Skip to main content

Posts

Showing posts from March 16, 2015

AIM dilantik 'amil' zakat P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PERMATANG PAUH – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dilantik sebagai wakil pemungut zakat atau amil di negeri ini, selepas memeterai satu memorandum perjanjian (MOA) dengan Zakat Pulau Pinang (ZPP) di sini baru-baru ini.
Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato' Mohd. Salleh Man berkata, pemeteraian perjanjian itu sekaligus membolehkan AIM mendapatkan maklumat langsung berwajib mengenai hal ehwal pungutan zakat daripada ZPP sendiri.
"AIM merupakan pihak ketiga yang dilantik sebagai wakil ZPP untuk memungut zakat gaji daripada anggotanya, selepas MoU serupa yang dibuat dengan Pos Malaysia pada tahun 2007 dan ANGKASA (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad) pada tahun lepas (2014).
“Pelantikan AIM ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua aspek zakan, khususnya dalam kalangan ahli dan (peserta skim pinjaman mikrokredit) Sahabat AIM untuk mendapatkan maklumat zakat secara langsung daripada pegawai AIM yang dilant…

2,093 rumah di Jalan SP Chelliah siap Nov. 2019, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KOMTAR – Pemajuan 2,093 unit rumah melalui agensi pelaksana Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan kerjasama pemaju Zubicon Sdn. Bhd. di atas sebidang tanah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berkeluasan 11.04 ekar dekat Jalan SP Chelliah di sini dijangka siap pada bulan November 2019.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri sanggup membina rumah mampu milik di atas tanah bernilai tinggi dalam kawasan bandar George Town di sini sebenarnya demi memenuhi keperluan rakyat di negeri ini.


“Ini adalah lokasi yang paling baik, apa yang kita (Kerajaan Negeri) sebut sebagai 'tanah emas' di kawasan ini, bukan untuk meraih keuntungan tetapi untuk membina rumah untuk rakyat.
“Pemaju (Zubicon) telah berjaya (dipilih) melalui tender terbuka untuk memperoleh projek ini atas kerjasama serta semangat perkongsian sektor awam dan swasta,” ujar Guan Eng pada Majlis Pecah Tanah Skim Perumahan Awam Dan Mampu Milik 'The Rise&#…

Kelajuan Penang Free Wifi kini lima kali ganda, umum Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Lambakan trafik hingga 20,000 pengguna Penang Free Wifi pada satu-satu masa hingga mengakibatkan kepantasan jalur lebar ke internet (backhaul bandwidth) kian lembab belakangan ini mendorong Kerajaan Negeri menaiktaraf kemudahan tersebut.
Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng berkata, kira-kira 600,000 penguna berdaftar di negeri ini kini boleh menikmati kemudahan wifi dengan kelajuan internet ditingkatkan hingga lima kali ganda berbanding dahulu.
“Dengan peningkatan 5 kali ganda dalam backhaul bandwidth dari 75Mbps (Megabits sesaat) kepada 375Mbps, pengguna perkhidmatan WiFi percuma sekarang akan dapat menikmati kelajuan yang lebih cepat daripada 1Mbps berbanding 512kbps (kilobit sesaat) sebelum ini,” ujar Guan Eng kepada wartawan di sini baru-baru ini.
Menurut Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, penarafan kepantasan jalur lebar ke internet tersebut yang ditingkatkan kini adalah menyamai kadar 500 peratus berbanding seb…

Pergesaran Najib, Muhyiddin tak penting berbanding tangani hutang 1MDB, gesa Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB Gambar: SHUM JIAN-WEI
AIR PUTIH - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pergeseran politik antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kontroversi lambakan hutang syarikat pelaburan negara 1Malaysian Development Bhd. (1MDB) adalah tidak penting serta langsung tidak menguntungkan rakyat.
Justeru, Guan Eng yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih menggesa Putrajaya supaya segera menangani isu tersebut dengan tidak menambah lagi beban hutang negara.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa beban hutang negara ini akhirnya akan ditanggung oleh rakyat, melalui pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) mulai 1 April ini.
“Wujud konflik antara Muhyiddin dengan Najib atau tidak, itu tidaklah penting.
“Yang lebih penting dalam konflik dengan Perdana Menteri adalah bagaimana untuk menangani krisis 1MDB ini,
“1MDB mengakibatkan '1Malaysia Dalam Bahaya', itu yang lebih…

PAS paling untung urus RM92 juta wang zakat, melebihi bajet seorang Exco Kerajaan P.Pinang, kata PasMa

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BATU KAWAN - PAS paling untung di Pulau Pinang kerana bekas Pesuruhjayanya Dato' Mohd. Salleh Man yang kini masih memimpin Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menguruskan kira-kira RM92 juta wang zakat bagi tahun 2014.
Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim berkata, angka dana zakat yang diuruskan oleh Mohd. Salleh selaku Yang di-Pertua MAINPP merangkap ADUN Permatang Pasir itu sekaligus menggambarkan bahawa wakil PAS berkenaan sebenarnya menguruskan kewangan negeri terbanyak, melebihi bajet seorang exco Kerajaan Negeri lain.
"Walaupun tiada wakil PAS dalam Exco Kerajaan Negeri, tetapi PAS paling untung kerana kita urus bajet paling besar, lebih besar daripada bajet yang diurus oleh seorang Exco Kerajaan Pulau Pinang daripada DAP dan PKR.
"DAP pun tiada wakil dalam urus zakat ini kerana paling ramai (sebagai ahli lembaga pengarah) dalam MAINPP dan Zakat Pulau Pinang (ZPP), sebagaim…