mutu tidak memuaskan perkhidmatan bas ekspress kendalian Syarikat Etika Express.

Pada Ahad, 7 Julai 2013 hampir jam 11.59 malam, saya bersama isteri, Siti Hajjar Hassan, pemegang kad pengenalan 8***07-23-**** berurusan di kaunter Etika Express dekat aras tiga, Pudu Sentral, Kuala Lumpur. Tiket bas dibeli pada detik 12.01 pagi.

Saya dilayan oleh seorang operator berseragam Etika Express yang dikenali sebagai En. Syuk.

Pada tiket, tertera jadual perjalanan bas KL-Butterworth pada jam 11.58 malam. En.Syuk kata bas masih di depot dan dijadual berjalan 12.30 pagi (Ahad, 8 Julai 2013) pula.

Saya dan isteri bersetuju membeli tiket kerana urusan jual beli rasmi, bukan melalui ulat tiket.

Malangnya, bas nombor belakangnya 8788 (jika tidak salah) (KLPNG13) masih tidak bertolak hingga jam 1.00 pagi.

Pintu bas langsung tidak dibuka sungguhpun saya meminta dibuka pintu itu lewat jam 12.40 pagi.

Kepada dua pemeriksaan berwajib yang tidak berseragam Etika Express, saya bertanya, "Bila bas ini akan bertolak? Pada tiket, tertulis jam 11.58 malam. Saya beli tiket ini bukan pada ulat bas pun sebab dijanji bas berjalan jam 12.30 pagi. Sekarang sudah hampir jam 1.00 pagi."

Saya mencadangkan pintu bas itu sekurang-kurangnya dibuka memandangkan pembeli tiket tidak selesa bersesak tunggu di luar bas.

"Sudah 19 tahun bas ini berjalan jam 1.00 pagi," herdik salah seorang pemeriksa tiket Etika Express berwajib.

Saya terasa menerima ancaman ala samseng melalui tingkah laku serta herdikan lelaki kurus berusia 30-an itu.

Selepas beberapa kali saya bertanya, "bila bas ini akan berjalan?" akhirnya seorang lagi pemeriksa tiket Etika Express membuka pintu bas itu dalam reaksi yang dingin.

Saya, isteri dan pelanggan lain naik serta menunggu dalam bas. Bas bertolak tiga minit menjelang jam 1.00 pagi.

Saya dan isteri bersyukur, pemandu bas itu seorang yang sederhana dan baik, tidak seperti dua pemeriksa tiket Etika Express ala samseng itu.

Selepas insiden itu, saya dan isteri berasa tidak ada bezanya berurusan dengan operator Etika Express (En.Suk) di kaunter tiket dengan ulat bas yang bergentayangan di aras tiga Pudu Sentral serta kawasan sekitarnya.

Justeru, saya menuntut langkah susulan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan empunya syarikat pengangkutan swasta Etika Express untuk hak konsumerisme saya yang dinafikan ini.

Jika sistem e-tiket boleh dilaksanakan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hingga mencegah anasir ulat bas, pejalanan bas ikut jadual, harga tiket lebih berpatutan serta mesra pelanggan, mengapa sistem terbaik yang dicadangkan Kerajaan Pusat itu gagal dilaksana di Pudu Sentral hingga sekarang?

Bersama aduan ini, saya sertakan beberapa info berwajib untuk siasatan dan langkah lanjut pihak SPAD.

Harga tiket:
RM31 seorang (saya beli dua tiket)

No.Resit Tiket Etika Express:
711412 & 711413

Pembelian tiket dengan operator rasmi:
En.Syuk.

No.daftar tiket:
HP R130700005700 dan
XH PR130700000125

Saya kepilkan gambar tiket berwajib sebagai bukti aduan ini untuk perhatian SPAD.

Sekian, Terima kasih.

Yang benar,

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis / Blogger
George Town, Pulau Pinang

+60194241583 | zainulfaqary@gmail.com

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus