22 June 2014

Bandar Cassia tawar 520 rumah mampu milik berkualiti sekarang - Guan Eng

LIM Guan Eng (lima dari kiri) menerima penjelasan daripada Jagdeep Singh Deo (enam dari kiri) mengenai Fasa I Taman Cassia dekat Galeri PDC, sambil diiringi oleh Soon Lip Chee (dua dari kiri), Rosli Jaafar (empat dari kiri) dan Micheal Tan Cheong Eng (paling kanan) di sini pada pagi tadi.

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

BATU KAWAN - Tempahan 520 unit rumah mampu milik rakyat berkualiti Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh dibuat sekarang untuk kediaman Fasa 1 Taman Cassia di sini bagi mereka yang layak, walaupun Perlembagaan jelas menyebut tanggungjawab itu sebenarnya di bawah Senarai Persekutuan.

Justeru, Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng mengalu-alukan semua pihak mengunjungi Galeri Jualan seliaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi melihat contoh rumah mampu milik idaman masing-masing.

Tambah beliau, kediaman berkeluasan lantai 800 kaki persegi ditawarkan pada harga RM72,500 seunit, RM168,000 bagi kediaman keluasan lantai 900 kaki persegi, dan RM220,000 bagi keluasan lantai 1,000 kaki persegi.

"Kalau kita lihat flat-flat rumah awam HDB (Lembaga Pembangunan Perumahan, Singapura) yang dibina di Singapura sekarang pun, kita akan percaya kualitinya lebih (bermutu) daripada rumah mampu milik yang dibina di negara kita sebelum ini.

"Kerajaan Negeri telahpun melantik pembina rumah awam terungguh di dunia (HDB Singapura) untuk membantu kita supaya selepas ini, walaupun nama rumah mampu milik di sini (Bandar Cassia), tetapi kualitinya bukan (sekadar) rumah mampu milik," ujar Guan Eng pada majlis tersebut di sini, pagi tadi.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo, P.Kasthurirani (Ahli Parlimen Batu Kawan), Soon Lip Chee (Ahli Dewan Undangan Negeri Jawi), Micheal Tan Cheong Eng (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Datuk Rosli Jaafar (Pengurus Besar PDC) turut menyertai majlis rasmi tersebut.

Difahamkan, Kerajaan Negeri melalui Projek Perumahan Mampu Milik (Projek AHS), tanah seluas 200 ekar disediakan untuk membina 11,800 unit kediaman mampu milik berkualiti dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, dengan Fasa I Bandar Cassia dijangka siap pada awal tahun 2017.

Dalam Fasa I Bandar Cassia ini juga, difahamkan, 44 unit kilang sedang dibina serta dijangka siap pada awal tahun 2015, manakala, 50 peratus daripadanya telahpun dijual.

PDC turut merancang pembangunan SME Village di atas tanah berkeluasan 150 ekar dekat Batu Kawan, yang akan didirikan 298 unit kilang teras serta unit berkembang dalam keseluruhan pembangan meliputi lima fasa di sini. 

Menurut Guan Eng, Bandar Cassia bakal menjadi bandar eco bersepadu terbesar di negeri ini, yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas canggih, mesra alam, berkonsep hijau, resort goft, taman tema antarabangsa serta 'kampung pekerja'.

Selain itu, katanya, Bandar Cassia bakal mempunyai prospek hartanah paling kompetatif kerana rancangan pembangunannya bersepadu dengan gedung IKEA pertama di luar Lembah Klang, Penang Designer Village, University of Hull (dari United Kingdom), KDU College University serta Haemonetics, iaitu peneraju global dalam sistem pengurusan darah.  

"Semua ini merupakan petanda baik untuk tranformasi strategik Bandar Cassia, Batu Kawan kepada eko antarabangsa dan hab masa depan," ujar Guan Eng dalam nada optimistik. 


______________
DI BAWAH INI, GAMBAR-GAMBAR PAMERAN RUMAH CONTOH YANG SAHABAT SAYA, SDR. AHMAD ADIL MOHAMAD SEMPAT AMBIL PADA MAJLIS PELANCARAN GELERI JUALAN PDC DI BANDAR CASSIA DEKAT BATU KAWAN PADA PAGI TADI. SEMUA GAMBAR INI SAYA MUAT NAIK DARI ALBUL FACEBOOK BULETIN MUTIARA UNTUK PENGKONGSIAN PEMBACA DI SINI.






Selitkan info bahaya denggi dalam tazkirah Ramadan - Exco Kesihatan

AFIF Bahardin (empat dari kiri), Mohd. Rashid Hasnon (dua dari kiri) dan Amir Md. Ghazali (paling kiri) mengiringi Anwar Ibrahim (lima dari kiri) menyempurnakan majis penyampaian sumbangan Ihya' Ramadan Peringkat Kerajaan Negeri di perkarangan Masjid Tengah Jalan Berapit di sini, pada petang tadi. | Foto: facebook Zainal Abidin Saad

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

BERAPIT
- Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin mensyorkan info risiko wabak denggi turut diselitkan dalam slot tazkirah Ihya' Ramadan sepanjang sambutan bulan ibadah di masjid nanti.

Menurut, Dr. Afif, inisiatif ini wajar memandangkan musim kemarau yang dijangka sepanjang bulan Ramadan ini adalah berpotensi untuk pembiakan nyamuk aedes di kediaman masing-masing.

"Kalau boleh, dalam tazkirah pada bulan Ramadan di masjid dan di surau nanti, turut disebut mengenai bahaya denggi kerana risiko nyamuk aedes membiak lebih tinggi pada musim kering," ujar Dr. Afif, sambil memberitahu bahawa tiga direkodkan mati akibat denggi bagi tahun tahun ini.

Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata demikian petang tadi, dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya' Ramadan Peringkat Negeri, di perkarangan Masjid Tengah Jalan Berapit di sini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berucap serta menyampaikan sumbangan peribadinya berjumlah RM31,500 kepada 63 surau di sekitar kawasan parlimennya.

Sama berucap, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon pada majlis yang turut disertai oleh Ketua PKR Cabang Permatang Pauh, Amir Md. Ghazali.

Anwar dalam ucapannya menegaskan Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng konsistan memartabatkan Islam di negeri ini sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, walaupun Umno BN di Putrajaya acapkali mengambarkan umat Islam Pulau Pinang kononnya dipinggirkan di bawah Kerajaan Negeri hari ini.

Justeru, beliau berharap, sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM221,000 kepada semua 212 masjid dapat dimanfaatkan demi mengimarahkan 'rumah Allah' sepanjang bulan Ramadan ini.

"Islam sebagai agama rasmi, hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan kedududkan Raja-Raja Melayu yang dijamin dalam Perlembagaan turut dipegang dengan erat oleh saya (sebagai Ketua Umum PKR), Sdr. Lim Guan Eng (Setiausaha Agung) dari DAP dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden) dari PAS.

"Ini, yang kita Pakatan Rakyat terus pertahankan, dan ini yang dilakukan oleh Sdr. Lim Guan Eng (selaku Ketua Menteri Pulau Pinang) seperti sumbangan Ihya' Ramadan tiap-tiap tahun sampai sekarang ini," tegas beliau.

Dalam syarahannyaAnwar menjelaskan erti ketakwaan yang menjadi maksud hakiki di sebalik puasa, serta hubungan ibadah wajib itu dengan tanggungjawab mengimarahkan masjid atas dasar taqwa juga.

"Imarah masjid ertinya sebagaimana terdirinya Masjid Quba' atas dasar taqwa, madrasah puasa juga supaya kita mencapai tahap ketaqwaan," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh berkenaan, sambil membahaskan maksud ayat 108 dari Surah At-Taubah dan Surah Al-Baqarah (ayat 183).

Nada yang sama turut diucapkan oleh Mohd. Rashid, mewakili Guan Eng.

"Sumbangan kecil ini dapat dimanfaatkan bagi menjalankan agenda pembangunan masyarakat melalui aktiviti pengimaran masjid sepanjang bulan Ramadan," ujar Mohd. Rashid.

Mohd. Rashid menjelaskan, peruntukkan untuk perbelanjaan mengurus hal ehwal agama Islam bagi tahun ini, meliputi Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah adalah berjumlah RM25.15 juta.

Manakala, peruntukan belanja pembangunan pula, menurut beliau, berjumlah RM17.88 juta.

Jumlah keseluruhan belanja pembangunan itu, katanya lagi, termasuk RM2.8 juta yang diperuntukkan kepada Masjid Negeri Pulau Pinang.

"Kerajaan Negeri juga menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.35 juta untuk program-program rasmi agama, MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan) (Agama) dan Bulan-Bulan Al-Quran," jelas Mohd. Rashid lagi.

Bersempena Ramadan, difahamkan, Kerajaan Negeri menyumbang RM5,000 kepada Masjid Negeri Pulau Pinang demi menganjurkan program dakwah serta imarah bulan ibadah kali ini.

Kelima-lima masjid daerah turut menerima sumbangan Ihya' Ramadan masing-masing berjumlah RM2,000.

Kesemua baki 206 masjid kariah masing-masing menerima sumbangan RM1,000 daripada Kerajaan Negeri.

Tonjol Melayu lawan YTL demi keliru rakyat, respons Anwar isu 'Projek 3A'

ANWAR Ibrahim bersama pemimpin-pemimpin negeri menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan 2014 kepada salah seorang penerima untuk tujuan pengimarahan masjid, yang dilangsungkan di Masjid Tengah Jalan Berapit di sini, pada petang. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - Jangan kelirukan rakyat kononnya Melayu menentang YTL Power dalam rancangan pemajuan 'Projek 3A' di Johor sahaja, apabila Majlis Perundingan Melayu (MPM) dalam syornya kepada Pusat supaya mengamanahkan keseluruhan projek itu kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nasihatnya mensyorkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mendedahkan serta menstrukturkan semula kesemua perjanjian konsesi stesen janakuasa bebas (IPP) yang didakwa lebih menguntungkan kroni tertentu.

Kata Anwar lagi, kroni kesemua projek IPP di tanah air ini sejak era 1980-an sebenarnya ada daripada kalangan Melayu, Cina atau India.

"Jangan kelirukan rakyat kononnya ada perjuang untuk membetulkan satu-satu isu ini sahaja, ini bukan isu Melayu lawan YTL.

"Tetapi, tidak berani dedah dan struktur perjanjian IPP lain, tidak berani banteras unsur rasuah dalam projek UiTM babit kroni mereka," ujar Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia kepada wartawan, selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Pulau  Pinang, petang tadi.

ANWAR Ibrahim pada sidang medianya, sejurus Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya' Ramadan, petang tadi. | Foto: Facebook Khairul Nadzmi

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan) dan Amir Md. Ghazali (Ketua PKR Cabang Permatang Pauh) turut hadir pada majlis rasmi Kerajaan Negeri tersebut.

Sebelum itu, Anwar menyempurnakan RM221,000 sumbangan Ihya' Ramadan Kerajaan Negeri tersebut kepada semua 212 wakil masjid di negeri ini demi memartabatkan Islam serta mengimarahkan bulan ibadah yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi.

Itu, tidak termasuk RM31,500 sumbangan peribadi Anwar khusus untuk 63 surau di sekitar Parlimen Permatang Pauh.   

Terdahulu, MPM dilaporkan mendesak Kerajaan Pusat supaya mengamanahkan kepada TNB untuk mengendalikan keseluruhan projek mega tersebut.

Memetik laporan Bernama Online hari ini, Setiausaha Agung MPM Datuk Dr. Hasan Mad berkata, TNB mampu melaksanakan projek penjanaan tenaga tersebut tanpa perlu diswastakan kepada pihak ketiga lain, iaitu IPP.

Syor MPM itu, selepas YTL Power International Bhd. dilaporkan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam pembangunan cadangan Projek 4A.

Projek 4A adalah cadangan pemajuan satu loji tenaga 1,000 hingga 1,400 megawatt di Johor, yang asalnya dirancang secara konsortium melibatkan YTL Power, TNB dan SIPP Energy Sdn. Bhd., dengan jangkaan sumbangan kira-kira 7.0 peratus kepada pendapatan tahun kewangan YTL Power pada 2019.

RAFIZI Ramli (kiri) dan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin (kanan) pada sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur  baru-baru ini.  | Foto: Keadilandaily

Manakala, projek terbaru pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Pasir Gudang yang bernilai antara RM280 juta hingga RM315 juta pula diberikan kepada ADUN Umno Pulau Pinang.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus