Oleh:
ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE
TOWN - Dua Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 14 November depan
untuk sebutan semula kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri
Delima, R.S.N. Rayer yang didakwa menghasut, sementara menunggu satu
cabaran berasingan ke atas penguatkuasaan Akta Hasutan 1948 di
ibunegara.
Hakim
Mahkamah Sesyen, Zaharah Hussain membuat ketetapan tersebut pada 17
Oktober lepas, sejurus peguambela Gobind Singh Deo secara lisan
memohon kes tersebut disebut semula.
Permohonan
lisan itu turut tidak mendapat bantahan daripada Timbalan Pendakwa
Raya, Siti Fatimah Tallib.
Hakim
Mahkamah Sesyen, Zulhazmi Abdullah dalam kamar berasingan turut
menetapkan tarik sebutan semula kes pada 14 November, selepas
permohonan serupa dilakukan oleh Gobind, yang juga Ahli Parlimen
Puchong.
Kenyataan
'Umno Celaka' yang disebut oleh Rayer semasa persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada 20 Mei lepas
seakan tidak kebal apabila beliau didakwa di Mahkamah.
Terdahulu,
keputusan Pejabat Peguam Negara (AG) pada 27 Ogos lepas mendakwa
Rayer isu 'Umno Celaka' dalam dua kamar mahkamah menggamit kejuta
banyak pihak, termasuk Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng.
Sebelum
itu, pendengaran
kes Rayer ini yang sepatutnya dilangsungkan pada 16 Jun lepas turut
ditangguhkan kerana pejabat AG didakwa gagal menyediakan kertas
pendakwaan berwajib pada hari pendengaran kes.
Pun
begitu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail sehari sebelum itu
ada dilaporkan mengesahkan bahawa Rayer akan didakwa di Mahkmah
Tinggi George Town.
Ketetapan
bersejarah tersebut menggamit pelbagai reaksi di kalangan khalayak,
antaranya, sebutan mana-mana wakil rakyat sama ada di dalam DUN atau
Parlimen sepatutnya kebal dari pendakwaan di Mahkamah.
Bagaimanapun,
Abdul Ghani tidak pula memberikan ulasan yang jelas mengenai status
insiden sekumpulan penyokong Umno bertindak menceroboh DUN Pulau
Pinang sambil menggambarkan Rayer menyebut 'Melayu Celaka'.
Walhal,
Rayer nyata dan jelas menyebut bahawa penyokong serta pemimpin Umno
yang menyemerakkan api perkauman di negeri ini sebagai 'Umno Celaka'.
Lantas,
satu usul dipersetujui DUN Pulau Pinang pada hari kejadian, yang
mengarahkan Polis serta pihak berkuasa berwajib mengambil tindakan
tegas kepada pihak penceroboh terbabit.
Keesokan
hari ini, satu lagi usul dipersetujui DUN Pulau Pinang, mengarahkan
mereka dibicarakan di Mahkamah, serta menerima hukuman yang keras
jika didapati bersalah.
Guan
Eng dalam kenyataannya semasa ini turut mengsyorkan Pejabat Peguam
Negera mengenakan hukuman keras, hatta, penjara seumur hidup.
Ini
kerana, katanya, tindakan mereka menceroboh DUN Pulau Pinang boleh
dianggap melawan Yang Di-Pertuan Negeri serta mencemar kemuliaan
dewan, sebagaimana ditakrifkan daripada Perlembagaan Negeri.
Bagaimanapun,
Pejabat Peguam Negeri akhirnya membuka satu lagi kertas siasatan
berhubung ceramah politik Rayer pada 22 Mei, dipercayai sebagai
'Pelan B' jika kes pertama gugur atas hujah ucapan Rayer
dilangsungkan dalam DUN Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment