11 May 2015

Peruntukan bukan Islam 2008 – 2014 RM10 juta, kata KM

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 hingga 2014 mengeluarkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk pembangunan agama-agama lain selain Islam di negeri ini.

"Peruntukan yang dikeluarkan itu adalah bertujuan untuk membiayai upacara atau majlis keagamaan, kerja-kerja penyelenggaraan, jamuan sempena perayaan, sumbangan kepada persatuan keagamaan dan sumbangan barangan dan peralatan keagamaan," jelas Guan Eng yang juga Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itma dalam sesi soal jawab lisan pada Mesyuarat Pertama Penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Yang Ke-13 di sini baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam mendedahkan bahawa jumlah peruntukan keagamaan bukan Islam pada tahun 2008 adalah sebanyak RM90,000, diikuti, RM100,000 (2009), RM130,000 (2010), RM170,000 (2011), RM3.17 juta (2012), RM3.17 juta (2013) dan RM3.17 (2014).

Guan Eng berkata demikian sebagai menjawab soalan ADUN Pembangkang bagi Kawasan Sungai Dua, Muhamad Yusoff Mohd. Noor.

Mesyuara kali ini dibuka pada 30 April lepas, manakala persidangan dijadualkan bermula pada 11 hingga 15 Mei ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus