18 September 2013

Hadi arah kukuhkan Pas, PR uji wala' pro ulamak

PAS akan terus mengukuhkan kerjasama politik (tahalluf siyasi) dengan PKR dan DAP sungguhpun Ketua Ulamaknya, Datuk Harun Taib memberi isyarat supaya Pas mengkaji kedudukan parti masa depan itu bersama Pakatan Rakyat (PR).

Presidennya, Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, sistem dua parti menuntut Pas mengkaji kaedah untuk mengukuhkan sokongan rakyat terhadap parti massa depan tersebut serta PR.

"Sehingga kini, kita teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN.

"Tiada sebab untuk Pas mengkaji semula tahaaluf siyaasi ini," katanya di Kuala Lumpur, semalam, dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat, khususnya dengan PKR.

Resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia minggu lalu antara lain mencadangkan supaya tahaaluf siyaasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya PKR disemak semula.

Resolusi itu turut menegaskan, semakan semula hendaklah dilaksanakan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas Pusat melalui kuasa yang ada bagi menjaga maslahah serta membendung dan menghalang mafsadah syariah.

Mengulas sama ada Pas bersedia untuk mengkaji semula tahaaluf siyaasi kerana kononnya menjadi sebab kemerosotan undi terhadap Pas pada PRU13 yang lalu, beliau bagaimanapun menafikannya.

Tambah Ahli Parlimen Marang itu, jika kemerosotan undi dijadikan penanda aras kekuatan sesebuah parti, BN lebih mengalami kemerosotan undi pada pilihan raya umum lalu.

"Tahaaluf siyaasi bukan penyebabnya. Pas dapat meningkatkan undi di Selangor. Dari tiga exco kepada empat exco dan dari lapan kerusi kepada 15 kerusi.

"Begitu juga di Terengganu. Kita juga dapat tambah kerusi di Melaka, juga Johor," katanya.

Tambah beliau, kalau nak tengok undi merosot, BN lagi merosot undinya di Terengganu, Selangor dan Johor.

Perkembangan terbaru itu, sekaligus, menguji kesetiaan (wala') Ketua Pemuda Pas Malaysia, Nasruddin Hasan At-Tantawi (Ahli Parlimen Temerloh) serta seangkatannya yang sebelum ini dilihat dingin dengan PR.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus