04 June 2014

Guan Eng bentang gagasan Paradigma Pulau Pinang, tarik pelabur Eropah

LIM Guan Eng membentangkan gagasan Penang Paradigm (2012-2022) dalam satu wacana kendalian tink-tank Penang Institude (PI) di Mid-Valley, Kuala Lumpur pada 5 Mac tahun lepas | Foto: Facebook Lim Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Elemen idea, pelaburan dan infrastruktur yang digagaskan dalam Paradigma Pulau Pinang (2012-2022) diharap turut mencuri minat pelabur asing dari Eropah ke negeri ini.

Demikian masej yang disampaikan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam pertemuan bersama-sama EU-Malaysia Chamber of Commerce and Industry (EUMCCI) di sini baru-baru ini.

“Pengintegrasian ketiga-tiga elemen ini bukan sahaja meningkatkan dinamisme ekonomi, tetapi, juga mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang seimbang dan lestari dengan keadilan sosial untuk semua, serta persekitaran yang sesuai untuk didiami,” ujar Guan Eng pada majlis bersejarah itu.

Menulas lanjut mengenai Paradigma Pulau Pinang, Guan Eng berkata, idea yang kreatif dan inovatif umapamanya adalah sangat diperlukan untuk pembangunan sosio-ekonomi masa depan negeri.

Atas maksud iti, jelasnya lagi, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah Creative Animation Triggers (CAT) di kawasan George Town, pusat bandar negeri yang dikenali sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengurangkan campurtangan dalam urusan perniagaan, termasuk membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) demi menggalakan persaingan pelaburan dalam semua sektor industri di negeri ini.

Difahamkan, Pulau Pinang berjaya mengekalkan kedudukan negeri paling besar menyumbang pelaburan luar negeri (FDI) kepada negara, iaitu sebanyak RM19.7 bilion dari tahun 2010 sehingga Ogos 2013.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri juga turut membangunkan infrastruktur awam merangkumi aspek urus tadbir baik, mementingkan ketelusan dalam proses membuat dasar, serta merancang dan melaksanakan pembangunan yang benar-benar menguntungkan rakyat terbanyak.

Ini kerana, katanya, pembangunan infrastruktur awam masa depan Pulau Pinang seharusnya dilihat tidak terbatas pada fizikal jaringan sistem jalan raya serta pengangkutan awam.

“Semua pendekatan holistik dalam kerangka Paradigma Pulau Pinang ini juga dijangka mengubah Pulau Pinang menjadi sebuah masyarakat yang seimbang, intelektual, kreatif, progresif, berdaya saing dan mampan,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Pengerusi EUMCCI, Fermin Fautsch, Minna Saneri (Pengerus Besar EUMCCI), H.E. Luc Vandebon (Duta Besar Delegasi EU ke Malaysia) dan H.E. Nicolai Ruge (Duta Diraja Denmark) antara kenamaan yang mengikuti perkongsian Guan Eng mengenai pelan pembangan sedekad negeri, Paradigma Pulau Pinang (2012-2022). 

iFOODex buka 85 gerai makanan a’bangsa sasar 65,000 pengunjung

PENCINTA makanan pastinya tidak melepaskan peluang ke iFOODex, yang diadakan saban tahun di sini. | Foto: arkib Buletin Mutiara
ABDUL Malik Abul Kassim (berbaju Melayu) turut tidak melepaskan peluang menyertai sesi demonstrasi masakan nasi beriyani di sini baru-baru ini.

BAYAN BARU - Sebanyak 85 gerai makanan antarabangsa dari China, Korea, Jerman, Singapura, Amerika Syarikat dan Malaysia dibuka bersempena Ekspo Makanan Antarabangsa (iFOODex) 2014 di Subterranean Penang International Convention and Exhibition (sPICE).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, kepelbagaian makanan di sini diharap dapat menarik sehingga 65,000 pengunjung.

Malah, katanya lagi, penganjuran pameran tahunan itu sekaligus diharap mampu mempromosi Pulau Pinang sebagai hab memproses makanan terkemuka dunia kelak.

“Inisiatif pihak penganjur ini dilihat mendokong hasrat dan cita-cita Pulau Pinang untuk mewujudkan sebuah hab pemprosesan makanan terkemuka di dunia,” katanya, ketika merasmikan pameran tersebut.

Abdul Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung turut merakamkan penghargaan kepada penganjur, M2 Events Sdn. Bhd. kerana turut mengadakan jualan serta pameran makanan Halal Malaysia dalam iFOODex, sejak empat tahun lepas.

Tambah beliau, Pulau Pinang adalah istimewa kerana kepelbagaian makanan lazat yang disediakan dari restoran bertaraf lima bintang hinggalah gerai-gerai kecil di bahu jalan terus dilihat sebagai identiti pelancongan makanan di negeri ini.

“Segalanya ada di Pulau Pinang, sebut sahaja laksa, nasi beriani, pasembor, sup th'ing dan sebagainya,” kata Abdul Malik.

Demontrasi masakan nasi beriyani oleh chef dari Hajee Essa Sdn. Bhd. antara sesi promosi utama makanan halal di ekspo tersebut.

iFOODex mula dianjurkan di negeri ini pada tahun 1999.

P.Pinang sasar 28 pingat emas Sukma Perlis

SEBAHAGIAN 320 atlet bergambar kenang-kenangan bersama tetamu kehormat pada Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Pulau Pinang ke Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 di sini baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara

MOKHTAR Mohd. Jait (kanan) ditemani Ong Poh Eng meramahi pasukan wushu kontinjen Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Pulau Pinang mensasarkan 28 pingat emas daripada 10 acara yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 di Perlis, ujar Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait kepada wartawan baru-baru ini.

Menurut beliau, 320 atlet diturunkan untuk merebut pingan emas, terutama dalam karate, memanah, angkat berat, wushu, renang, olahraga, tenis, sepak takraw, hoki dan bola sepak.

“Saya yakin kontinjen negeri mampu mencapai sasaran yang diilhamkan dengan menunjukkan semangat juang yang tinggi," katanya, ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera kepada kontinjen negeri di sini.

Frederick Tan dalam kenyataannya berkata, sasaran 28 pingat emas kali ini berdasarkan prestasi memberangsangkan atlet-atlet negeri, serta persiapan dan latihan rapi sejak tahun lalu.

Mokhtar menyerahkan bendera tersebut kepada Timbalan Pengerusi 2 bagi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) merangkap chef-de-mission Kontinjen Pulau Pinang, Datuk Ong Poh Eng, sebelum diamanatkan kepada pemain badminton kebangsaan, Goh Jin Wei.

Menurut Mokhtar, Sukma adalah platform terbaik untuk atlet negeri mengukir nama di persada negara mahupun antarabangsa.

Mokhtar turut melaungkan Go! Penang Go! bagi membakar semangat atlet untuk terus berjuang sehingga ke garisan penamat.

Majlis itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, T'eh Lai Heng, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pembangunan) Datuk Abu Jamal Nordin, Pengarah Urusan Kumpulan Hunza Properties Berhad, Khor Siang Gin, Penolong Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Dua, Mejar Werar Suleiman Ali dan Pengarah MSNPP, Frederick Tan Teck An.

Ubah Tmn. Rekreasi Ampang Jajar jadi hab pendidik luar, cadang YDP MPSP cari CSR

MAIMUNAH (kanan sekali) menyampaikan sijil penghargaan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu yang menyertai Khidmat Sosial Lestari Hijau 2014 di Taman Ampang Jajar baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara

PERMATANG PAUH – Syarikat atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat membangunkan semula Taman Ampang Jajar seluas 36.3 ekar secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) diharap tampil berbincang dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Yang di-Pertuanya, Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, sebanyak RM1.39 juta diperlukan untuk memulihara semula taman rekreasi tersebut dalam tempoh lima tahun ini, supaya boleh dijadikan hub pendidikan luar sekolah bagi institusi pendidikan sekitar Seberang Perai.

“Rancangan ini adalah hasil lawatan kerja saya ke Korea, di mana guru-guru di negara itu menggunakan ruang awam sebagai hub pendidikan sains sekaligus memaksimakan penggunaan ruang awam di negera mereka.

“Saya menyeru mana-mana NGO atau komuniti yang berminat untuk bekerjasama dengan MPSP supaya boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami terlebih dahulu,” katanya pada majlis penutupan Program Khidmat Sosial Lestari Hijau 2014 di Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu baru-baru ini.

Difahamkan, lebih 40 murid Tahun Empat dan Lima sekolah tersebut bersama-sama waris sebelum ini menjalankan CSR di Taman Ampang Jajar.

Mengulas mengenai perancangan hab pendidikan luar, Maimunah menjelaskan 12.43 ekar tanah dekat Taman Ampang Jajar telah dibangunkan, manakala, baki 28.87 ekar lagi masih dalam perancangan.

“Pada 9 November 2007, Kementerian Pelancongan telah membiayai sebanyak RM500,000 untuk menaiktaraf taman ini merangkumi pembinaan tembok sepanjang tepi sungai, membaiki tandas, menaiktaraf plaza dan taman permaianan.

“Manakala, projek pembangunan secara CSR ini pula akan digunakan untuk mewujudkan Tree Bank, Pusat Operasi Tapak Semaian dan Kawasan Hijau di sini,” ujar beliau.

Terdahulu, Kelab Berbasikal LP Mountainbike Seberang Perai Utara menjadi komuniti pertama melaksanakan tanggungjawab CSR di taman ini, dengan membina laluan basikal sepanjang 1.1 kilometer.

Laluan basikal itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Law Choo Kiang pada 20 Januari tahun lepas.

Pameran Mangkuk Tingkat sejajar aspirasi MPPP

SALAH seorang pengunjung mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama mangkuk tingkat di sini baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Muiara
MOHAMED Akhar Mohamed (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan sempena penganjuran Pameran Revolusi Mangkuk Tingkat di Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Pameran Revolusi Mangkuk Tingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dari Mei hingga hingga Julai depan adalah sejajar dengan aspirasi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Pengarah Rekreasi, Pelancongan Dan Perhubungan Antarabangsa MPPP, Mohamed Akbar Mustapha semasa merasmikan pameran tersebut berkata, program sebegitu wajar disokong kerana memangkin pada usaha mewujudkan bandar hijau di sini.

“Pulau Pinang secara umumnya telah melaksanakan Kempen Tanpa Beg Plastik dan juga di peringkat MPPP kita juga telah melarang penggunaan bekas makanan polistirena,” ujar Mohamed Akbar.

Kurator Muzium, Haryany Mohamad serta dua Ahli Majlis MPPP, Gooi Seong Kin dan Lim Boon Beng turut hadir pada majlis buat julung-julung kalinya diadakan di negeri ini.

Difahamkan, hampir 190 buah mangkuk tingkat berjaya dikumpul sempena pameran yang berlangsung tersebut, termasuklah koleksi unik dari Czechoslovakia, Eropah dan "Peranakan".

Sebelum itu, Haryany menjelaskan, penggunaan bekas menyimpan makanan yang diperbuat daripada plastik serta budaya makanan segera yang diamalkan sekarang, sekaligus seakan melupakan masyarakat pada tradisi menggunakan mangkuk tingkat.

Ekoran itu, katanya lagi, Lembaga Muzium mengambil inisiatif khas mengadakan pameran tersebut, dengan mendokumentasikan perubahan senario penggunaan mangkuk tingkat sejak 100 tahun yang lalu.

“Pameran ini adalah untuk mengekalkan mangkuk tingkat yang dianggap sebagai barangan antik dan tradisi sejak era 1920-an.

"Budaya kita adalah identiti kita,” ujar Harvany lagi.

Pameran buku dorong budaya membaca – Soo Huey

DUA kanak-kanak yang mengunjungi pameran ini asyik dengan buku masing-masing di sini baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara.

YAP Soo Yuey (kanan) mencermati hasilan kraf tangan berupa beg, sambil diramahi oleh peserta pameran di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN - Sebanyak 24 artis seni dan pembuat kraftangan dirakam menjayakan Pameran Buku, Seni dan Kraftangan Pulau Pinang pertama selama 10 hari bermula pada 23 Mei lepas di Island Plaza di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey dalam ucapan perasmiannya turut merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung yang menyertai pameran tersebut.

“Walaupun pada dasarnya kita mempunyai perpustakaan, tetapi, kebanyakkannya adalah di kawasan luar bandar. Bilangan perpustakaan yang ada di kawasan bandar adalah terhad.

“Peluang sebeginilah harus digunakan oleh masyarakat sekeliling untuk menambah pengetahuan dan bahan bacaan.

“Melalui pembacaan sahaja, kita dapat mempertingkat diri,” ujar beliau, sambil merakamkan penghargaan kepada penganjur, Leo Books.

Justeru, Soo Huey berkata, pihaknya berharap pameran bertemakan OMG! atau o’my George Town itu akan mendorong lagi semangat komuniti tanpa mengira lapisan umur untuk menyuburkan budaya membaca dalam diri masing-masing.

Guan Eng saksi MoU dua projek RM11.3 bilion P.Pinang

ROSLI Jaafar (lapan dari kiri) dan Abel Ang (enam dari kiri) saling menukar dokumen MoU, sambil diperhatikan oleh Ketua Menteri (tujuh dari kiri) di sini baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara.

GEORGE TOWN - Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) baru menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Temasek dan Economic Development Innovations Singapore Pte. Ltd. (EDIS) untuk pemajuan dua projek mega di negeri ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa menyaksikan majlis MoU tersebut berkata, nilai pembangunan kasar Penang International Technology Park (PITP) di Batu Kawan dan Business Process Outsourcing Prime (BPO Prime) dekat Bayan lepas dianggarkan sekitar RM11.3 bilion.

“Usahasama di antara PDC dan Temasek bagi membangunkan PITP dan BPO Prime tersebut membolehkan PDC memegang 51 peratus syer dan selebihnya dipegang oleh pelabur,” ujar Guan Eng dalam ucapannya di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar, Pengarah Urusan Kanan (Pelaburan) Temasek, David Heng, Pengarah Urusan (Undang-undang dan Peraturan) Temasek, Cheong Kok Tim, Pengerusi EDIS, Philip Yeo, Ketua Pegawai Eksekutif EDIS, Abel Ang dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif I Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Phang Ah Tong turut hadir pada majlis tersebut.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dan Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti).

Dalam perjanjian itu, difahamkan, PDC dan Temasek akan memajukan projek di atas tanah berkeluasan 206.8 ekar dalam tempoh lima hingga 10 tahun, manakala, EDIS pula berperanan menyediakan perkhidmatan pengurusan kepada projek usahasama tersebut.

Guan Eng berkata, dua projek tersebut dijangka akan mengembangkan pasaran domestik yang berasaskan pengetehuan, seperti penyumberan luar projek perniagaan (BPO), informasi dan teknologi komunikasi (ICT) serta sektor pembuatan nanti.

Malah, katanya lagi, projek pemangkin ekonomi negeri itu turut dijangka membuka 25,000 hingga 30,000 peluang kepada pekerja berpengetahuan kelak.

Dua exco perjelas punca ‘ponteng’ sesi penggulungan

ABDUL Malik Abul Kassim (kanan) bersama Dr. Afiif Bahardin ketika mengulas isu 'ponteng DUN' pada satu sidang media baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara.

GEORGE TOWN – Dua Exco Kerajaan Negeri tampir memberi penjelasan ekoran digambarkan ‘ponteng’ sesi penggulungan kerana ke luar negara.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan) berpendapat, mereka sempat menghadiri sesi penggulungan sebagaimana dijadualkan, sekiranya penyokong pembangkang tidak menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 21 Mei lepas.

Bagaimanapun, dua exco berkenaan berkata, mereka bersetuju dengan langkah membahaskan dua usul tergempar mengutuk insiden tersebut, walaupun terpaksa melewatkankan sesi penggulungan dari jadual asal persidangan DUN.

“Kalau diikutkan jadual asal, exco-exco yang perlu ke luar negara pada petang 22 Mei lalu sempat untuk mengulung perbahasan masing-masing.

"Namun, peristiwa hitam ini telah berlaku dan memakan masa yang lebih untuk sidang DUN kali ini,” ujar Abdul Malik kepada wartawan baru-baru ini.

Abdul Malik memberitahu, beliau tidak menghadiri sesi penggulungan kerana dijadualkan menyertai Ekspo Halal Antarabangsa Pakistan Ke-3, serta sempat memeterai dua perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat asing.

Dr. Afif memberitahu, beliau turut menyertai lawatan rasmi tersebut.

Abdul Malik dan Dr. Afif masing-masing turut menyambut baik nasihat Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, serta teguran Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.

Teks ucapan pengguluang Abdul Malik dibacakan oleh Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Manakala, teks ucapan Dr. Afif dibacakan oleh Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon turut tidak sempat menyempurnakan ucapan penggulungannya sebagaimana dijadualkan, kerana mempunyai lawatan rasmi ke luar negara.

Cukai pintu tak naik di P.Pinang sebab DAP perintah, naik di Terengganu sekarang sebab Umno perintah!!!





Orang Melayu Pulau Pinang seringkali digambarkan terpinggir serta ditindas oleh Cina DAP.

Ramai yang tidak tahu bahawa orang Melayu, orang Cina, orang India dan semua bangsa di Pulau Pinang langsung tidak dibebankan oleh kenaikan cukai pintu.

Sejak tahun 2008 hingga kini, Putrajaya dua kali mengesyorkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menaikkan cukai pintu seperti di semua negeri lain, tetapi diabaikan oleh Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Sila baca entri P.Pinang abai syor Putrajaya naik cukai pintu, pilih jimat sumber PBT

Di Facebook, dilaporkan rakyat Terengganu keluar beramai-ramai membantah kenaikan cukai pintu di perkarangan Wisma Darul Iman.

Yang memerintah Kerajaan Terengganu hari ini adalah Umno, tetapi tidak pula digambarkan bahawa sebuah bangsa yang terbeban oleh kenaikan cukai pintu terpinggir di negeri tersebut.

Pulau Pinang boleh sustainable salah satu sebabnya adalah menjimatkan sumber yang sedia ada. 

Pulau Pinang boleh sustainable juga antara sebabnya kerana pemimpinnya tak kira DAP atau PAS atau PKR tidak mengamalkan pembaziran, ketirisan dan penyelewengan dana Kerajaan Negeri.

Laporan Audit Negara 2012 umpamanya mendedahkan ketirisan, penyelewengan kuasa, rasuah dan pembaziran di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggarkan RM6.5 bilion.

Ura-ura sabsidi minyak akan dirampas kononnya nak jima RM9.8 bilion, semasa orang Melayu marah sangat dengan DNA babi Cadbury.


Apa yang saya nak sebut di sini, tiada kenaikan cukai pintu di Pulau Pinang bukan sebab diperintah oleh Cina. 

Dan, kenaikan cukai pintu di Terengganu yang sedang dibantah oleh rakyat di sana bukan sebab diperintah oleh Melayu.

Sebab wujud dua perbezaan ini, disebabkan perbezaan amalan pentadbiran. 

Pulau Pinang ditadbir secara integriti, Terengganu ditadbir secara pembaziran, ketirisan, rasuah serta penyelewengan kuasa. 

Teluk Intan tewas sebab abai isu sekecil Cadbury, kata Zolkifly Md. Lazim

GAMBAR berkaitan kepentingan Felda dalam syarikat Cadbury yang meluas tersebar di laman sosial Facebook turut menggamit pelbagai tanda tanya berhubung status 'DNA Babi' yang didedah pada coklat itu dihalalkan pula.

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - Anggota Jawatankuasa PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim memberitahu, kontroversi DNA babi dalam coklat Cadbury adalah antara isu kecil yang menyentuh sensitiviti pengundi Cina terbanyak di Teluk Intan.

ZOLKIFLY Md. Lazim
“Rata-rata komuniti Cina (di Teluk Intan) makan khinzir, tetapi, isu sampingan ini tidak diurus dengan baik sampai hilang keyakinan pengundi bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

“PAS dan DAP mewarnai isu Hudud kerana masing-masing percaya bahawa pengundi Melayu dan Cina terbesar akan pergi kepada Dyana Sofya Mohd. Daud.

“Manakala, BN pula percaya faktor sokongan terbesar tidak terjadi sendiri melainkan didorong oleh isu-isu sampingan sekecil ‘Cadbury’,” ujar Zolkifly di sini, semalam.

Dyana tewas di tangan pencabarnya, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti tipis 238 undi.

Menurut Zolkifly, Pakatan Rakyat tidak boleh lagi menggunakan strategi kemenangan pilihan raya umum lepas secara pukal di Teluk Intan.

“Saya lihat, kita cuba cat bangunan di Teluk Intan guna warna sama seperti PRU13 kerana kita anggap sensitiviti pengundi Teluk Intan sama seperti pilihan raya umum lepas,” seloroh Zolkifly.

Justeru, Zolkifly berkata, isu Hudud yang dikatakan faktor kekalahan calon DAP Dyana Sofya Mohd. Daud hanya anggapan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Sertai Larian P.Pinang, nikmati keindahan Seberang Perai :Guan Eng

KETUA Menteri (empat dari kiri) bergambar bersama-sama para pemenang Larian Pulau Pinang 2014-2015 di sini baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN DALAM - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap semua peserta Larian Pulau Pinang 2014-2015 turut menikmati keindahan Seberang Perai, selain merebut kejuaraan pada pertandingan tersebut.

“Tahun lepas (2013), Penang Run telah melalui empat peringkat larian memusing Pulau Pinang.

“Untuk tahun ini (2014), kita mengambil keputusan untuk menganjurkan ia di Seberang Perai demi mempamerkan pelbagai keindahan yang ditawarkan di Seberang (Perai),” ujar Guan Eng pada majlis perasmian dan penyampaian medal kepada pemenang di sini baru-baru ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utitilti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap ADUN Sungai Puyu) dan A. Tanasekharan (ADUN Bagan Dalam) turut hadir pada majlis tersebut.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong dan Setiausaha bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Sr. Rozali Mohamud.

Difahamkan, peserta Larian Pulau Pinang kali ini merentasi ketiga-tiga daerah, iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Melalui penganjuran program tersebut, Guan Eng berharap Pulau Pinang menjadi negeri sukan yang dikenali Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus