14 August 2014

Tak relevan PAS bincang status Khalid Bebas 17 Ogos - Ahli Akademik

Teliti respons Penganalisis Politik Prof Dr. Agus mengenai penangguhan mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini:

"PKR telah mendapat sokongan majoriti, maka mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti sudah tidak relevan lagi dalam menentukan siapa dan parti mana yang mendapat sokongan majoriti di Dewan.

"Yang relevannya mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti ialah untuk menentukan pendiriannya sama ada mahu terus kekal dalam PR atau bergabung dengan BN atau bersendirian dalam politik negara."

"Saari Sungib yang kukenali..." - Adun PAS Meru


"Yb Shaari bukan sebarang pejuang. Pengalaman dlm bersidang,  traveling dan  diam sebilik dgn beliau didalam dan diluar negara...beliau tidak berhenti2 membaca Al Quran, berzikir dan bersalawat.

Jam 3 pagi dah bangun solat mlm walau dimana berada.

Pelbagai usul yg dibawa dlm Sidang DUN sejak menjadi ADUN Pas menaikkan imej Pas dimata rakyat.

Pernah ditahan ISA dan diseksa. Banyak buku2 yg telah ditulis. Kesihatannya juga terganggu semenjak akhir2 ini.

Saya menangis bila membaca pelbagai bad remarks yg dicampakkan keatas dirinya.

Saya yakin pengorbanannya besar kpd jamaah.

Sanggup korbankan diri utk jamaah. Biarlah Jawatankuasa Disilplin berperanan ......"

-YB Dr Abdul Rani Osman-
  ADUN Meru

Afdhol 2 ADUN PAS S'ngor syor Hadi panggil EGM sokong Kerajaan Khalid Bebas

Dua ADUN PAS Selangor mengumumkan tekad seperti di atas supaya rakyat Malaysia faham yang PAS tidak pernah khianati tahalluf siyasi dengan PKR dan DAP, atas nama Pakatan Rakyat.

Muktamar tiap-tiap tahun sejak 2009 lagi, PAS secara musyawarah mengumumkan untuk kukuh bersama Pakatan Rakyat.

Ini keputusan musyawarah paling tinggi, lebih diiktiraf berbanding pendapat MSU hatta sokongan peribadi Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap kekal Khalid Bebas.

Tidak pernah musyawarah Muktamar menyokong PAS bersendirian atau keluar Pakatan Rakyat.

Jauh lagi lah, itu pendirian untuk kekalkan Khalid Bebas sebagai Menteri Besar, yang jelas turut disokong oleh Umno.

Justeru, lebih afdhal dua ADUN PAS berkenaan mencadangkan Hadi memanggil MUKTAMAR LUAR BIASA atau EGM untuk mendapatkan musyawarah menyokong Khalid Bebas itu.

Setuju?

Takkan Geng Bas Sekolah nak bohong Sultan S'ngor macam Khalid Bebas?


DATUK Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh diiktiraf mempunyai sokongan majoriti 30 ADUN daripada PAS, PKR dan DAP jika diistiadatkan di DUN Selangor sahaja, dalih Geng Bas Sekolah.

Bagaimanapun, Geng Bas Sekolah tidak pula menjejaskan mengenai pembohongan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor kononnya mempunyai 'sokongan majoriti' sebagai Menteri Besar BEBAS.

BJ Faqar ada respons berbangkit untuk Geng Bas Sekolah:

"Kalau sokongan majoriti 30 ADUN PAS, PKR dan DAP) hari ini tidak diiktiraf kerana bukan dilakukan di DUN Selangor, Khalid BEBAS dapat sokongan majoriti di mana sebelum bohong Sultan Selangor?"

Kaedah fiqh pun ada menyebut:

"al-yaqinu ka yuzal bi yaqini mislihi"

[Keyakinan itu hanya boleh dihilangkan melainkan dengan keyakinan yang setara dengannya]

Nak bohong Sultan macam Khalid Ibrahim ka?

Mesej ancam 2 ADUN PAS S'ngor viral di whatsapp


Gara-gara mempertahankan keputusan musyawarah Muktamar sejak 2009 ingin PAS mengukuhkan Pakatan Rakyat, dua ADUN Selangor didedah menerima tekanan berganda pihak tertentu, dipercayai pro Geng Bas Sekolah.

ADUN Morib, Hasnol Baharuddin dan Saari Sungib (Hulu Kelang) mengguna ancaman tersebut, selepas mereka berdua menyokong ketetapan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Mesej seperti di atas bukan sahaja tiris melalui whatsapp penyokong PAS, bahkan didakwa turut disebarkan secara meluas menerusi jaringan mikro sama Umno.

Gambar Print-screen di atas, diperoleh melalui whatsapp juga.

Sehingga jam 3.00 petang tadi, wakil grup keselamatan khas PAS di Tropicana yang dihubungi melaporkan,status dua ADUN PAS Selangor berkenaan dikawal dekan selamat, khususnya daripada pro Umno Selangor.

30 ADUN S'ngor sokong Azizah bukti Khalid bohong Sultan



30 ADUN Selangor yang mengumumkan sokongan kepada bakal Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini sekaligus menyerlahkan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim berbohong kepada Sultan Selangor, kononnya beliau mempunyai 'sokongan majoriti' untuk terus berperanan sebagai Menteri Besar Selangor.

Dr. Wan Azizah dipetik memberitahu, beliau mendapat 30 sokongan, termasuk dua ADUN PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang).

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," kata Dr. Wan Azizah di Subang Jaya, dipetik Malaysiakini.

Terdahulu, Khalid yang baru dipecat sebagai ahli PKR mengaku masih mempunyai 'sokongan majoriti', sungguhpun bukan lagi mendapat mandat Pakatan Rakyat.

Beliau diperkenan melaksanakan tugas-tugas sementara sebagai Menter Besar BEBAS, selepas mengekalkan 4 ADUN PAS dalam kabinetnya, serta memecat 6 ADUN PKR dan DAP lain secara serta merta.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang secara peribadi mempertahan kedudukan Khalid sungguhpun, mesyuarat PAS Pusat dijadual bersidang pada 17 Ogos ini.

Ketua Operasi di Pusat Penyelididkan PAS Pusat (PPPP), Dr. Zuhdi Marzuki pula mencadangkan 'Kerajaan Campuran' Selangor, seakan mirip idea 'Kerajaan Perpaduan' atau UG yang jelas pernah meledak amarah PAS sejak Muktamar 2009 lagi.

Musyawarah PAS sabat tahun sejak 2009 jelas meminta parti masa depan itu mengukuhkan Pakatan Rakyat, tetapi Pro Hadi cuba mengukuhkan kedudukan Khalid, yang turut disokong Umno di Selangor kini.

Apakah tindakan selanjutnya istana selepas jelas ditipu oleh 'Khalid Bebas'?

'Referandum rakyat' mungkin boleh membantu kembalikan amalan p'raya PBT di P.Pinang



Mahkamah Persekutuan hari ini telahpun menolak permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Malaysiakini melaporkan, Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng dipetik berkata, beliau kecewa dengan keputusan itu, tetapi akan mematuhi keputusan mahkamah.


ULASAN BJ FAQAR

Saya turut menulis Untung rugi 'Referandum Berperlembagaan'... semasa isu Shariah Kelantan sedang meledak konsesus Pakatan Rakyat.

Seingat saya, pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang sahaja yang bersetuju untuk mengkuasakan semula rakyat melalui pilihan raya Kerajaan Tempatan.

Sebab itu, Kerajaan Kelantan (mungkin Kerajaan PR Selangor pasca Khalid Bebas tumbang nanti) mungkin melihat syor demokratik ini bukan konsesus bersama Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

Menyentuh mengenai perihal konsesus bersama ini, saya juga ada menulis Shariah Kelantan: Referandum paling demokratik-Islamis bentuk konsensus Pakatan Rakyat

Cuba baca idea 'referandum rakyat' yang pernah disyor kepada Kerajaan Negeri Kelantan, dan lihat bersama dalam konteks insiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan kembali pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Apa yang saya nak sebutkan di sini, Kelantan dan Pulau Pinang sebenarnya berkongsi cita-cita sungguhpun dihalang oleh Kerajaan Umno BN Pusat, serta wajar menggerakkan idea referandum rakyat ini secara bersama. 

Dengan erti kata yang lebih mudah, idea mewujudkan 'Referandum Rakyat' ini mungkin boleh membantu Pakatan Rakyat mencipta destini politik yang baru, supaya ahli bersedia mengejar wawasan yang baru oposisi dalam menumbangkan rejim Umno BN di Putrajaya, seusai krisis MB di Selangor dalam dua minggu ini.

Setuju?

Khalid Samad pertahan keputusan musyawarah PAS kukuhkan Pakatan Rakyat, Geng Bas Sekolah $$$

MP: PAS sudah beri masa pada Khalid

4:29PM Aug 13, 2014

MP PAS Khalid Samad berkata parti itu sudah memberi masa secukupnya untuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berundur.

Katanya, sebelum ini timbul persoalan mengenai sebab Khalid Ibrahim perlu dipecat dari jawatan menteri besar.

Namun, tindakan terbaru Khalid Ibrahim menyebabkan penyokong dalam parti dan pengundi di Selangor sendiri kehairanan, kata Khalid Samad.

“Beliau tidak setia pada Pakatan Rakyat dan apabila (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) menyokongnya tanpa belah bagi, menyebabkan timbul lebih banyak tanda tanya.

“Jadi, walau (PKR dan DAP) marah dan cuba menekan PAS agar membuat keputusan lebih awal, saya percaya perkembangan yang berlaku kini akan membantu kami membuat keputusan yang betul,” katanya dalam satu sidang media.

Beliau memohon maaf kerana Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bertemu pada 17 Ogos untuk membincangkan krisis pentadbiran Selangor. -Malaysiakini

Yang sokong Khalid Bebas hanya Geng Bas Sekolah, Umno

Mula-mula saya ingat semua ahli politik Melayu memang tak tahan ujian apabila disogok pangkat dan harta (sebenarnya ada satu lagi, iaitu wanita).

Ini kerana, empat ADUN PAS tak semacam Rasulullah SAW yang tak tunduk pada rejim, sungguhpun ditawarkan pangkat, harta dan wanita.

Alih-alih Dr Rani dan Pak Abu Urwah (Shaari Sungib) umum menyokong Pakatan atas hujah musyawarah Muktamar PAS sejak 2009 jelas meminta anggota parti mengukuhkan muafakat bersama Pakatan Rakyat.

Tidak ada pun musyawarah Muktamar PAS meminta akar umbi parti tunduk pada sogokan jawatan Khalid Bebas.

Dan, tidak ada pun musyawarah Muktamar meminta anggota PAS menyokong Kerajaan Perpaduan (UG) atau istilah terbaru 'Kerajaan Campuran'dengan rejim Umno, yang didalihkan oleh Dr Zuhdi Marzuki

Pendirian Abdul Hadi Awang untuk PAS kekal menyokong Khalid Bebas pun sebenarnya adalah bersifat peribadi, bukan keputusan musyawarah Muktamar PAS.

Begitu juga keputusan MSU kononnya atas nama wala' (sebenarnya Pro Khalid Bebas), bukan sahaja tidak sampai tahap keputusan musyawarah Muktamar PAS, bahkan tidak sampai tahap keputusan PAS Pusat kerana musyawarah PAS Pusat dijadualkan 17 Ogos ini.

Terbaru, YB Rodziah dari PKR pun umum tidak tunduk pada rejim Khalid Bebas.

Faham lah saya, bahawa wakil rakyat PAS, PKR dan DAP fokus bersama mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Yang bersama Khalid Bebas sekarang adalah Geng Bas Sekolah serta Umno.

Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus