01 March 2016

Pertukaran kakitangan antara MPSP, MBPP kini terbuka, respons Kon Yeow

CHOW Kon Yeow (tiga dari kiri) diiringi Maimunah Mohd. Sharif (dua dari kiri) dan Rozali Mohamud (paling kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima pada Majlis Penghargaan Pesara 2016 & Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 di Dewan Milenium Kepala Batas di sini, pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BERTAM - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bagi Pihak Berkuasa Tempatan yang diluluskan oleh Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) membolehkan pelantikan atau pertukaran kakitangan berwajib secara terbuka di semua negeri.

Chow Kon Yeow berharap kelulusan itu menyemarak lagi semangat federalisme membabitkan bidang kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PBT.

"Sebelum ini, perjawatan di BPT adalah perkhidmatan tertutup, tetapi minggu lepas MNKT baru meluluskan suruhanjaya ini.

"Peringkat permulaan kita ini, (Kerajaan Negeri) akan mula di peringkat negeri Pulau Pinang sahaja.

"Maksudnya, di peringkat MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang) dan MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai), pegawai dan kakitangan boleh berlaku pertukaran atau pelantikan atau kenaikan pangkat di antara dua PBT ini," jelas Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penghargaan Pesara 2016 & Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 di Dewan Milenium Kepala Batas di sini pagi tadi.

Pun begitu, Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota menjelaskan, pelantikan Yang di-Pertua Majlis atau Datuk Bandar, Setiausaha Majlis serta barisan Ahli Majlis masih memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif pula melahirkan harapan agar PBT itu mencapai sasaran dipilih sebagai "PBT 5 Bintang" pada tahun ini.

"Tahun lepas, MPSP mendapat 4 bintang, namun pada tahun ini kita berharap untuk mencapai target PBT 5 bintang," jelas Maimunah.

Pada majlis kali ini, seramai 21 pegawai dan kakitangan MPSP daripada pelbagai peringkat jawatan dan perkhidmatan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun 2015.

84 pesara lain, termasuk 14 wakil kakitangan MPSP yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan turut diberi anugerah serta diraikan pada majlis jamuan tengah hari tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Maimunah memberikan pada tahun lalu seramai 135 kakitangan ditamatkan lantikan perkhidmatan, 26 lain tidak diperbaharui kontrak serta lapan orang dibuang kerja, demi meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan di PBT berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan  Jabatan Kemasyarakatan, Judith Tan Joo Tee melahirkan perhargaan kerana tersenarai sebagai penerima APC.

"Terima kasih kerana saya terpilih sebagai penerima, ini pastikan akan memberi semangat untuk saya dan pasukan saya memberi khidmat terbaik untuk majikan dan pelanggan MPSP," jelas Judith Tan.

ANTARA penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus