09 January 2013

P.Pinang tubuh Pertubuhan Dr. Wu Lien-Teh babit China

ZAIRIL Khir Johari (dua dari kiri) bersama-sama wakil agensi Kerajaan Negeri
dalam majlis pelancaran Pertubuhan Dr. Wu Lien-Teh Pulau Pinang dan
sesawang wira kelahiran negeri berkenaan.
PERTUBUHAN Dr. Wu Lien-Teh Pulau Pinang ditubuhkan pada 3 Januari lepas hasil insiatif Penang Institute (PI) dengan sokongan agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti Invest Penang, Penang Global Tourism dan Penang Medical College (PMC).

Ketua Eksekutif PI, Zairil Khir Johari pagi tadi berkata, inisiatif itu sebagai menghargai keperwiraan Dr. Wu dalam dunia perubatan moden di tanah air ini hatta di di Harbin, China pada akhir kurun ke-18 hingga awal kurun ke-19.

Atas maksud itu, beliau berkata, suatu sesawang dilancarkan hari ini, selain, menganjurkan simposium peringkat global berasingan di Harbin, China dan di sini kelak.

"Beliau (Dr. Wu) bagi saya, adalah seorang wira (kelahiran) tanah air kita (beretnik) Cina pertama yang mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang perubatan.

"Untuk memperingai wira (kelahiran) Pulau Pinang ini, satu simposium akan diadakan di China pada tahun ini, dan, (pada) tahun depan akan diadakan persidangan di sini (George Town, Pulau Pinang). Ini adalah persidangan peringkat antarabangsa," ujar beliau di PMC, George Town.

Wakil ketiga-tiga agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut hadir pada sidang media bersama-sama Zairil.

Beliau berkata, Simposium Memperingati Dr. Wu Lien-teh kendalian Harbin Medical University First Hospital Harbin dianjurkan di Harbin, Heilongjiang, China selama tiga hari itu bermula pada 18 Januari ini.

Bagi beliau, penubuhan institusi itu mampu mereputasi Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan dalam industri perubatan, khususnya dalam sektor pelancongan perubatan.

Tambah beliau, penganjuran simposium membabitkan George Town dan Harbin itu mampu mengangkat imej Pulau Pinang di persada dunia selain menarik lebih ramai lagi pelabur asing ke negeri ini.

Dr. Wu dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1879 dan menerima pendidikan awal di Penang Free School sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran di Emmanuel College, Cambridge, United Kongdom.

Pada tahun 1903, beliau pulang ke Pulau Pinang dengan ijazah doktor perubatan, tetapi, pada era kolonialisme itu hanya membenarkan warga British sahaja memegang jawatan tinggi sebagai pakar perubatan.

Selama empat tahun awal di tanah air, Dr Wu akhirnya memerah pemikiran dalam penyelidikan beri-beri dan kemudiannya beliau menjadi pengamal perubatan peribadi.

Sungguhpun mempunyai status pendidikan yang begitu tinggi, Dr Wu dikenali lantang dalam memperjuangkan isu-isu sosial massa, termasuk menubuhkan Persatuan Anti-Candu di Pulau Pinang.

Kelantangannya pernah 'diharamkan' oleh pihak penjajah disebabkan beliau menentang perdagangan candu di Pulau Pinang.

Pada musim sejuk tahun 1910, Dr Wu menerima arahan daripada Pejabat Luar Negeri, Peking, untuk ke Harbin bagi menyiasat penyakit aneh yang membunuh 99.9% daripada mangsa.

Ini ternyata menjadi permulaan wabak-wabak besar pneumonic Manchuria dan Mongolia yang akhirnya meragut 60,000 mangsa.

Dr Wu akan diingati kerana peranannya dalam meminta untuk sekatan imperialis untuk membakar mayat mangsa wabak, sebagai pembakaran mayat mangsa yang dijangkiti ternyata menjadi titik perubahan wabak ini.

Perjuangan anak kelahiran Pulau Pinang dalam mencegah penindasan wabak wabak aneh itu diingati sebagai titip berubah kemajuan perubatan di China. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus