Skip to main content

Posts

Showing posts from September 23, 2015

300 vaksin anti Rabies dibekalkan di Pulau Pinang 5.00 petang ini

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - 300 vaksin anti Rabies akan dibekalkan kepada para pemilik anjing di Pejabat Veterinar dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bukit Tengah selepas jam 5.00 petang ini dan esok, mulai jam 9.00 pagi hingga 10 malam.
Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng dalam kenyataannya melahirkan kebimbangan apabila ada kes anjing bertuan di Kedah dijangkiti penyakit anjing gila.
“Tuannya pun telah digigit, nasib baik tiada apa-apa pada pemilik anjing terbabit.
“Itu tujuan utama Kerajaan Negeri untuk memastikan manusia boleh dilindungi dan diselamatkan, pada masa yang sama, anjing-anjing bertuan pun boleh dilindungi dan diselamatkan (melalui suntikan vaksin ini,” jelas Guan Eng sambil merayu semua pihak memahami langkah perwartaan berwajib oleh Kerajaan Negeri.
Tegasnya, Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 diwartakan di bawah subseksyen 42(4) Akta Binatang 1953 [Akta 647] pada 17 September lalu demi mengutamakan kesel…

P.Pinang kini 'Kerajaan Negeri Pakatan Harapan', umum Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Pentadbiran Pulau Pinang kini digelarkan sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, selepas suatu keputusan sebulat suara diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada pagi tadi.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa membuat pengumuman itu, turut mengalu-alukan penyertaan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam pakatan politik di bawah Kerajaan Negeri bersama-sama DAP dan PKR.

“Pihak Kerajaan Negeri mengalu-alukan penubuhan Pakatan Harapan dan pagi ini mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telah sebulat suara membuat keputusan Kerajaan Negeri sekarang digelarkan sebagai 'Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang'.

“Kita (Kerajaan Negeri) mengalu-alukan Parti Amanah Negara sebagai ahli kerajaan rasmi.

“Kita akan mengalu-alukan sokongan daripada mana-mana rakyat Pulau Pinang yang bersedia menyokong dan bersama dengan kerajaan berjiwa rakyat,” jelas Guan Eng di sini pada pagi tadi.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menjelaskan …