KETUA Menteri (kiri sekali) serta pemimpin Kerajaan Negeri lain turut melihat pameran model Rumah Mampu Milik 'The Rise' di sini baru-baru ini. | Foto: Law Suun Ting |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KOMTAR – Pemajuan 2,093 unit rumah melalui agensi pelaksana Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan kerjasama pemaju Zubicon Sdn. Bhd. di atas sebidang tanah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berkeluasan 11.04 ekar dekat Jalan SP Chelliah di sini dijangka siap pada bulan November 2019.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri sanggup membina rumah mampu milik di atas tanah bernilai tinggi dalam kawasan bandar George Town di sini sebenarnya demi memenuhi keperluan rakyat di negeri ini.
MAJLIS pecah tanah disempurnakan oleh Ketua Menteri (11 dari kiri), diiringi Lim Beng Keong (10 dari kiri) dan para pemimpin Kerajaan Negeri yang lain di sini baru-baru ini. |
“Ini adalah lokasi yang
paling baik, apa yang kita (Kerajaan Negeri) sebut sebagai 'tanah
emas' di kawasan ini, bukan untuk meraih keuntungan tetapi untuk
membina rumah untuk rakyat.
“Pemaju (Zubicon) telah
berjaya (dipilih) melalui tender terbuka untuk memperoleh projek ini
atas kerjasama serta semangat perkongsian sektor awam dan swasta,”
ujar Guan Eng pada Majlis Pecah Tanah Skim Perumahan Awam Dan Mampu
Milik 'The Rise' Di Jalan SP Chelliah di sini baru-baru ini.
Ucapan Pengarah Urusan
Zubicon Sdn. Bhd., Lim Beng Keong dibaca oleh jurucakapnya.
ANTARA tetamu yang hadir pada Majlis Pecah Tanah Skim Perumahan Awam Dan Mampu Milik 'The Rise' di sini baru-baru ini. |
Timbalan Ketua Menteri I,
Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri
II), Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan
Tebatan Banjir) dan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar &
Desa dan Perumahan), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Excoo Hal Ehwal
Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) Dr.
Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan
Desa dan Kesihatan) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam
merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Wong Hon Wai turut
hadir pada majlis tersebut.
Hadir sama, Setiausaha
Kerajaan Negeri, Dato' Farizan Darus, Dato' Mokhtar Mohd. Jait
(Pegawai Kewangan Negeri), Jeff Ooi Chuan Aun (Ahli Parlimen
Jelutong), Ng Wei Aik (Ahli Parlimen Tanjong), Lim Siew Khim (ADUN
Sungai Pinang), Teh Lai Heng (ADUN Komtar), Lau Keng Ee (ADUN
Pengkalan Kota), Soon Lip Chee (ADUN Jawi), Dato' Ar. Patahiyyah
Ismail (Yang di-Pertua MPPP) serta Dato' Rosli Jaafar (Pengurus Besar
PDC).
Guan Eng turut merakamkan
penghargaan kepada MPPP kerana sanggup menawarkan tanah bernilai
tinggi tersebut untuk merealisasikan projek tanggungjawab sosial
korporat (CSR), melalui tender terbuka dengan kerjasama pemaju
swasta.
KELIHATAN beberapa pegawai PDC mencermati pameran model Rumah Mampu Milik 'The Rise' Jalan SP Chelliah yang dibuka serentak dengan majlis pecah tanah di sini baru-baru ini. |
Sebanyak 770 unit rumah
kos sederhana rendah (KSR) berharga RM72,500 seunit akan dibina di
Jalan SP Chelliah.
Selain itu, bilangan
Rumah Mampu Milik pada harga harga jualan RM200,000, RM300,000 dan
RM400,000 yang akan dibina di sini masing-masing berjumlah 883 unit,
165 unit dan 275 unit.
“(Harga jualan semua
rumah) ini adalah garis panduan yang bukanlah ditetapkan oleh
Kerajaan Negeri, tetapi oleh Kerajaan Pusat di Putrajaya,” jelas
Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pengurusan Tanah,
Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan
Islam.
Pembinaan 2,093 rumah di
Jalan SP Chelliah merupakan salah satu daripada 12 projek perumahan
yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri hari ini, demi menyediakan
22,546 unit rumah meliputi kelima-lima daerah.
Lima projek utama
tersebut di bahagian Pulau, iaitu dekat Jalan SP Chelliah, Teluk
Kumbar, Jelutong, Pintasan Cecil dan Sandilands.
Manakala, baki tujuh
projek utama lain adalah di bahagian Seberang Perai, iaitu dekat
Bandar Cassia, Kampung Jawa, Ampang Jajar, Bukit Mertajam, Juru, Mak
Mandin dan Ujung Batu.
“Seperti yang anda
semua maklum, kerja-kerja telah dimulakan untuk dua projek sekarang,
iaitu Bandar Cassia di Batu Kawan dan Teluk Kumbar,” ujar Guan Eng
lagi, sebelum menyempurna majlis pecah tanah di sini.
No comments:
Post a Comment