08 January 2014

P.Pinang abai syor Putrajaya naik cukai pintu, pilih jimat sumber PBT

SYOR Putrajaya menaikkan kadar cukai pintu bermula pada tahun ini sekali lagi diabaikan kerana pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng tidak mahu menambah beban kos kenaikan sara hidup rakyat.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh bagaimanapun berkata, rakyat mesti bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mengurus sumber pendapatan yang sedia ada jika mahu Kerajaan Negeri menangguhkan kenaikan cukai pintu dalam lima tahun ini.

Ini kerana, katanya, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri berjaya menjimatkan RM4,198, 556 sahaja daripada kos bayaran pelupusan sisa sampah bagi tahun lepas, sedangkan baki defisit yang ditanggung kira-kira RM27 juta.

Difahamkan, MPSP era Barisan Nasional dulu didakwa mengamalkan pembaziran, penyelewengan serta menangung hutang tertunggak selama tujuh tahun berturut-turut berjumlah RM230 juta, sebelum dihidupkan semula oleh Kerajaan Negeri hari ini bermula pada tahun 2008.

"MPSP (dianggarkan) boleh memperoleh RM27 juta jika menaikkan cukai pintu sebanyak 15 peratus ini, tetapi, kita tangguhkan dulu.

"Kutipan cukai pintu adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan MPSP, tetapi, ditangguh kenaikan cukai pintu ini kerana kita berjaya menjimatkan lebih RM4.1 juta yang sepatutnya MPSP bayar (kepada pihak pengurusan) di Pusat Pelupusan Sampah Pulau Burung.

"Rakyat mesti sepenuhnya bekerjasama dengan MPSP dan MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) bagi menjayakan program kitar semula dan mengurangkan penjanaan sisa pekerjaan   jika mahu mengelak kenaikan cukai pintu ini," ujar Boon Poh petang tadi pada satu sidang media selepas merasmikan pelancaran Anugerah Komuniti Mampan 2014.

Yang di-Petua MPSP, Maimunah Mohd.Sharif, Rozali Mohamod (Setiausaha MPSP), Tan Cheong Eng (Ahli Majlis MPSP) turut hadir pada sidang media di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda, Seberang Jaya.

Hadir sama, Pemangku Pengarah Bahagian Sumber Manusia bagi Syarikat Flextronics Technology (Penang) Sdn. Bhd.

Sementara itu, Maimunah berkata, MPSP boleh menjimatkan lebih banyak sumber pendapatan yang sedia ada jika sasaran mengurangkan kekerapan kutipan sampah di sekitar Seberang Perai daripada tiga kali seminggu pada sekali seminggu berjaya dalam tahun ini.

"Anggap sampah sebagai sumber (melalui program kitar semula.

"Pendekatan bersepadu dalam menguruskan sumber di mana semua pihak perlu bersama-sama terlibat untuk menjayakan konsep ini, (iaitu) mengurangkan pelaksanaan sisa pepejal dan kekerapan kutipan sampah," ujar Maimunah.

Kali pertama pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan mengabaikan syor menilai serta menaikkan cukai pintu pada tahun 2008, iaitu selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus