13 May 2013

13 Mei kini Hari Persaudaraan Rakyat Malaysia

Hampir 100 aktivis meraikan Hari Persaudaraan Rakyat Malaysia di Padang Kota Lama, George Town malam ini sempena tolak politik perkauman Umno BN serta tidak mahu Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 berulang lagi.

Acara nyalaan lilin kebenaran di Sudut Pidato disertai oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan Yap Soo Huey (Adun Pulau Tikus).

Pengerusi badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang (Hapus), Zolkifly Md Lazim, Ahmad Tarmizi Abdullah (Bantah Anugerah KeRakyatan Asing (baRa) dan 'DAP Melayu' Khairul Isahak antara pemimpin NGO yang berucap dalam perayaan itu.

Mereka mengangkat dua kain rentang yang tertera 'Tolak Rasisme' dan 'Racism  is so yesterday', dipercayai khalayak dituju kepada ahli politik Umno BN kerana mendakwa perubahan PRU13 sebagai 'Tsunami Cina'.

Tiada provokasi daripada pemuda Perkasa atau pemuda Umno Pulau Pinang berlaku dalam majlis kendalian Sean Ho (Pegawai Komunikasi dan Publisiti SUARAM Pulau Pinang) tersebut.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang terbuka kerana Pakatan Rakyat tolak politik perkauman.

"Saya di Dewan Undangan Negeri selalu menasihat ahli politik Umno supaya meninggalkan politik perkauman," ucap Boon Poh.

Zolkifly berkata, "Mei 13 patut mengajak Orang Melayu, Cina dan India untuk membina politik persaudaraan pada masa depan.

"Perkauman merugikan rakyat dan hanya menguntung ahli politik rasis. Perkongsian dan persaudaraan menguntung rakyat.

"Perpaduan bukan hanya di musim pilihan raya. Perpaduan hakiki di hati kita."

Khairul pula berkata, PRU13 patut mengajar rakyat pada dimensi kaum yang baru, iaitu 'kaum yang ditindas' dan 'kaum yang tertindas'

"13 Mei tidak mungkin berulang lagi bermula malam ini kerana Melayu, Cina, India, Sarawakian, Sabahan semuanya adalah satu bangsa, iaitu 'bangsa yang ditindas'

"Umno BN yang tipu pilihan raya baru-baru ini adalah 'kaum yang menindas'.

"Selagi rakyat terus rai 13 Mei sebagai Hari Persaudaraan Rakyat Malaysia, selagi itu politik perkauman tiada tempat di tanah air ini," ujar Khairul.

Perhimpunan hampir dua jam bermula kira-kira 8.00 malam diakhiri dengan aksi turun tandatangan anti rasis, disusuli nyanyian Negaraku dengan penuh patriotik lagi dramatik. -END

13 Mei: Rai Malaysia bersama di Padang Kota 8 malam ini

Hari Kebersamaan Rakyat Malaysia akan dirai 8.00 malam ini di Padang Kota Lama, George Town sempena mengambil pengajaran daripada keburukan api perkauman yang disemarak pemimpin Umno tertentu hingga tercetusnya Tragedi Berdarah 13 Mei 1969.

Difahamkan, keraian demokratik itu diraikan serentak di seluruh negara malam ini.

Pegawai Komunikasi dan Publisiti SUARAM, Sean Ho berkata, keraian malam ini akan tetap diteruskan sungguhpun dijangka berdepan provokasi Perkasa dan pemuda Umno negeri sebagaimana sebelum ini.

'DAP Melayu'  Khairul Ishak akan mempengerusikan perhimpunan rakyat malam ini.

Badan bertindak Bantah Anugerah KeRakyatan Asing (baRa), Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (Hapus), Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Labg-Gar901!, Dema, AMK Pulau Pulang, Pemuda Pas Negeri masing-masing akan menghantar wakil di pentas pidato utama malam ini.

Acara nyalaan lilin serta mengarak plakad memprotes pemimpin Negara menyifatkan PRU13 sebagai 'Tsunami Cina' turut akan dilangsungkan malam ini.

"Seluruh rakyat yang berbilang kaum, agama dan latar belakang sosial atas nama Malaysia dijemput hadir ke perhimpunan aman 8.00 malam ini," ujar Sean Ho di USM petang tadi.

10 calon PR ke SPRM P.Pinang adu PRU13 seleweng

10 calon Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas rendah hari tadi membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di George Town.

Mereka, Mohd Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau), Datuk Abdul Halim Hussain (Dun Teluk Bahang), Asnah Hashim (Dun Bayan Lepas), Mohd.Tuah Ismail (Dun Pulau Betong), Rosidi Hussain (Dun Penaga), Ahmad Zakiyuddin Abd.Rahman (Dun Pinang Tunggal), Norhayati Jaafar (Dun Teluk Air Tawar) dan Arshad Md.Salleh (Dun Permatang Berangan) membuat aduan penyelewengan pilihan raya di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dekat George Town.

"che'GuBard" atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin yang bertanding di Sungai Acheh dan Syed Mikael Rizal Aidid (Dun Bertam) dilaporkan membuat laporan berasingan di pejabat SPRM Pulau Pinang dekat Seberang Perai.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin selaku jurucakap mereka berkenaan berkata, kesemua aduan sama itu dibuat berdasarkan Seksyen 10A Akta Kesalahan Pilihan Raya (Rasuah).

"Aduan ini berkenaan rasuah (iaitu berupa) sogokan duit sama ada sogokan atau 'aku janji' secara bersyarat atau tanpa bersyarat semasa pilihan raya, sebelum pilihan raya dan selepas pilihan raya," kata Tze Tzim di sini.

Hadir bersama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Abdul Rashid Hasnon. -END

[Kapsyen: Sim Tze Tzin mengadakan siang media di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dekat George Town tengah hari tadi senegara menunggu calon PR lain membuat aduan penyelewengan pilihan raya.]

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus