MAIMUNAH Mohd. Sharif (lima dari kiri) pada sidang media di sisi, semalam. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada awal tahun ini sahaja direkodkan melaksanakan penguatkuasaan berwajib ke atas 121 penjaja tanpa lesen dalam 21 operasi pada awal tahun ini di Pasar Awam sekitar Seberang Perai, yang dikenal pasti berniaga atas lot parkir hingga mengganggu trafik.
Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif berkata, langkah membanteras penjaja tanpa lesen itu adalah susulan kehendak kaum penjaja sendiri, yang disampaikan melalui lima siri dialog pada bulan September tahun lepas.
"Peniaga mencadangkan supaya MPSP merancang tindakan terhadap penjaja-penjaja haram di pasar awam dan kompleks makanan.
"Tindakan penguatkuasaan diambil kerana ramai penjaja tanpa lesen telah menyebabkan halangan kepada pengunjung," jelas Maimunah di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini, semalam.
Lanjut itu, Maimunah berkata, pihaknya turut menggantung kain rentang larangan di 10 pasar awam dan komples makanan, yang dikenal pasti sebagai lokasi utama aktiviti penjaaan haram, sebagai langkah penguatkuasaan bersepadu.
No comments:
Post a Comment