09 January 2013
'DAP edar 100,000 Bible Melayu' tak masuk akal, kata Zairil
Zairil Khir Johari (kanan) selaku Setiausaha Politik bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kenyataan Menteri itu "tidak masuk akal" serta membayangkan negara ini seolah-olah tiada undang-undang.
Justeru, Zairil yang juga Ketua Pengarah Eksekutif bagi Penang Institute membuat satu aduan di Ibu pejabat Polis (IPD) Timur Laut, George Town pada petang tadi.
"Saya rasa kita (rakyat) hidup dalam sebuah negara yang tiada undang-undang langsung. Ikut sedap hati dia (Mohd. Puad) nak kata apa pun tak apa.
"Bila kita saman dan dia mungkin akan kalah pun, kata apa pun tak apa. Sudah banyak kali Utusan dibuktikan mengfitnah DAP. Lebih RM500 duit dana pilihan raya DAP pun datang daripada (bayaran) saman oleh Utusan.
"Tujuannya bermotif niat jahat untuk menimbulkan api perkauman. Ini adalah suatu hasutan yang dilaporkan oleh media-media Umno dan Mohd Puad sendiri. Saya harap polis boleh ambil tindakan (siasatan lanjut)," ujar beliau di sini.
Zairil yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Malaysia berkata, dakwaan Mohd. Puad yang juga Majlis Tertinggi Umno Malaysia adalah "sesuatu yang tidak masuk akal".
"Saya rasa ini kenyataan yang tidak masuk akal kerana DAP bukan parti (mewakili) mana-mana agama, DAP memperjuangankan semangat demokrasi yang tulin.
"Lagi pun, mana nak dapat duit yang begitu banyak untuk mencetak 100,000 naskah Bible untuk diedarkan secara percuma," ujar beliau sambil ketawa.
Setiausaha DAPSY - sayap pemuda Umno - Steven Sim Chee Keong bersama ebih 10 pemuda DAP turut hadir pada sidang media tersebut.
Difahamkan, DAP Perak dan Negeri Sembilan turut membuat aduan polis berasingan berhubung kenyataan Mohd. Puad yang didakwa berniat jahat tersebut.
Sejak Ahad lepas, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Mohd. Puad menuduh DAP merancang untuk "mencetak 100,000 naskah Bible versi bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pula Pinang."
Manakala, akhbar Berita Harian pula melaporkan, Mohd Fuad "mendakwa menerima maklumat itu daripada sumber sahih tapi enggan mendedahkannya" dalam sebuah artikel berita berjudul 'DAP didakwa mahu edar 100,000 Bible Melayu'.
Akhbar berbahasa Inggeris, New Strait Times melaporkan, "Parti pembangkang (DAP) bercadang untuk mencetak sekurang-kurangnya 100,000 naskah Bible dan mengedarkannya secara percuma di beberapa negeri, termasuk Kedah dan Kelantan."
Tuntas itu, Zairil berkata, beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak lagi kenyataan berunsur hasutan akan dikeluarkan oleh para pemimpin Umno demi menghasut rakyat supaya menolak integriti DAP serta Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak. -END
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...
No comments:
Post a Comment