24 April 2015

Ayah Adam Adli kemalangan, kebumi di tanah kubur Masjid Jami'ul Badawi Kepala Batas selepas Jumaat


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Halim Hamid, 54, iaitu ayah kepada ikon anak muda Adam Ali baru meninggal dunia 7.15 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.

Menurut Adam, ayahnya yang menunggang motosikal terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Lahar Kepar dekat Penaga, Maghrib semalam.

"Saya datang untuk urus jenayah ayah saya dahulu dan saya tidak tahu kereta mana langgar ayah saya.

"Selepas lebih 12 jam koma di Hospital Kepala Batas dan akhirnya dihantar ke sini (Hospital Seberang Jaya) dan denyut jantungnya berhenti di sini," ujar Adam kepada wartawan di sini pagi ini.

Pengerusi PasMa Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim, Johari Omar (Timbalan Penaga Care), Pak Jab Samat (Timbalan Pengerusi PKR Cabang Bukit Mertajam) dan Ustaz Muhasdi Muhamad (Pegawai Penyelaras KADUN Pinang Tunggal).

Salurkan bantuan melalui akaun bank CiMB 7055201814 atas nama Adli Adli.

Abdul Halim merupakan antara ikon aktivis yang penting dalam semua gerakan rakyat menentang rejim Umno BN di seluruh negara.


Boikot Pmtg. Pauh bukan fatwa tapi pandangan peribadi, kata ulamak


Oleh: MOHD. SABRI SAID

PERMATANG PAUH, 23 April: Seorang tokoh agamawan , Ustaz Sobri Arshad menganggap istilah fatwa mengharamkan pengundi mengundi calon menolak Hudud hanya pandangan peribadi.

Tambahnya, sesuatu fatwa tidak boleh dikeluarkan oleh mana-mana pihak kecuali Ahli Majlis Fatwa diperingkat negeri manakala di peringkat pusat ianya dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Saya yakin Al Fadhil Ustaz Badrul Abdul Rahman tidak berkata ianya fatwa. Ianya hanyalah kenyataan akhbar tetapi ditafsirkan oleh akhbar sinar sebagai 'Fatwa' yang mengharamkan masyarakat Islam mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS II) yang ingin dibawa PAS ke parlimen oleh Presidenya sendiri sebagai haram untuk diundi pada Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei depan, " tegasnya ketika berdialog santai di sebuah kedai kopi di Kampung Petani,Bukit Mertajam petang tadi.

Menurut beliau , kesilapan besar sekiranya ada yang beranggapan ianya fatwa ekoran tindakan memboikot PKR oleh jentera PAS terutamanya Dewan Pemuda Negeri  bersama PAS Kawasan Permatang Pauh sepertimana yang diputusksn dalam mesyuarat agung PAS Kawasan berkenaan baru-baru ini.

Ustaz Sobri berkata, menjadi kewajipan pengundi Permatang Pauh mengundi siapa jua calon yang diputuskakn oleh PKR sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat.

Mengundi mereka yang meminta penangguhan Hudud tidak sama dengan parti yang bertindak zalim menentang Islam.

"Kaedahnya mudah sahaja PAS Pusat telah keluarkan kenyataan rasmi untuk kita membantu PKR maka ahli kena hormati dan bekerjasama demi perkukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat, " tegasnya.

Sepatutnya, sebagai ahli yang telah menjalani konsep pentarbiyahan lebih dari parti lain harus berhati-hati dengan media yang sentiasa menanti apa kesalahan percakapan.

Media terangnya yang juga bekas calon Parlimen Kepala Batas pada PRU ke 13 menambah, menjadi tanggungjawab semua Ahli PAS, PKR dan DAP bersatu tenaga melawan kezaliman Umno dan Barisan Nasional (BN).

Hadir sama dalam majlis santai di kedai kopi tersebut ialah Pengasas Yayasan  An Nadhoh,  Penanti, Bukit Mertajam, Ustaz Mutalib Maarof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti, Dr Norlela Ariffin.


Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus