18 August 2013

Angpau raya bukti asimilasi budaya sihat – TKM1

MOHD. Rashid Hasnon (lima dari kiri) dan isteri, Nor Azizah Haron bersama-sama dif kehormat lain pada Rumah Terbuka Adilfitri Timbalan Ketua Menteri I di sini baru-baru ini.

TiMBALAN Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon berkata, kepelbagaian kaum di Pulau Pinang kian harmoni sekiranya semua pihak bersedia untuk menerima proses asimiliasi budaya secara sihat.

Beliau berkata demikian semasa mengulas ibadah bersedekah sempena Hari Raya Aidilfitri yang dikatakan mempunyai persamaan dengan tardisi memberi duit raya dalam sampul atau angpau kepada kanak-kanak dalam Tahun Baru Cina.

“Sedekah pada Rumah Terbuka Aidilfitri adalah ibadah terpuji. Pemberian angpau pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina adalah tradisi yang mula.

“Sungguhpun ada perbezaan di antara dua perayaan itu, asimilasi budaya yang berlaku kerana kita bersedia menerima perbezaan itu secara sihat dan harmoni,” ujar Mohd. Rashid pada Rumah Terbuka Aidilfitri bersama-sama isteri, Nor Azizah Haron di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini baru-baru ini.

Yang Di-Pertuan Negeri, Tuan Yang Terutama Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff menjadi tetamu kehormat pada keraian tersebut.

Hadir bersama, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Mansor Othman (Ahli Parlimen Nibong Tebal) dan beberapa Exco kerajaan Negeri.

Selain itu, beliau turut mencadangkan amalan mengundang bukan Islam dan pelancong asing bersama-sama umat Islam ke rumah terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang mampu menjadi produk pelancongan di negeri berkenaan.

“Pulau Pinang kini menjadi destinasi pelancongan pilihan di rantau ini kerana infrastruktur (perbandaran) kita bertaraf antarabangsa dengan bangunan-bangunan warisan dunia yang cantik-cantik.

“Rumah terbuka (Aidilfitri) kita pun tidak mustahil boleh menjadi produk pelancongan sekiranya kita bersedia untuk mengundang pelancong asing untuk melihat kemajmukan budaya harmoni kita ini,” ujar beliau.

Walaupun cadangan itu bukanlah sesuatu yang baru, Mohd. Rashid berkata, komitmen pihak berwajib mampu merealisasikan hasrat tersebut demi kepentingan Kerajaan Negeri.

“Yang penting, rumah terbuka kita mempunyai identiti tersendiri yang tidak ada di tempat-tempat lain sungguhpun tidak diadakan secara besar-besaran, cukup ikut kemampuan kita masing-masing,” ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak, khususnya kakitangan Kerajaan Negeri kerana banyak membantu beliau melengkapkan kepemimpinan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam tempoh hampir 100 hari pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sejak 5 Mei lepas.

"Kita semua satu pasukan. Makin kuat pasukan kita, makin kuat Pulau Pinang," tegas beliau sebelum menyempurna majlis memberi angpau Aidilfitri kepad kanak-kanak.

Laksa Pulau Pinang, nasi briyani ayam, nasi empit antara juadah raya menarik rumah terbuka selama tiga jam bermula detik 11.00 pagi.

Pengaruh Mukhriz tukar transit haji ke Alor Setar?

MUKHRIZ (kanan) dan ayahnya, Mahathir Mohamad.
Tabung Haji (TH) ura-ura akan memilih Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dekat Alor Setar sebagai destinasi transit peserta haji dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum terbang ke Jeddah, Makkah.

Sumber dalaman pengendali tunggal urusan haji negara memberitahu, cadangan peralihan dari transit asal dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas itu ekoran pengaruh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz merupakan anak pemimpin berpengaruh dalam Kerajaan Umno BN Pusat, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri.

"Hampir 10,000 pengunjung dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis transit di sini (Bayan Lepas) sebelum Datuk Seri Mukhriz mempengaruhi Tabung Haji," ujar sumber di Bayan Baru, semalam.

Sumber berkata, kunjungan peserta ke himpunan kursus haji di Universiti Sains Malaysia (USM) selama dua hari bermula pada 24 Ogos depan akan menentukan sama ada cadangan Mukhriz itu akan dilaksanakan sempena musim haji kali ini atau sebaliknya.

"Kalau penyertaan di USM pada Sabtu dan Ahad depan kurang 2,000, ertinya urusan haji di Kompleks Tabung Haji (dekat Bayan Lepas) mungkin urus peserta dari sini (warga Pulau Pinang) sahaja selepas ini," ujar sumber.

Sehingga 10.00 pagi tadi, tiada pengumuman berkaitan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom atau pentadbiran TH sendiri mengenai cakap-cakap politik berkenaan.

Pun begitu, difahamkan, penerbangan sulong dari Bayan Lepas ke KLIA seterusnya ke Jeddah dijadual pada 14 September depan.

Perkembangan terbaru itu, sekiranya dilaksanakan oleh TH, sekaligus dijangka akan menimbulkan suasana politik dingin antara pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang kelak.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus