01 October 2014

Bila UG @ Umno Gabungan nak jerit isu harga minyak naik?

HARGA petrol RON95 dan diesel naik 20 sen/liter mulai tengah malam ini.

Harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM2.30 manakala diesel RM2.20.

Dimana pemuja-pemuja Umno yang selalu melaungkan Umno pembela nasib rakyat?

Wujudkah pembelaan kepada bangsa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu..?

Suara Geng UG di dalam Pas (Nik Abduh, Nasrudin Tantawi, Zaharudin Mohamad @ Din Ayam, Khairudin At-Takiri dan Mokhtar Senik) tidak mahu menghentam Umnokah di dalam media arus perdana sebagaimana kamu semua menghentam rakan dalam parti sendiri dan Pakatan Rakyat?

Cuba keluarkan kenyataan...Ada berani ka?

Nik Abduh dan Nasrudin Tantawi ada berani berhujah habis-habisan di dalam Parlimen untuk membela rakyat kerana kenaikan harga minyak?

Dayus benar jika hanya berani menghentam rakan sendiri di dalam parti dan PR dan dalam masa yang sama menikus takut berhadapan dengan regim Umno.

LOL?

[Youtube] Nasihat Presiden PAS punca anak muda LENSA terima ancaman gangster



ULASAN FAQAR
Tak memerintah Malaysia lagi pun, anak muda seperti Safwan Anang sudah menerima ancaman gara-gara nekadnya mahu menasihat Presiden PAS.

Bayangkan apabila puak Kerajaan Perpaduan ini memerintah Malaysia.

Saya masih ingat bagaimana layanan pemuda PAS Kedah terhadap beberapa aktivis mahasiswa yang berani menasihat kepemimpinan Kerajaan Negeri Kedah sebelum PRU13 lepas.

Atas nama tarbiah kononnya, sehingga kini macam-macam gelaran diberikan kepada rakyat Malaysia yang mempertikai cara pentadbiran Tuan Guru Abdul Hadi Awang, antaranya, barua, broker, AiDS Haraki, pengkhianat, munafik dll.

Betullah kata seorang kawan, "Kerana puak UG tak ada kuasa macam polis lagi, sebab itu dia guna Islamic Security Act (ISA) dengan menggelarkan macam-macam gelaran kepada rakyat Malaysia yang tidak sependapat dengan mereka..."

Setuju?

ADUN Paya Terubong gesa segera tangani banjir lumpur

SEBUAH jentolak kelihatan sedang giat menolak lumpur di bahagian belakang pangsapuri Taman Terubong Jaya di sini baru-baru ini.
Sebuah kereta di tapak parkir belakang pangsapuri Taman Terubong Jaya berhampiran kawasan lereng bukit turut rosak akibat banjir lumpur di sini baru-baru ini.
SEPASUKAN pekerja am MPPP sedang giat melakukan kerja-kerja pembersihan sejurus reda bencana banjir lumpur di sini baru-baru ini.
YEOH Soon Hin (kiri) menerima maklum balas daripada dua mangsa banjir lumpur di sini baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


PAYA TERUBONG - Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Paya Terubong, Yeoh Soon Hin berkata, banjir lumpur yang melanda Taman Terubung Jaya baru-baru ini sebenarnya adalah bencana alam, bukanlah berpunca oleh tiada sistem perparitan baik di kawasan projek perumahan lereng bukit terbengkalai Majestic Height seperti digambarkan oleh pihak tertentu.di sini. 

Pun begitu, beliau semasa melawat kawasan kejadian meminta suatu jawatankuasa penyelesaian membabitkan semua pihak berwajib ditubuhkan, selain, meminta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) segera melakukan kerja-kerja pembersihan di sini.

“Ini adalah bencana alam, bukan berpunca oleh projek terbengkalai di Majestic Height atau disebabkan cadangan Kerajaan Negeri untuk membina jalan berkembar Jalan Paya Terubung (dari Lebuhraya Thean Tek dekat Bandar Baru Ayer Itam) ke Lebuh Bukit Jambul (dekat Relau).

“Saya telah meminta MPPP menjalankan kerja-kerja pembersihan dan memikirkan cadangan supaya banjir lumpur seumpama ini tidak berulang lagi,” ujar Soon Hin kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Menurut Soon Hin, “Datuk Ong” selaku wakil PLB Land Sdn. Bhd. turut hadir, sambil menyatakan komitmen untuk bersama-sama membantu Kerajaan Negeri mendepani masalah bencana alam di sini.

Difahamkan, PLB Land merupakan kontraktor yang dipilih oleh Kerajaan Negeri untuk menyiapkan projek perumahan Majestic Height, yang terbengkalai sejak era pentabdiran Barisan Nasional dulu.

PLB juga merupakan pemaju yang bertanggungjawab membina jalan raya berkembar, yang bernilai RM300 juta, demi menangani masalah kesesakan trafik di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, Penolong Pegawai Kesihatan Awam MPPP, Ismail Osman dilaporkan berkata, tanah runtuh kali ini merupakan bencana alam kali ketiga sejak tahun lepas.

“Kemungkinan ia berlaku lagi adalah tinggi,” respons beliau, dipetik dari satu akhbar arus perdana.

Seorang penduduk, Datuk T. Sabapathee, dalam lingkungan 70-an, dilaporkan berkata, tanah runtuh itu berlaku pada kira-kira 4.00 petang hari kejadian, selepas hujan berpanjangan  menimpa cerun bukit Bukit Kukus di belakang tiga blok pangsapuri di sini.

"Nasib baik, tidak ada orang yang cedera dalam kejadian itu," katanya kepada sumber sama di tempat kejadian.

Tiga blok di Sbrg. Jaya siap dicat semula, tapi...

SALAH satu blok dekat Bandar Seberang Jaya kelihatan indah selepas siap dicat semula menggunakan peruntukan PDC dan ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri (tiga dari kiri) diiringi Dr. Afif Bahardin (dua dari kiri), Jagdeep Singh Deo (paling kanan) dan Rosli Jaafar (paling kiri) menyerahkan replika akuan siap projek pengecat semula tiga flat dekat Bandar Seberang Jaya kepada dua wakil penduduk di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB



SEBERANG JAYA - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, tiga blok lima tingkat rumah flat kos rendah dekat Bandar Seberang Jaya yang baru siap dicat semula lengkap menelan belanja RM177,000, manakala, kos kerja-kerja penyelenggaraan pula berjumlah RM110,133.

"Amaun 80 peratus yang ditanggung oleh PDC merupakan tanggungjawab sosio korporat (CSR), manakala, YB Dr. Afif Bahardian (Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya) telah sudi menanggung baki 20 peratus kos.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dr. Afif bagi pihak MC (Perbadanan Pengurusan) atas peruntukan beliau ini," ujar Guan Eng pada satu ujarnya pada Majlis Penyerahan Rasmi Penyiapan Kerja Pengecatan Semula 3-Point Blok (A1, A2, A3) Bandar Seberang Jaya di sini baru-baru ini. di sini baru-baru ini.

Selain Dr. Afif yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan) turut berucap pada majlis itu.

Hadir sama, Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar dan Datuk Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP).

Menurut Guan Eng, kerja-kerja mengecat semula tiga flat tersebut dilakukan oleh PDC Nusabina Sdn. Bhd..

Manakala, kerja-kerja pembaikan berwajib pula meliputi kerosakan kritikal seperti penggantian paip air hujan, pembuangan tumbuhan sedia ada dan kerja lapis air (waterproofing).

TIADA penyelenggaraan dan baik pulih berwajib pada salah satu unit rumah di sini mengakibatkan air tinja terus meleleh turun hingga mengotorkan dinding flat yang baru dicat serta lantai di sini.

Tinjauan fotojurnalis di sini mendapati masih banyak lagi kerosakan kritikal seakan langsung tidak dibaiki, sungguhpun, kerja-kerja mengecat semula flat di sini dilihat siap sepenuhnya.

S. SARASVATHY (kiri) dan adiknya, S. Nagajothy (kiri).
Salah seorang pemilik unit rumah kos rendah, S. Sarasvathy, 50, yang ditemui kemudia mendakwa, tiada penyelenggaraan berwajib mengakibatkan flat di sini seakan terus menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes, biawak serta tikus.

"Cukup bahaya di sini dengan tiada lampu koridor, paip air dan pembentong pecah hingga banyak kawasan air bertakung...biawak, nyamuk dan tikus banyak terutama pada sebelah malam.

"Dari 60 unit rumah (di bloknya), 12 pemilik sahaja yang membayar (yuran penyelenggaraan) RM20 tiap-tiap bulan kerana yang lain rata-rata menyewa kononnya.

"MC di sini sekarang ini tak jalankan lagi kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan (dengan menggunakan) guna alasan ini (penduduk tak bayar yuran penyelenggaraan), walaupun orang macam saya bayar," ujar Sarasvathy.

Tambah Sarasvathy, adiknya, S.Nagajothy, 34, merupakan orang kurang upaya (OKU) yang mengidap sakit buah pinggang seringkali demam-demam disebabkan suasana persekitaran yang kurang bersih dan sihat.

"Adik selalu demam kerana persekitaraan yang tidak bersih...kami boleh membersihkan rumah kami, tetapi kawasan persekitaran tidak boleh kekal bersih kerana tiada kerjasama penduduk dan kerja-kerja penyelenggaraan MC di sini," jelas Sarasvathy lagi.

AISHAH Fazilah Ismail.
Keluhan serupa turut diluahkan oleh Aishah Fazilah Ismail, 37.

"Macam saya yang menyewa di sini, tuan rumah bayar yuran penyelenggaraan, tetapi, kawasan sekeliling kotor serupa dulu kerana tiada kerja-kerja pembersihan di sini.

"Macam rumah saya, (lantainya) agak tinggi, tetapi, rumah jiran di sebelah seringkali dimasuki air kerana paip air pecah tidak pernah dibaiki walaupun flat kami cantik selepas dicat semula," jelas Aishah Fazilah.

Ketiga-tiga respondan merayu agar pihak berwajib segera menyelesaikan masalah berbangkit di sini.

Dr. Afif dalam reaksi spontan menjelaskan bahawa kesemua kerosakan kritikal yang baru dibaiki sebenarnya telahpun dirosakkan dua hari kemudiaan, akibat aktiviti vendalisme dan kecurian pihak tidak bertanggungjawab.

Jelas beliau lagi, MC tidak dapat melaksanakan kerja-kerja pembersihan kerana rata-rata penduduk di situ gagal membayar yuran penyelenggaraan mengikut jadual.

"Kita akan baiki balik secepat mungkin semua kerosakan krtikal, dan mencari jalan agar MC boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan seperti biasa selepas proses bayaran yuran dibuat oleh penduduk," - respons Dr. Afif semasa dihubungi kemudian.

Pada Jun tahun lepas, Jagdeep serta Dr. Afif sendiri turut meninjau ketiga-tiga rumah pangsa kos rendah di sini.

Hasil lawatan itu, Jagdeep mengarahkan supaya semua kerosakan kritikal segera dipulihara, selain, syor mengecat semula bangunan tersebut.

Mohd. Radzi Awang, wakil Pesuruhjaya Bangunan MPSP diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah berbangkit, iaitu kesemua flat di sini sejak 28 tahun lepas masih belum mendapatkan sijil layak menduduki (OC).

Menurut Jagdeep, perkara berbangkit tersebut perlu segera diselesaikan untuk mendapatkan peruntukan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M).

Pun begitu, kerja-kerja penyelenggaran serta mengecat semula ketiga-tiga flat tersebut kini ditanggung secara bersama oleh PDC dan Dr. Afif Bahardin.

Tiga blok lima tingkat yang keseluruhannya terdiri oleh 180 unit rumah dibina pada tahun 1981.

Kali terakhir kerja-kerja mengecat semula tiga blok berkenaan dilakukan pada tahun 1992.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus