Skip to main content

Posts

Showing posts from January 8, 2016

Bank didakwa tekan pelanggan

PERSATUAN Pelanggan Perkhidmatan Kewangan Malaysia (Pebank) mendakwa beberapa institusi perbankan Islam di negara ini tidak mematuhi syariah dan menekan pelanggan.
Pengerusinya, Sheikh Abd Kareem Said Khadaied berkata, hasil kajian dijalankan pihaknya selama tiga tahun mendapati, terdapat banyak masalah yang dihadapi pelanggan perbankan Islam dari segi prinsip, kontrak dan pelaksanaannya.
“Kami telah teliti sebanyak 422 kes melibatkan institusi perbankan Islam dan kes ini masih lagi berjalan serta belum mendapat penyelesaiannya,” katanya pada sidang media sempena Seminar Kewangan & Perbankan Islam dan Perlindungan & Hak Pengguna di Kuala Lumpur.
Sheikh Abd Kareem berkata, antara penemuan hasil kajian itu, sebanyak 200,000 projek perumahan terbengkalai dicatatkan sejak 1990 hingga 2011.
“Kira-kira 60 peratus daripada jumlah itu merupakan peminjam daripada institusi perbankan Islam. Mereka dituntut pihak bank untuk membayar disbursement dan ada juga sesetengah bank tersebut mem…

Asabiah PAS-Umno bukan ajaran Islam lagi...

Pelaburan ke Pulau Pinang RM8.2 bilion pada tahun 2014 dan ketiga tertinggi di Malaysia, lapor MIDA. Kelantan di tangga ke-11 di atas Perlis, dengan pelaburan RM1.2 bilion sahaja. FDI 'zero' pada tahun 2014.Islam agama yang memajukan ummah.PAS perlu buktikan bahawa mereka berjuang di pihak Islam dengan memajukan ekonomi ummah.Bercakap mengenai Islam bukan bermakna berjuang Islam.Semacam Abdul Hadi Awang pun bercakap Islam, tetapi cenderung pada asabiah zalim. (Rujuk Al-Quran, 11:113)Abdul Hadi cenderung pada kezaliman Najib Razak dan itu nyata bertentangan dengan maksud Islam yang sebenar.Ajaran Islam yang sebenar antaranya mengutamakan hal pemajuan semula kediaman mangsa banjir dua tahun lalu.Menambah bilangan kereta mewah peribadi atau menggunakan dana awam pergi melancong ke luar negara bukan di bawah maksud kemajuan yang diutamakan dalam Islam.Jangan kerana kegagalan PAS dalam politik asabiah melampau bersama Umno belakangan ini, mahu dinisbahkan kepada Islam pula.Baca art…

GERAKAN dengki kerjasama Umno-PAS...

Barangkali GERAKAN dengki dengan kebersamaan DAP, PKR dan Amanah dalam Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Mungkin juga GERAKAN berasa kian tersisih dalam Barisan Nasional apabila Najib Razak dan Abdul Hadi Awang saling berhasrat untuk bekerjasama.
Najib mempertahan kedudukannya. Abdul Hadi bertegas dengan pendirian PAS mahu melaksanakan Hudud. Apa ketegasan GERAKAN?
Rakyat Malaysia kian bijak. Mereka tahu Najib memperkuda Melayu dan kepentingan negara untuk dirinya.
Abdul Hadi memperkuda Islam dan Hudud untuk meraih kuasa. GERAKAN sahaja masih tak jelas hala tujunya.
Ada isu yang lebih penting, GERAKAN sokong atau tidak 1MDB menjual projek pembangunan bandar Malaysia kepada syarikat asing berkaitan China?
Kenapa diam? GERAKAN berjuang untuk rakyat atau masih menjadi hamba politik Umno?
Baca link Gerakan mahu Pakatan Harapan nyata pendirian hudud.

GST hanya selamatkan Najib, tegas Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Cukai Barangan & Perkhidmatan  (GST) yang didalih menyelamatkan rakyat Malaysia, sebenarnya hanya menyelamatkan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ekonomi negara kian parah, dengan nilai Ringgit Malaysia kian menyusut lagi.
"Semua orang jatuh (susah). Apabila satu orang tak susah, semua orang jatuh susah.
"Nilai Ringgit  (Mlaysia) menyusut pada 4.43 berbanding dolar AS, adakah ia bernilai lagi," tanya Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan pada Sidang Kemuncak Hartanah Antarabangsa Pulau Pinang 2016 di sini hari ini.
Hari ini, Najib dilaporkan berdalih GST menyumbang pada pendapatan negara.
Menurut Presiden Umno itu, GST turut disifatkan sebagai penyelamat kewangan Kerajaan BN Pusat, serta ekonomi tanah air.
Bulan lalu, kutipan bersih GST diunjurkan berjumlah RM27.126 bilion, daripada hasil kasar sebanyak RM37.67 bilion.
Dianggarkan hasil be…

Guan Eng puji MPSP catat surplas tiga tahun berturut-turut sehingga 2014

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 
SEBERANG JAYA - Selepas tujuh tahun mengalami defisit sebelum 2008, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mencatatkan lebihan kewangan sebanyak RM4.15 juta pada tahun 2012, RM2.74 juta untuk tahun 2013 dan RM0.17 juta untuk tahun 2014.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, tadbir urus berdasarkan Belanjawan Berasaskan Hasil (OBB) dalam tadbir urus kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan diharap mampu mengekalkan rekod surplas pada masa hadapan.
"Daripada membina tiang bendera paling tinggi di dunia dengan RM1 juta, lebih baik membelanjakan peruntukan itu untuk membina jalan raya.
"Yang dimaksudkan dengan 'Outcome-Based Budgeting' di sini adalah membelanjakan dana pada suatu projek yang lebih memberi impak kepada rakyat," jelas Guan Eng pada Majlis Angkat Sumpah Dan Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MPSP 2016 di sini, pagi tadi.
Majlis yang dilangsungkan di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini turut dis…