Mereka menerima sumbangan RM300 bagi tahun 2008, tetapi, ditingkatkan sehingga RM500 bermula pada tahun 2009 hingga sekarang (2012), iaitu sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Umno semasa mencengkam Kerajaan Negeri.
RM30,900 disumbangkan kepada 103 hufaz al-Quran pada tahun 2008, diikuti RM68,500 (137 hufaz bagi tahun 2009, RM90,000 (180 hufaz bagi tahun 2010), RM130,000 (260 hufaz bagi tahun 2011) dan RM150,000 (300 hufaz bagi tahun 2012).
"Semakin ramai orang agama dihargai, rakyat semakin baik, negeri semakin diberkati Tuhan," kata Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng.