19 February 2014

'Studio Keadilan' Khai Loon patut jadi benchmark YB P.Pinang

PEGAWAI Khas Lee Khai Loon, Mohd.Ikhwan Nasser Mohamad Isa tengah hari tadi mempelawa saya ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Machang Bubuk dekat Alma, sejurus selesai majlis Gesa Putrajaya gagalkan projek huru-hara P.Pinang.

Pertama kali sampai di sini, saya terkejut.

Pejabat Khai Loon macam studio media. Pintar dan indah.

"Macam studio. Merata pejabat YB saya kunjung, ini (Pejabat Khai Loon) terbaik," seloroh saya.
Pengurusan perkhidmatan pun cukup sistematik serta boleh dinilai semak oleh pelanggan.

Enam bulan sekali, Khai Loon akan mengemukakan makalah mengenai prestasinya di Machang Bubuk untuk dinilai serta dikritik secara objektif. Hebat!

Saya sempat meramahi beberapa sukarelawi di sini, yang kebetulan sedang sibuk membuat persiapan akhir projek dialog feminim demokrasi pada 22 Februari ini, jam 7.30 malam, di sini.

ADUN Kuala Sepetang, Chuah Yee Ling salah seorang penulis.

Dua lagi panel, adalah ahli akademik serta aktivis mahasiswa yang diterbangkan jauh dari Hong Kong.
Menurut Mohd. Ikhwan Nasser, Khai Loon masuk pejabat 10.00 pagi tiap-tiap hari.

"YB akan beri tuju tumpu harian serta mendapatkan maklum balas mengenai isu berbangkit peringkat KADUN dalam morning table," jelas Mohd. Ikhwan Nasser meramahi saya.

Khai Loon dikenali sebagai seorang yang tidak lokek, terutama yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat.

Padanlah, di belakangan wakil rakyat muda ini banyak sukarelawati, selain, disokong oleh lima pegawai.

Mereka, Mohd. Ikhwan Nasser selalu Pegawai Khas YB, Teh Yee Teng (Pembantu Eksekutif ADUN), Tan Xin Ying (Penyelaras Media), Jab Samat (Penyelaras JKKK) dan Siti Saodah Ahmad Lutfi (Pegawai Seranta).

Ahli Majlis MPSP), Ho Leng Hong yang sibuk dalam perbicaraan kes pengusiran penduduk Kampung Permatang Tok Subuh mewakili rakyat pun turut dalam pasukan Khai Loon.

Dalam hieraki Parti Keadilan Rakyat (PKR), Khai Loon ditaklifkan sebagai Ketua Penerangan AMK Malaysia.

Dalam musim Pemilihan 2014 yang dijadualkan April ini, Mohd. Ikhwan Nasser berkata, Khai Loon masih belum memberi sebarang reaksi, termasuk mengenai masa depan PKR Cabang Bukit Mertajam.

Terlanjur bertanya, saya tanya Mohd.Ikhwan Nasser sendiri 'di mana' sempena Pemilihan 2010?

Mohd. Ikhwan Nasser berat mulut, tetapi, saya terus memujuk.

Menurut anak muda itu, beliau sendiri dalam pertimbangan akhir untuk bertanding jawatan Ketua AMK Cabang, sebagaimana disaran oleh akar umbi parti peringkat Bukit Mertajam.

"Begitu banyak isu kontroversi di DUN Machang Bubuk belakangan ini masih menjadi fokus pasukan Khai Loon, walaupun tanggungjawab dalam Pemilihan 2014 tidak kurang pentingnya untuk mengukuhkan parti," respons Mohd. Ikhwan Nasser.

Beliau berkata, pasukan Khai Loon mahu menjadikan Pusat Khidmat Rakyat DUN Machang Bubuk sebagai aras tanda untuk semua pejabat YB lain nilai di negeri ini.

"Setuju 100 peratus sebab tadbir urus 'Studio Keadilan' ini paling gah dan sistematik selama saya berjalan di pejabat-pejabat YB di negeri ini," seloroh saya.

Kawan-kawan, ada masa datanglah bertandang dan nilai wibawanya pasukan Khai Loon dan 'Studio Keadilan' ini!






Gesa Putrajaya gagalkan projek huru-hara P.Pinang


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Satu laporan polis dibuat pagi ini berhubung isu "Cina Lontar Daging Babi Depan Masjid Bukit Mertajam" yang disebarkan di laman sosial facebook Boikot Barang Cina DAP.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang turut diheret ke dalam laman kontroversi itu merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan polis supaya segera mencari jalan untuk menghentikan cubaan pihak tertentu daripada terus menggugat ketenteraman awam di negara ini.

"Kalau bukan kepada saya pun, provokasi ini ditujukan kepada kaum Cina untuk membangkitkan sentimen perkauman yang jahat," ujar beliau dalam kenyataan bersama-sama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari di perkarangan Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, P. David Marshel (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Jab Samat (wakil penduduk masjid Qaryah Tok Jun Atas) turut hadir pada sidang media tersebut.

Chee Keong pada sidang media sama turut mendedahkan kronologi insiden yang didakwa bukan isu terpencil, tetapi didalangi oleh penyokong Umno demi menggugat keharmonian kaum di negeri ini.

"(Laman Boikot Barang Cina DAP ) ini sumber Perkasa Umno Selangor. Saya tak kata mereka ini ahli Umno, jelas ini penyokong Umno.

"Ini (kes balingan daging babi ke dalam Masjid Tok Kun Atas)  bukan kes terpencil, tapi, seperti satu suatu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berdasarkan beberapa kes provokasi lain yang dilakukan daripada penyokong mereka (Umno dan penyokong Perkasa)," tegas beliau.

Khai Loon pula dalam kenyataannya memohon rakyat terus bertenang serta tidak terpengaruh oleh siri-siri provokasi penyokong pihak Pembangkang Pulau Pinang belakangan ini.

"Saya mohon rakyat untuk terus bertenang dan beri peluang kepada polis untuk menangani isu provokasi ini," ujar Khai Loon, sambil menasihat respons serius daripada Najib.

Manakala, Jap Samat pula berkata, beberapa insiden provokasi itu langsung tidak menguntungkan mana-mana pihak.

"Ini bukan kes kecil, semua agama malu.

"Kami serah kepada pihak berkuasa untuk siasat isu ini, di Facebook pun ada naik isu yang tak betul, tetapi, kenapa tiada siasatan," ujar beliau.

Terdahulu, sekumpulan pemimpin dan penyokong Umno pada 18 Januari lepas melancarkan demontrasi "Mau lagi Laa?" di Seberang Jaya serta ugutan mencetus segala tragedi 13 Mei 1969.

Pada 26 Januari lepas, kain rentang provokasi "Jesus Anak Allah" pula digantung di lima gereja sekitar Pulau Pinang, hingga mencetus balingan bahan letupan buatan sendiri di Gereja Assumption, Jalan Farquhar 27 Januari lepas.

Di Kuala Lumpur pada 6 Februari lepas, sekumpulan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) mesra Umno melumuri darah ayam pada gambar muka beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, selain, tawaran maksimum RM1,200 kepada mana-mana pihak yang berjaya menampar muka Ahli Parlimen Seputeh, Terasa Kok.

16 Februari lepas, daging babi pula dilempar ke perkarangan Masjid Qaryah Ceruk Tok Kun Atas, sebelum cubaan  mengaitkan Chee Keong dengan insiden terbaru ini, sehari berikutnya.

Pejabat Teresa Kok berlumuran darah ayam!

GEORGE TOWN - Pejabat MP DAP bagi kawasan Seputih pagi ini dilumuri darah ayam, dedah Teresa Kok sendiri di laman sosial facebooknya 23 minin lepas.

Terdahulu, beberapa NGO mesra Umno mengumumkan tawaran dari RM500 hingga RM1,200 kepada mana-mana pihak berjaya menampar Teresa.

Dalam satu aksi, mereka melumurkan darah pada gambar Teresa serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lain.

Klip video berkaitan pemimpin negara yang dinaikkan oleh Teresa punca wakil rakyat itu menerima ancaman daripada penyokong-penyokong Umno.

Lihat gambar di bawah.


Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus