14 September 2014

Masjid di Australia lebih berdiri atas dana wakaf

MAMAN Najib (berjeket merah) keluar dari masjid.
MANUSiA hidup atas perkara yang mereka percaya. 

Seperti komoniti umat Islam peranakan Pakistan yang kami temui Masjid Malik Faisal yang tidak jauh dari Harbourgate, kelihatan ghairah apabila tahu kami saudara seagama.

Rata-rata Pakistanian di sini bekerja sebagai buruh kasar, seperti operator pasar raya, eksekutif keselamatan dan berniaga. 

Segelintit adalah bakat mahir, doktor, jurutera internet serta penggiat industri makanan halal.

Menurut Abang Ipaq saya, masjid dan musalla di sini hidup atas dana wakaf komuniti setempat. 

Mereka begitu independence, tak tak bergantung kepada Kerajaan, seperti di Malaysia.

Di Malaysia, kita ada Sultan, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Majls Agama di peringkat negeri.

Kerana telah lama semua ini ada, maka kita pun percaya agama tidak boleh hidup di Malaysia jika tiada semua institusi berkaitan agama tersebut.

Sebenarnya, institusi agama wujud kerana kebudayaan agama komuniti umat Islam sendiri. 

Sebab itu, di Australia, khususnya di Sydney, kebudayaan agama Islam boleh hidup segar sungguhpun tiada kebergantungan secara langsung dengan pemerinntah.

Institusi agama ada pro dan kontranya. Yang baik, pengurusan mengenai kepentingan umat Islam dianggap lebih disusun rapi sungguhpun urusan zakat sangat lembab diproses untuk asnagf berwajib di Malaysia.

Atas sebab, manusia hidup atas perkara yang mereka percaya, maka urusan berkaitan kepentingan umat Islam di Sydney diuruskan sendiri oleh komuniti setempat.



ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
Canberra | 9.11 pagi waktu tempatan

Baik buruk gaji minimum tinggi di Australia

(Dari kiri) MAK Mertua 'Cik Yah', Zainulfaqar Yaacob, Siti Hajjar Hassan serta #InsyirahSolehah.

GAJI pekerja di Australia lebih baik berbanding di Malaysia, selain mata wang di sini yang nyata jauh lebih besar berbanding mata wang di tanah air.

Sebagai rekod, RM3.09 untuk AU$1. Semalam, Mak Mertua saya tukar RM5,000 dan dapat lebih kurang AU$1,600 sahaja.

Gaji minimum buruh di sini serendah AU$640.90 per minggu, menyamai AU$16.87 per jam untuk 38 jam seminggu, lapor National Minimum Wage Order 2014.

Kenalan saya, blogger Topeng Perak Unmasked yang sejak beberapa tahun lepas berkelana di Australia sebagai buruh (lebih tepat mekanik jentera) pernah menyebut, "gaji yang dapat di Australia terasa begitu mewah apabila balik berbelanja di Malaysia. Kalau di Australia, sama sahaja sebab kos sara hidup yang tinggi.

Buruh di sini boleh menikmati gaji yang lebih berpatutan di sini kerana kuatnya suara dari Parti Buruh, tak kiralah dalam Dewan Parlimen, atau Kerajaan Negeri (macam DUN) dan kerajaan tempatan sendiri.

Sungguhpun begitu, ada kesan berantai sampingan yang lain di sebalik apa yang dinikmati di Australia kini.

Antaranya, wujud nyah-kompetatif dalam sektor pengilangan dan industri disebabkan pelabur bimbang dengan risiko tenaga buruh di sini, berbanding negara-negara lain seperti di Malaysia.

Syarikat automotif nasional  seperti Heldon (macam Proton di Malaysia) turut dikatakan nazak, antara lain disebabkan produktiviti tidak berdaya saing untuk menampung kos pengurusan (termasuk gaji buruh mahir di sini).

Pengeluar kereta terbesar dunia,Toyota pada 11 Februari lepas,  mengumumkan yang mereka akan menutup produksi di Australia dalam tempoh empat tahun dari sekarang walaupun Perdana Menteri, Tony Abbott merayu supaya tidak berbuat demikian.

Keputusan ini sekaligus meletakkan nasib dan masa depan 3,900 orang pekerja dalam situasi tidak menentu.

Toyota mengeluarkan kereta di Australia sejak tahun 1963 di Altona, pinggir Melbourne.

Model Toyota paling popular di Australia ialah Camry sedan.

Ketua Pembangkang, Bill Shorten menyifatkan keputusan itu sebagai berakhirnya industri kereta Australia.

Sebelum keputusan ini dibuat, Toyota adalah satu-satunya syarikat pengeluar kereta yang masih mengekalkan kilang pengeluaran mereka di Australia.

Toyota adalah syarikat pengeluar kereta yang kedua yang membuat pengumuman sedemikian selepas gergasi Amerika, General Motors (GM) turut mengambil pendirian yang sama Disember lepas.

GM yang meneruskan pengeluaran kereta asal keluarga Australia - Holden - menggaji 2,900 pekerja dan akan menutup produksi mereka pada tahun 2017, selepas enam dekad beroperasi.

Abbott telah mengambil inisiatif untuk bertemu dengan Presiden Toyota Australia, Max Yasuda selepas GM membuat keputusan untuk menghentikan pengeluaran jenama Holden di Australia.

Sebuah lagi syarikat pengeluar iaitu Ford akan turut menghentikan operasi mereka pada tahun 2016. Ford mempunyai 1,200 orang pekerja.

Kali terakhir syarikat pengeluar kenderaan menutup operasi mereka di Australia ialah Mitsubishi lima tahun dahulu.

Sydney Paddy Market sudah menjadi produk pelancongan, Uptown Perda bila lagi?

ZAiNULFAQAR Yaacob, berkelana mencari redho Tuhan-nya. 
KALAU Dr. Ilmam dan Dr Nabile serta Yousef comel sertai Rombongan Cik Kiah, tentu lebih meriah. Tapi, mereka telah bertandang ke sini lebih awal, masa awal Shawal lepas lagi.

Yang berkesempatan ke Sydney, jangan lupa menjejakkan kaki di Sydney Paddy Market kerana aksesori cenderamata dari jenis baju T sampailah ke keychain  di sini cukup menarik dan murah.

Sekali imbas melihat Paddy Market, teringat Uptown Perda yang menjadi nadi ekonomi Melayu di Pulau Pinang. 

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menjelang bulan Ramadan lepas menjelaskan, 75 penjaja berlesen sedia ada akan dikekalkan di tapak sedia ada hingga hujung tahun ini.

"Tanya orang Makkah mengenai Makkah, tanya orang Madinah mengenai Madinah. Tanya orang menjaja mengenai Uptown Perda (bukan tanya orang politik)..."

Selepas itu, tak pasti lagi, kemungkinan besar akan berpindah di Jalan Perda Selatan. 

Asal usul Sydney Paddy Market ini tidak dapat diketahui, tetapi, dipercayai datang dari Liverpool, England.

Ini kerana, St. Patrick Bizarre di Banastre Street dekat Liverpool merupakan Paddy Market asal di sana.

Sydney Paddy Market mula beroperasi sejak 1870-an lagi, dan membuka pasarannya pada awal 1890-an selepas tapak sarkas dan penggerai dikosongkan di sini.

Pada tahun 1960-an, ada cadangan untuk memindahkan dari Haymarket ke Flemington, yang jauh ke Barat tanah benua di sini.

Namun, kekuatan pengaruh Parti Buruh hingga sekarang, telah mengekalkan Sydney Paddy Market di lokasi sedia ada.

Sydney Paddy Market dikekalkan atas alasan 'gaya hidup sebenar Sydney'.

Pun begitu, Sydney Paddy Market dimasukkan ke kompleks niaga yang baru seperti yang dilihat hari ini pada tahun 1975, selepas pemajuan bercampur Pusat Hiburan Sydney di sini.

Kini, Sydney Paddy Market bukan sahaja nadi ekonomi penjaja kecil setempat, bahkan, telahpun menjadi salah satu produk pelancongan ke Sydney.

Sydney Paddy Market boleh kekal di tapak sedia ada kerana Kerajaan Tempatan di Sydney menganggap pusat penjaja berkenaan mampu menjadi salah satu ikon pelancongan antarabangsa.

Uptown Perda, bila lagi?


ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
Camberra | 14 September 2014 | 7.08 minit waktu tempatan    

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus