08 June 2016

Adu kilang lepas gas tercemar tak relevan, respons Exco Alam Sekitar

PHEE Boon Poh 

GEORGE TOWN – Aduan satu pihak mengenai Kilang Ruspert Eco Coationg Sdn. Bhd. di Jalan Bukit Minyak dekat Bukit Mertajam melepaskan gas sehingga menjejeskan kualiti udara serta kesihatan beliau serumah adalah tidak relevan.

Exco Kebajikan & Alam Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata demikian berdasarkan keputusan mesyuarat yang dipengerusi oleh beliau sendiri pada 15 Mac lalu.

"Pelepasan gas oleh kilang Ruspert Eco Coating Sdn. Bhd. dekat Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam adalah mematuhi tahap yang ditetapkan di bawah Peraturan 13, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

"Ini, adalah hasil daripada pemantauan dan siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang (JASPP) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), yang sudah memastikan bahawa semua aspek berkaitan berada di bawah paras yang dibenarkan," jelas Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu di sini baru-baru ini.

Pun begitu, Boon Poh berkata pengadu diberi masa selama 14 hari untuk melantik orang yang kompeten (OYK) untuk menjalankan ujian secara terperinci, demi memberikan pandangan kedua berhubung isu berbangkit tersebut.

“Sekiranya beliau masih tidak berpuas hati, beliau (pengadu) boleh melakukan kajian sendiri.

"Tetapi, perunding yang dilantik mestilah di kalangan mereka yang bertauliah,” ujar beliau, sambil memberitahu bahawa pihaknya memandang serius mengenai isu pencemaran udara akibat sisa buangan toksik.

Katanya lagi, pengadu juga sebenarnya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya beliau masih berpendapat bahawa kualiti udara di sekitar rumahnya mengandungi toksik, sepertimana didakwa sebelum ini.

“Tapi setiap kali kami menjemputnya (pengadu) ketika mesyuarat, dia (pengadu) tidak hadirkan diri,” ujar Booh Poh.

Sidang media tersebut turut disertai wakil MPSP, JASPP, DOSH, Biro Pengaduan Awam serta wakil Ruspert Eco Coating Sdn. Bhd. sendiri.

Difahamkan, pengadu pada 11 Mac 2015 serta 26 Mac tahun sama ada membuat aduan berwajib di JASPP, sambil menggesa jabatan kerajaan terbabit segera membuat siasatan lanjut.

27 Januari lalu, semua pihak terbabit menghadiri mesyuarat susulan yang dipengerusikan oleh Boon Poh sendiri, tanpa kehadiran pengadu berkenaan sahaja.

Dituduh anti Islam, tapi pentadbiran Guan Eng sumbang RM15 juta perbesar SAR Al-Itqan



Zainulfaqar Yaacob 
8 Jun 2016 | 1.21 petang

GEORGE TOWN - Pentadbiran Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang digambarkan anti Islam oleh pemimpin tertentu PAS belakangan ini pada petang tadi mengumumkan pemberian sumbangan sebanyak RM15 juta, untuk pembesaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Itqan dekat Teluk Kumbar.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dalam kenyataannya memberitahu pemberian sumbangan tersebut membuktikan Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini senantiasa berusaha memartabatkan Islam serta kedudukan umat di negeri ini.

Sidang media itu turut disertai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan) dan Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti) serta Dato' Maktar Shapee (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang)

BERITA LANJUT MENYUSUL KEMUDIAN

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus