Skip to main content

Posts

Showing posts from May 15, 2016

Mujur Kg. Mutiara di P.Pinang, tidak senasib Melayu Kg. Chubadak KL, kata peguam muda AMK

Zainulfaqar Yaacob
Dikemaskini 16:49 15 Mei 2016

BAYAN BARU - Kampung Mutiara dekat Parlimen Bukit Bendera yang didiami majoriti Melayu mungkin senasib Kampung Chubadak dekat Kuala Lumpur, jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini tidak dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH).

Peguam muda Mohd. Izad Buqhary Mohd. Kamri yang juga pemimpin Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia berkata sedemikian pada Konvensyen Ke-2 PasMa Pulau Pinang 2016, semalam.

"Isu penempatan semula penduduk kampung Melayu Tanjong Tokong di Pulau Pinang akhirnya Kerajaan PH yang jadi penyelamat," ujar Mohd. Izad Buqhary di Hotel Seri Malaysia dekat Bayan Baru di sini.

Selain Mohd. Izad Buqhary, forum 'Hak Melayu Pulau Pinang Menurut Perlembagaan Malaysia: Jaminan dan Cabaran' itu turut membariskan dua panelis lain, iaitu pakar perlembagaan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang kini berhijrah masuk ke Parti Tindakan Demokratik (DAP) serta Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang mer…

Semangat kekeluargaan kurang utuh punca gejala sosial dalam komuniti, kata Chong Eng

Teks & Gambar: AHMAD ADIL MUHAMAD
BUKIT MERTAJAM – Semangat kekeluargaan yang kurang utuh mampu menyumbang pada pelbagai gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, jenayah ragut, rogol dan sebagainya dalam komuniti setempat di negeri ini.
Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa Peringkat Seberang Perai 2016 di perkarangan Stadium Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dekat Jalan Betik di sini baru-baru ini.
“Dalam suasana menikmati proses kemajuan dan pembangunan yang pesat sekarang ini, nilai-nilai murni dan semangat kekeluargaan yang menjadi amalan kita selama ini kian terhakis.
“Warga Pulau Pinang seharusnya mengamalkan bukan sahaja di rumah, tetapi juga di luar rumah supaya dapat melahirkan sikap prihatin, hormat-menghormati bertolak ansur, amanah dan telus sesama kita,” ujar Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang ketika membahaskan tema …