18 March 2012

'Pelbagai bangsa' punca Umno-Perkasa batal provokasi Hari Wanita!

Dua buah van Umno yang dipercayai dari Balik Pulau diiringi oleh beberapa motorsikal peronda polis.

Dua buah kereta yang dipercayai "macai" Perkasa turut diiringi keluarga dari perkarangan Padang Kota.

"Mereka tak jadi provokasi, pukul wartawan dan takut-takutkan rakyat kerana orang awam yang hadir (terdiri oleh) pelbagai bangsa.

"Rata-rata Melayu dengan baju T 'Asalkan Bukan Umno," kata Rozaimin Elias (bertopi, tengah).

Berita lanjut menyusul kemudian.

Hari Wanita P.Pinang aman tanpa provokasi Umno, Perkasa

Kira-kira 300 rakyat Pulau Pinang pelbagai gender petang ini meraikan Hari Wanita di Padang Kota dekat George Town tanpa provokasi liar pemuda Umno dan Perkasa.

Rata-rata mereka memakai baju T serba unggu sambil melaungkan slogan "Wanita Suara Perubahan".

Itu, tidak termasuk penyertaan lebih 50 Pasukan Peronda Sukarela yang berpakaian jaket unggu.

Himpunan itu dianjurkan oleh NGO Persatuan Untuk Tadbir Urus dan Kesaksamaan Gender (3Gs).

Exco Pembangunan Wanita Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ong Kook Fooi dan Ng Wai Aik (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang) antara pemimpin utama yang hadir.

Turut hadir, wakil Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang, Cik Anisah. Exco Pemuda PAS Pulau Pinang, Dzulfahmi Abu Bakar turut hadir.

Mahasiswi DEMA USM paling menonjol dalam perayaan feminisme itu.

Kook Fooi ketika berucap menyeru rakyat, khususnya wanita menjadi agen perubahan dengan menolak politik rasuah Umno Barisan Nasional.

"Kami nak menghentikan penganiayaan ke atas wanita dan kanak-kanak," ujarnya.

Berita lanjut menyusul kemudian.

Fitnah Ummi Hafilda di Jelutong nampak tak logik...

UMMI Hafilda dalam ceramah di Jelutong semalam mendakwa, beliau pernah menulis surat kepada PM Tun Dr Mahathir menjelaskan mengenai amalan kaki liwat Anwar Ibrahim waktu jadi TPM.

Anwar didakwa marah. Ummi kata, lebih 50 polis UTK lengkap dengan senjata berat M-16 diarahkan untuk mengepung rumah tempat persembunyian beliau.

Ummi mengaku dilayan bak penjenayah Botak Chin sedangkan beliau tidak pernah melakukan jenayah dan hanya seorang perempuan muda berusia 28 tahun.

Namun, UTK tak dapat masuk rumah itu berkat Ummi membaca Surah Yaa Sin pada malam tersebut?

50 UTK yang kononnya dikerah untuk tangkap Ummi pada malam itu menggambarkan bahawa kes Ummi 'berat'.

Takkan disebabkan tak dapat tangkap Ummi pada malam itu, UTK terus balik?

Mengapa UTK tak tunggu sampai keesokan hari dan hari-hari seterusnya sehingga menunggu Ummi keluar rumah lalu selesaikan misi 'berat' itu?

Nampak macam tak logik cerita Ummi ini.

Nampak macam ceramah fitnah sahaja.

Jom rakam aksi liar Perkasa, Umno provokasi wanita di George Town petang ini!

Perhimpunan aman "Wanita Suara Perubahan" di Padang Kota, George Town yang dijadualkan pada 6.00 petang ini bakal menerima provokasi pembangkang.

Melalui SMS (sistem masej singkat) yang tersebar, Perkasa dan pemuda Umno sedang menggembling grup pemuda liar seawal jam 4 petang untuk menggagalkan perhimpunan aman anjuran NGO mesra Pakatan Rakyat.

Mungkin insiden Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta dua wartawan akhbar Kwong Wah Jit Poh diserang oleh grup liar dalam Himpunan Hijau hujung bulan lepas akan berulang.

Semua rakyat Pulau Pinang khususnya wanita yang berniat untuk menyertai perhimpunan aman "Wanita Suara Perubahan" dinasihatkan membawa kamera untuk merakamkan aksi liar Perkasa dan pemuda Umno petang ini.

Sama-sama kita letupkan aksi liar mereka dalam youtube dan biar rakyat menilainya!

Mahkamah Perancis terima bicara Scorpene Najib

SKANDAL rasuah kapal selam Scorpene akhirnya dibicarakan di mahkamah Perancis meskipun mahkamah di negara ini masih bertungkus lumus mencari dalang perasuah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kes yang dibawa oleh NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu akan dibicarakan dalam masa terdekat selepas tiga tahun menunggu.

Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel membuat pengesahan demikian dan informasi lanjut akan didedah hari ini.

"1AMAH, 1MALAYSIA"

"Satu Amah Satu Pekerja" dengan gaji minimum RM700 disindir sebagai satu lagi produk 1Malaysia sungguhpun telah dinafikan oleh Menteri Barisan Nasional.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam (MIC) berdalih, Malaysia tidak pernah bersetuju dengan Indonesia bahawa amah yang dihantar ke negara ini mulai bulan depan dibenarkan melakukan satu tugas khusus sahaja dengan gaji seminimum itu.

Laporan yang dipetik daripada Utusan Malaysia bagaimana pun tidak menjelaskan mengenai pemeteraian perjanjian antara Malaysia-Indonesia sebelum ini. - Jika tidak setuju, mengapa memeterai perjanjian dengan Indonesia?

Perkembangan terbaru seakan memberi gambaran bahawa Malaysia lebih mengutamakan kepentingan luar berbanding tuntutan gaji minimum yang sekian lama diperjuangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

"1AMAH, 1MALAYSIA"

Najib Razak paksa rakyat dengar penipuannya...

Najib Razak cuba menjadi pragmatik dengan menyeru rakyat supaya tidak gadai masa depan negara dengan sokong Pakatan Rakyat.

"Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik.

"Sehari dua ini pun, sudah nampak bercelaru. Jadi, tak usah dengar kalau mereka (Pakatan Rakyat) datang," ujar Najib di Malaysiakini.com.

Kalau Najib Razak seorang yang pragmatik, beliau akan sendiri akan dengar keluh kesah rakyat dalam isu bahaya Lynas di Kuantan umpamanya.

Najib Razak sebenarnya sedang memaksa rakyat untuk dengar dolak-dalihnya.

Kungfu Najib vs Kungfu Muhyiddin!

Penyingkiran Sharizat Abdul Jalil bagi memulihkan imej Najib Razak mungkin pertama dan terakhir, kata 'DAP Melayu' Hata Wahari.

"Sekali Najib cuba membersihkan kabinetnya dari imej kotor (rasuah), satu invois (kos pertunangan anak Najib guna duit kerajaan) akan didedah."

"Kungfu (dolak dalih) Najib sedang berdepan dengan kungfu yang satu lagi, iaitu dari Muhyiddin kerana Sharizat adalah 'orang Muhyiddin'," ujarnya.

Apa yang berlaku mendedahkan kedua-dua pihak dalam Umno sama kotor dengan rasuah.

"UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA"

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus