09 January 2013

Kalimah Allah: Nak ikut cakap geng Umno atau al-Quran?

ORANG Islam berpegang dengan al-Quran termasuk nas seperti di bawah:
"...Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah... (Surah al-Hajj: 40)
Persoalan, mengapakah Allah menyebut "biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah" sekiranya benar non-Muslim dilarang dari menyebut kalimah Allah sebagaimana yang dikelirukan oleh pemimpin Umno?

Umno dan penyokong Hassan Ali saja yang antara kumpulan yang suka larang non-Muslim dari menyebut kalimah Allah dan mendekati Islam.

Tujuan Allah tidak melarang Muslim dan bukan Muslim saling menggunakan kalimah Allah supaya masing-masing atas unsur persamaan ini dapat saling mengenali agama.

Itu, baik untuk non Muslim lebih mengenali keadilan yang sebenar dalam agama Islam, bukan gambaran yang salah yang ditunjukkan oleh pemimpin perkauman Umno BN.

Setuju?

Pemuda pro Hafiz Nordin & Hasan Ali  masih tuduh
Zainulfaqar 'parasit' untuk menghalau beliau keluar
dari Jamaah PAS di Pulau Pinang.

'DAP edar 100,000 Bible Melayu' tak masuk akal, kata Zairil

ZAIRIL Khir Johari (kiri) dan Stevan Steven Sim Chee Keong (kanan) bersama pemuda DAPSY
lain menunjukkan aduan polis sambil menyifatkan Mohd. Puad mengeluarkan kenyataan
berunsur hasutan serta berniat jahat terhadap parti mereka serta PR.
DATUK Dr. Mohd Puad Zarkashi disindir gara-gara Menteri Pelajaran itu dilaporkan menuduh "DAP rancang edar 100,000 Bible percuma?" melalui akhbar Utusan Malaysia serta beberapa akhbar kawalan Umno lain.

Zairil Khir Johari (kanan) selaku Setiausaha Politik bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kenyataan Menteri itu "tidak masuk akal" serta membayangkan negara ini seolah-olah tiada undang-undang.

Justeru, Zairil yang juga Ketua Pengarah Eksekutif bagi Penang Institute membuat satu aduan di Ibu pejabat Polis (IPD) Timur Laut, George Town pada petang tadi.

P.Pinang tubuh Pertubuhan Dr. Wu Lien-Teh babit China

ZAIRIL Khir Johari (dua dari kiri) bersama-sama wakil agensi Kerajaan Negeri
dalam majlis pelancaran Pertubuhan Dr. Wu Lien-Teh Pulau Pinang dan
sesawang wira kelahiran negeri berkenaan.
PERTUBUHAN Dr. Wu Lien-Teh Pulau Pinang ditubuhkan pada 3 Januari lepas hasil insiatif Penang Institute (PI) dengan sokongan agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti Invest Penang, Penang Global Tourism dan Penang Medical College (PMC).

Ketua Eksekutif PI, Zairil Khir Johari pagi tadi berkata, inisiatif itu sebagai menghargai keperwiraan Dr. Wu dalam dunia perubatan moden di tanah air ini hatta di di Harbin, China pada akhir kurun ke-18 hingga awal kurun ke-19.

Atas maksud itu, beliau berkata, suatu sesawang dilancarkan hari ini, selain, menganjurkan simposium peringkat global berasingan di Harbin, China dan di sini kelak.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus