12 August 2014

Siapa kata ADUN PAS tidak mahu Azizah, soal Dr Rani

AHLi Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Abdul Rani Osman menafikan wakil rakyat PAS menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor baharu.

"Siapa kata PAS tidak mahu wanita jadi pemimpin?

"Kalau kita tidak mahu, kenapa kita letak (exco) Dr Halimah dan (Ahli Parlimen Kota Raja) Dr Mariah? Itu bukan masalah," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan SUK di Shah Alam, hari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu dan mahu PKR menamakan calon lain.

Pertemuan Hadi dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Terengganu semalam juga dikatakan menemui jalan buntu apabila enggan berganjak dengan pendiriannya sebelum ini yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar.

Sementara itu, Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor mengingatkan kejayaan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor bukan hasil usaha PAS saja, tetapi bersama-sama dengan DAP dan PKR di bawah Pakatan Rakyat (PR).

"Secara peribadinya saya tidak mahu PAS keluar Pakatan. Kita akan ikut keputusan (PAS Pusat) tapi tidak mahu berpecah," katanya.

Ditanya pendiriannya mengenai krisis kedudukan menteri besar Selangor, Rani enggan memberikan sebarang komen.

"Saya bukan pesuruhjaya lagi tetapi ada dapat surat 'gag order' tunggu sehingga 17 Ogos nanti," katanya. – 12 Ogos, 2014, berita oleh Jamilah Kamarudin

[Youtube] Terbuka jika tak mahu ketinggalan sekali lagi, nasihat Husam di Muktamar 2009

IKUTi ucapan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa semasa menggulung perbahasan ucaptama dasar 'Islam Memimpin Perubahan' dalam Muktamar PAS Ke-55 di Shah Alam, pada 7 Jun 2009.



Yuran Sisa Industri demi kelestarian P.Pinang - Kon Yeow

CHOW Kon Yeow (kiri banti), Phee Boon Poh (dua dari kiri banting), Maimunah Mohd. Sharif (kanan banting) serta tetamu MPSP lain pada majlis perasmian Forum Pengeluaran Ke Arah Kelestarian 2014 di sini, pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, dasar Yuran Sisa Perindustrian akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun depan di negeri ini, demi kelestarian bumi dan generasi akan datang.

Bagaimanapun, katanya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandraan Seberang Perai (MPSP) akan mengadakan majlis interasi dengan pengusaha kilang-kilang mulai bulan Ogos ini untuk mendapatkan maklum balas mengenai insiatif terbaru Kerajaan Negeri.

"Saya ingin meyakinkan pengusaha industri bahawa bukan tujuan kita (Kerajaan Negeri) untuk hukum (mengenakan yuran) atas sisa yang dijanakan, tetapi, kita akan buat 'cari padan' supaya sisa industri ini boleh (dikitar semula) menjadi sumber (pendapatan).

"Sebagai contoh, jika sisa industri dari kilang A boleh diproses menjadi sumber (pendapatan) di kilang B, cukuplah dibuat 'cari padan', serta tak perlu membayar (Yuran Sisa Industri) untuk sisa-sisa ini dibawa ke (Pusat Pelupusan Sisa Pepejal) Pulau Burung," jelas Kon Yeow semasa merasmikan Seminar Pengeluaran Ke Arah Kelestarian 2014 di Kompleks Ibupejabat MPSP di sini, pagi tadi.

Yang di-Pertua Majlis MPSP, Maimunah Mohd. Sharif dan Wong Chee Keet (Ahli Majlis bagi MPSP merangkap Pengerusi Pasukan Promosi Industri Hijau - LA 21 MPSP) turut berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha MPSP) serta beberapa Ahli Majlis MPSP.

Sebelum itu, Maimunah menjelaskan bahawa 46 peratus sisa pepejal yang dihasilkan di Seberang Perai adalah sisa industri, iaitu sebanyak 98,304.32 tan yang menelan kos perbelanjaan RM1,985,747.64.

Berdasarkan angka itu, katanya lagi, MPSP pada tahun ini mensasarkan pengurangan penjanaan sisa pepejal sebanyak 5 peratus atau 21,392.46 tan, yang menjimatkan kira-kira RM432,127.692 bayaran tip berwajib.

"Takkanlah MPSP berbelanja dananya untuk menguruskan sisa industri ini, tentu akan dipersoal oleh pelanggan kelak.

"Justeru, dasar (Yuran Sisa Industri) sebenarnya bukan sahaja pemangkin pada mewujudkan hub industri hijau di Seberang Perai, malah, kita (MPSP) boleh menjimatkan sumber pendapatan dari cukai dan lain-lain untuk projek pembangunan lain demi memenuhi mutu pelanggan," jelas Maimunah dalam ucapannya.

Difahamkan, Flextronic, DELL, Unipipes dan Guppy Plastic Industri Sdn. Bhd. (Guppy) merupakan antara industri yang melaksanakan projek kitar semula bersama-sama MPSP, dengan mewujudkan pusat pengkomposan sisa industri di kilang masing-masing.

Makanala, Sony Malaysia Sdn. Bhd., Mondelez dan Guppy turut melaksanakan kempen Sifar Industri di kilang masing-masing.

Sehingga Jun tahun ini, 113 kilang direkodkan melaksanakan aktiviti kitar semula, sebagaimana dikempen oleh MPSP.

"Pemantauan kualiti air yang dihasilkan oleh kilang-kilang juga turut dilaksanakan.

"Terdapat 50 buah stesen yang diwujudkan dimana pemantauan akan diadakan setiap 4 bulan.

"Malangnya masih terdapat 17 buah kilang yang tidak mengikut kriteria yang ditetapkan dan perkara ini telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya," jelas Maimunah.

Kira-kira 100 peserta dan mahasiswa menyertai seminar pendidikan 'industri hijau'.

Ketua Setiausaha International Green Purchasing Network (IGPN) Augustine Koh, Insyirah Abdul Rahim (wakil Universiti Sains Malaysia, USM), Koor Hung Teik (Penasihat Bebas Alam Sekitar kepada Boon Poh), S. Sivasubramanium (wakil Mondelez Malaysia Sdn. Bhd.),  C.K. Tan (Nation Gates Solution Sdn. Bhd.) dan Sim Lee (Pekar Solar Sdn. Bhd.) merupakan antara tetamu yang menyertai forum tersebut.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus