05 June 2017

Kompaun kepada MC, individu gagal laksana dasar asing sisa di punca selepas 1 Jun, respons Kon Yeow

 


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar: DARWINA MOHD DAUD 


BAGAN DALAM - Individu juga boleh dikenakan kompaun seperti badan pengurusan (MC) bagi semua kawasan kondominium di begeri ini selepas 1 Jun nanti, sekiranya gagal melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca.


Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow bagaimanapun berkata, kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) akan tetap meninjau tiga tanggungjawab MC iaitu melaksanakan majlis penerangan dasar ini; menyediakan ruang serta operasi bagi dasar; serta melantik kontraktor untuk menguruskan hasil kutipan sisa kitar semula.


"Kalau ada penghuni yang tidak melaksanakan dasar ini, bukan menjadi kesalahan MC, tetapi kompaun dikenakan ke atas penghuni terbabit sendiri, berpandukan undang-undang kecil PBT.


"Pujuk dan kempen pada dasar ini mesti diteruskan tetapi apabila sampai masanya, kita (PBT) akan mula mengeluarkan kompaun," jelas Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota dalam Operasi Pemantauan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca Di Kondo The Signature dekat Jalan Baru di sini pada pagi tadi.


Turut serta, ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan; Pengarah Jabatan Perbandaran bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Mohd Fuad Abdul Hamid serta Pengarah Urusan MC Kondo The Signature, Edy Noor.


Kon Yeow memberitahu kompauan akan dikeluarkan selepas MPSP melaksanakan operasi tinjauan berwajib di semua kondominum di Seberang Perai, dijangka selepas 1 Jun ini.


Bercakap pada sidang media sama, Edy Noor memberitahu sejak bulan Jun tahun lepas lagi kempen serta amalan pengasingan sisa di punca telahpun dilaksanakan membabitkan kesemua 148 unit kediaman bagi kondominium 25 tingkat di sini.


"Peratus penyertaan lebih 90 peratus, namun, cabaran kita adalah (kerjasama lanjut) dengan penyewa sahaja.


"Kutipan sisa pepejal dan yang boleh dikitar semula dilaksanakan di setiap tingkat, dan mudah untuk MC kenal pasti kerana di setiap tingkat ada enam unit kediaman sahaja," jelas Edy Noor.


Mengulas lanjut, Mohd. Fuad memberitahu bahawa inisiatif yang dilaksanakan oleh MC ketika ini adalah sangat baik kerana dalam operasi tinjauan terdahulu MPSP pada beberapa bulan lepas di sini menyaksilan kira-kira 40 peratus penyertaan penduduk sahaja.


Pada awal pagi tadi, Kon Yeow turut mengadakan operasi tinjauan serupa di Kondo Ocean View dekat Jalan Pearl Harbour, Butterworth.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus