21 October 2014

MPSP finalis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2014

MAIMUNAH Mohd. Sharif (enam dari kiri), Rozali Mohamud (lima dari kiri), Micheal Tan Cheong Heng (paling kiri), Rezal Huzairi Md. Zaki (dua dari kiri) dan Ahmad Kaswan Kassim (empat dari kiri) bergambar kenang-kenangan dengan pasukan kakitangan yang berjaya membawa MPSP menerima anugerah SPP, di sini semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bukan sahaja dipilih menerima anugerah dalam Sistem Pemantauan Pintar (SPP), bahkan, turut disenarai pendek ke Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) bagi tahun 2014.

Majlis AIPM 2014 diadakan pada 5 September lepas di Dewan Perdana dekat Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (AICC), yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Yang di-Pertua MPSP, Datuk Maimunah Mohd. Sharif berkata, penyampaian sijil kepada finalis AIPM 2014 disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr. Ali Hamsa sempena Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) di Subang Jaya, Selangor pada 9 Oktober lepas.

"Wakil MPSP, iaitu Encik Abdul Fikri Ridzauudin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Teknologi Maklumat telah menghaadiri (AISA) untuk menerima sijil berkenaan," kata Maimunah pada sidang media di Kompleks Ibupejabat MPSP, Bandar Perda di sini, semalam.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamod, serta tiga Ahli Majlis, Micheal Tan Cheong Heng, Rezal Huzairi Md. Zaki dan Ahmad Kaswan Kassim turut hadir pada sidang media tersebut.

Maimunah berkata, dua pengiktirafan tersebut sekaligus mereputasi lagi nama MSPSP serta Kerajaan Negeri di peringkat nasional.

Sebutan semula dua kes 'hasutan' Rayer 14 Nov.

R.S.N Rayer (tiga dari kiri) bersama-sama Gobind Singh Deo (palingh kiri) serta anggota pasukan pembelaan di lobi Kompleks Mahkamah George Town di sini. Turut hadir, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh (tengah), yang juga peguambela bagi Rayer. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Dua Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 14 November depan untuk sebutan semula kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Delima, R.S.N. Rayer yang didakwa menghasut, sementara menunggu satu cabaran berasingan ke atas penguatkuasaan Akta Hasutan 1948 di ibunegara.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zaharah Hussain membuat ketetapan tersebut pada 17 Oktober lepas, sejurus peguambela Gobind Singh Deo secara lisan memohon kes tersebut disebut semula.

Permohonan lisan itu turut tidak mendapat bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Tallib.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zulhazmi Abdullah dalam kamar berasingan turut menetapkan tarik sebutan semula kes pada 14 November, selepas permohonan serupa dilakukan oleh Gobind, yang juga Ahli Parlimen Puchong.

Kenyataan 'Umno Celaka' yang disebut oleh Rayer semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada 20 Mei lepas seakan tidak kebal apabila beliau didakwa di Mahkamah.

Terdahulu, keputusan Pejabat Peguam Negara (AG) pada 27 Ogos lepas mendakwa Rayer isu 'Umno Celaka' dalam dua kamar mahkamah menggamit kejuta banyak pihak, termasuk Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng.

Sebelum itu, pendengaran kes Rayer ini yang sepatutnya dilangsungkan pada 16 Jun lepas turut ditangguhkan kerana pejabat AG didakwa gagal menyediakan kertas pendakwaan berwajib pada hari pendengaran kes.

Pun begitu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail sehari sebelum itu ada dilaporkan mengesahkan bahawa Rayer akan didakwa di Mahkmah Tinggi George Town.

Ketetapan bersejarah tersebut menggamit pelbagai reaksi di kalangan khalayak, antaranya, sebutan mana-mana wakil rakyat sama ada di dalam DUN atau Parlimen sepatutnya kebal dari pendakwaan di Mahkamah.

Bagaimanapun, Abdul Ghani tidak pula memberikan ulasan yang jelas mengenai status insiden sekumpulan penyokong Umno bertindak menceroboh DUN Pulau Pinang sambil menggambarkan Rayer menyebut 'Melayu Celaka'.

Walhal, Rayer nyata dan jelas menyebut bahawa penyokong serta pemimpin Umno yang menyemerakkan api perkauman di negeri ini sebagai 'Umno Celaka'.

Lantas, satu usul dipersetujui DUN Pulau Pinang pada hari kejadian, yang mengarahkan Polis serta pihak berkuasa berwajib mengambil tindakan tegas kepada pihak penceroboh terbabit.

Keesokan hari ini, satu lagi usul dipersetujui DUN Pulau Pinang, mengarahkan mereka dibicarakan di Mahkamah, serta menerima hukuman yang keras jika didapati bersalah.

Guan Eng dalam kenyataannya semasa ini turut mengsyorkan Pejabat Peguam Negera mengenakan hukuman keras, hatta, penjara seumur hidup.

Ini kerana, katanya, tindakan mereka menceroboh DUN Pulau Pinang boleh dianggap melawan Yang Di-Pertuan Negeri serta mencemar kemuliaan dewan, sebagaimana ditakrifkan daripada Perlembagaan Negeri.

Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negeri akhirnya membuka satu lagi kertas siasatan berhubung ceramah politik Rayer pada 22 Mei, dipercayai sebagai 'Pelan B' jika kes pertama gugur atas hujah ucapan Rayer dilangsungkan dalam DUN Pulau Pinang.

Biasiswa elak abai pelajar terpilih - KM

LIM Guan Eng menyantuni salah seorang penerima Biasiswa Kecil Negeri Peringkat Pulau di Dewan Terbuka Tapak Pesta Sungai Nibong dekat Bayan Baru, sambil diperhatikan oleh pemimpin Kerajaan Negeri lain di sini baru-baru ini.

Oleh: AHMAD ADIL MOHAMAD & NORSYAHIDA YUSOFF

BERTAM - Kerajaan Negeri akan terus memberi keutamaan pada kebajikan pelajar terpilih supaya  mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan nasional di Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa menyampaikan sumbangan Biasiswa Kecil negeri berjumlah RM1,309,680 kepada 1,758 murid terpilih.

Di Pulau Pinang, kita mempunyai tadbir urus yang baik kerana rakyatnya...macam mana baiknya sesebuah Kerajaan Negeri adalah sebaik-baik rakyatnya.

"Oleh itu, suara mereka (pelajar) perlu didengar dan harus diambilkira dalam membangunkan negeri ini,” ujar Guan Eng pada Majlis Penyampaian Sumbangan Biasiswa Kecil Peringkat Seberang Perai di Dewan Millenium baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar), Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan) dan Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti) turut hadir pada majlis tersebut.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus, Saodah Nawawi (Pegawai Daerah Seberang Perai Utara) dan Amat Sazali Abu Hassan (wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri).

Guan Eng dalam majlis berasingan turut menyampaikan sumbangan serupa peringkat pulau kepada 82 penerima dari sekolah sekitar Daerah Timur Laut, serta 95 penerima lain dari 11 sekolah sekitar Daerah Barat Daya.

Pada majlis sama, enam graduan cemerlang peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diraikan dengan pinjaman pendidikan ditukar kepada biasiswa, serta masing-masing menerima ganjaran RM1,000.

Sementara itu, penerima, Nurain Mohdd Nazir, 26, yang ditemui kemudian melahirkan rasa bersyukur kerana pinjaman pendidikan beliau telahpun ditukar menjadi biasiswa atas sebab kejayaannya mendapat kepujian kelas pertama peringkat Sarjana Bioteknologi dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Beliau memberitahu, inisiatif tersebut serta insentif RM1,000 yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri membakar semangat beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) kelak.

"Saya rasa bersyukur kerana mula daripada pinjaman dan telah ditukarkan kepada biasiswa.

"Rasa cukup menghargai usaha Kerajaan Negeri, tak jangka dapat insentif daripada Kerajaan Negeri untuk mahasiswa dan mahasiswi," ujar Nurain, sambil menyatakan hasrat untuk kembali berkhidmat ke negeri ini selepas tamat pengajian kelak.

Pengiktirafan MQA bukti PIDC bermutu - Guan Eng

KETUA Menteri menyempurnakan majlis pecah tanah bagi bangunan baru PIDC, sambil diperhatikan oleh pemimpin negeri serta barisan pentadbiran kolej swasta tersebut di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN DALAM - Kolej Pergigian Antarabangsa Pulau Pinang (PIDC) bukan sahaja diiktiraf sebagai kolej pergigian swasta pertama di dalam negara yang diberi akreditasi penuh lima tahun oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), malah, yang pertama akan diberi kedudukan lima bintang oleh Kementerian Pendidikan di bawah program My Quest.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada pihak pentadbir PIDC, di bawah pimpinan Pengarah Urusannya, Datuk Dr. S. Sharavanan atas pengiktirafan tersebut.

Kejayaan itu, katanya lagi, diharap akan turut menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini, kelak.

"Komitmen serta dedikasi pihak pengurusan serta kakitangan akademik dalam memastikan graduan dari institusi ini adalah mereka yang mempunyai standard tinggi.

"Pulau Pinang memang menjadi tempat yang menarik untuk pelabur yang boleh dipercayai seperti ini.

"Dengan keluasan lantai kira-kira 170, 000 kaki persegi, premis baru itu akan menjadi mercu tanda baru dan pasti akan memberi manfaat kepada rakyat di kawasan Parlimen saya dari Bagan, " ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis pecah tanah dan pembinaan bangunan baru PIDC, yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM55 juta.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap ADUN Perai, Prof. P. Ramasamy dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, A. Thanasekharan turut hadir pada majlis tersebut.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PIDC, Datin Kamatchi Sharavanan, Prof. Dr. Sabarinathan (Dekan PIDC), dan beberapa pentadbir kolej swasta tersebut.

Guan Eng memberitahu, bangunan yang bakal dibina itu akan menyediakan 200 kerusi pergigian, sebuah jabatan dianogsis serta dewan bedah oral.

Itu, katanya lagi, tidak termasuk, infrastruktur tambahan untuk bahagian pentadbiran, sebuah kompleks auditorium, bilik penyelidikan, makmal serta bilik kuliah.

Direkodkan, kira-kira 224 doktor muda yang graduan daripada PIDC kini mendapat pekerjaan dalam perkhidmatan awam, dan sebahagian bersar mereka turut mengendali klinik swasta selepas tamat tempoh perkhidmatan wajib berwajib.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus