Skip to main content

Posts

Showing posts from August 21, 2017

Projek perintis tebatan banjir SPS bawa pulangan hasil korek tanah Sungai RM230,000 - Kon Yeow

CHOW Kon Yeow (tengah) saling berbincang dengan Law Choo Kiang (empat dari kiri) mengenai projek perintis tebatan banjir tiga sungai di sini pada lagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BUKIT TAMBUN - Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow memberitahu Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang memperuntukkan RM1.093 juta untuk projek memperdalam dan membaiki Sungai Junjung, Sungai Duri dan Sungai Jawi.
Katanya lagi, ini mungkin projek perintis untuk Kerajaan Negeri mendapatkan pulangan hasil royalti daripada kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja pengorekan pasir sungai.
"Sebelum ini, bagi pelaksanaan kerja pengorekan pasir, selain sungai dapat didalamkan, Kerajaan Negeri tidak mendapat apa-apa hasil.
"Melalui Projek Perintis ini, Kerajaan Negeri akan mendapat hasil melalui bayaran royalti setelah kontraktor mendapat kelulusan Permit 4B (Lesen Pendudukan Sementara), dan permit yang disatukan di bawah Bab 3 Kanun Tanah Negara 1965, di man…