Skip to main content

Posts

Showing posts from February 12, 2015

Guan Eng kotakan janji, serah sumbangan RM200,000 untuk kuil Air Terjun

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada pengurus Kuil Arulmigu Thandayuthapani dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Kebun Bungah, sebagaimanan dijanjikan oleh Kerajaan Negeri ketika sambutan Hari Thaipusam di sana baru-baru ini.
“Kerajaan Negeri menerusi peruntukan saya akan memberikan RM200,000 kepada kuil Air Terjun dan hari ini kita tunaikan janji,” ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal Ehwal Bukan Islam pada sidang media di sini, petang tadi.
Cek RM200,000 itu diterima sendiri Pengerusi Kuil Arulmigu Thandayuthapani, R. Subramaniam, sambil disaksikan oleh Setiausaha Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang, R. Surentharan.
“Thaipusam merupakan antara perayaan yang diraikan meriah di Pulau Pinang dan pada sambutan kali ini telah berjaya menarik lebih 1.3 juta ke Pulau Pinang, termasuk pengunjung dan pel…

Tarif elektrik turun mulai Mac takkan sebab pilihan raya, tanya Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN – Penurunan tarif elekrtik di Semenanjung Malaysia sehingga 4.3 peratus mulai 1 Mac hingga 30 Jun depan kemungkinan mengambil kira persiapan Kerajaan Pusat demi mendepani pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang dijangka berlangsung dalam tempoh 60 hari ini.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, sepatutnya tarif elektrik diturunkan sehingga 35 peratus, selari dengan angka kenaikan peratusan untung yang diraih oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada penggal keempat tahun lepas.
“Kalau keuntungannya boleh naik sehingga 35 peratus, mengapa tidak dikongsi bersama rakyat...seharusnya penurunan sebanyak 35 peratus.
“Mengapa turun hanya empat bulan, adakah ini hanya persiapan untuk memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh...mengapa tak turun betul-betul,” tanya Guan Eng di sini, tengah hari tadi.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar), Dato' Abdul…

Bantaras 121 'penaja haram' hasrat pelanggan MPSP, kata Maimunah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada awal tahun ini sahaja direkodkan melaksanakan penguatkuasaan berwajib ke atas 121 penjaja tanpa lesen dalam 21 operasi pada awal tahun ini di Pasar Awam sekitar Seberang Perai, yang dikenal pasti berniaga atas lot parkir hingga mengganggu trafik.
Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif berkata, langkah membanteras penjaja tanpa lesen itu adalah susulan kehendak kaum penjaja sendiri, yang disampaikan melalui lima siri dialog pada bulan September tahun lepas.
"Peniaga mencadangkan supaya MPSP merancang tindakan terhadap penjaja-penjaja haram di pasar awam dan kompleks makanan.
"Tindakan penguatkuasaan diambil kerana ramai penjaja tanpa lesen telah menyebabkan halangan kepada pengunjung," jelas Maimunah di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini, semalam.
Lanjut itu, Maimunah berkata, pihaknya turut menggantung kain rentang larangan di 10 pasar awam dan komples m…